Cuti sekolah dah bermula..
Anak-anak suka, mak budak pun teruja..
Dulu.. lama dulu..
Zaman sekolah rendah..
Jiwa aku jiwa kampung..
Budak kampung datang berhijrah ke K.L
Pantang cuti sekolah.. balik kampung adalah agenda utama..
Seronok weh.. rasa bebas..
Boleh ke sana.. ke sini..
Paling best waktu musim buah..
Target utama aku.. makan buah kat atas pokok..
Mak tak bising..?
Kihkihkih.. mak aku mana tahu sebab mak kerja..
Mak balik.. aku jadi budak paling sopan..
Walhal nakalnya.. nauzubillah..
Budak lelaki pun surrender aku rasa.. zaman tu lah..
Zaman sekolah menengah..
Masa ni kalau disuruh panjat pokok, confirm tak lepas turun..
Mood gayat dah mula hadir dalam diri..
Tapi tetap suka dengan suasana kampung..
Jauh dari bingit sesak jalanraya..
Masa ni pokok buah-buahan yang ada dah mula meragam..
Merajuk akibat ketiadaan aku dan adik..
Takde siapa nak belai manja peluk pokok-pokok tu..
Zaman habis belajar..
Dunia aku terikat dengan tugas hakiki di sini..
Semakin jarang berkesempatan balik kampung..
Dalam hati.. sedih mengenang teringat kenangan dulu..
Jiwa aku rasa sepi.. rasa sunyi..
Mungkinkah satu hari nanti aku akan beralih arah..
Kembali ke tempat asalku..
Andai itu berlaku..
Dah tentu aku paling teruja gembira..
Aku takkan sesekali menoleh ke belakang..
Moga.. masa itu akan tiba jua..
Doakanlah..
StatusHati: Aku rindu..
mak masih ada ibubapa kah dikampung itu? takkan sesekali balik kampung masih tak berkesempatan? hmrmmmm
ReplyDeleteMak dgn ayah tinggal di K.L..
ReplyDeleteBalik kampung means balik kampung rumah arwah wan dan atok. Kampung sebelah mak.
Setiap tahun pasti balik kampung cuma tak sekerap zaman sekolah dulu..
betul la sis... memang rindu zaman sekolah....
ReplyDeletebila tiba cuti sekolah..mak - mk sibuk fikir nak bawak anak bercuti kat mana...
ReplyDeleteDan cuti sekolah pun bermula... Moh balik kg.
ReplyDeleteuntung nye adik ada kampong...cam akak ni orang melaka duk pon kat melaka jadi memang takde kampong nak tuju...kalau balik kampong pontian pon cam takde kampong je sebab rumah mil akak dekat beno dgn pekan...kikiki...dedulu time akak kekecik pon rajin gak memanjat pokok buah2...sekarang kalau akak panjat gak menangis terus pokok2 tu...hahaha
ReplyDeletetime plg best dlm hidup adalah ketika zaman sekolah dulu2. mg rindu kan
ReplyDeleteSaya ni orang kampung asalnya tapi dah terbiasa duduk bandar jadinya beranganlah jadi urbanlah konon! Jiwa saya sekarang memang jiwa bandar. Kalau duduk kampung lama-lama, memang saya tak keruan. Tapi adakalanya, tetap juga merindui suasana kampung suatu masa dahulu. Susah nak mengalaminya semula kerana segalanya dah berubah termasuklah hati dan jiwa saya sekali!
ReplyDeleteduduk kampung memang best. suasana tu. jauh dari hiruk pikuk bunyi kereta dan asap segala kan. barang pun dekat kampung murah sikit banding duduk bandar. macam kami. kami lagi selesa duduk kedah ni. sebab kedah rasa macam kampung jugak walau kami duduk rumah taman.
ReplyDelete