Dahlah minggu lepas hari Khamis dan Jumaat aku hadap jalanraya yang tersangatlah sesaknya..
Semalam pun sama..
Pagi semalam..
Aku lewat lagi sampai ke pejabat.. gara-gara ada kemalangan lebih kurang 500 meter sebelum tol Setia Alam..
Masa perjalanan: 0640am hingga 0819am..
Petang semalam..
Hujan lebat menambah adunan kesesakan sepanjang jalan balik ke rumah..
Lagipun aku sendiri lewat balik dari biasa..
Masa perjalanan: 1725 pm hingga 1941 pm..
Menangis dalam hati aku rasa sepanjang perjalanan balik semalam..
Pemandangan dari tempat tempat kerjaku..
Nun di sana ada bulatan yang perlu kutempuhi..
Rasa macam tak praktikal adanya bulatan itu di situ, dulu mungkinlah..
Sempat layan movie lagi..
Tak cukup di P.J dan Federal Highway..
Kita sambung pulak di laluan Susur Subang menuju ke Plaza Tol..
Memang lambatlah semalam..
Tak macam 6 tahun lepas.. rileks santai je pergi dan balik kerja..
Sekarang.. penambahan kenderaan buat masa perjalanan jadi lebih panjang dan lama..
Malam..
Lepas separuh rutin harian selesai, baru dak Adik mengadu kaki dia sakit..
Aku ingatkan sikit je..
Bila dia tunjukkan..
Ya!Allah.. Adik kenapa ni..
Dak Adik ni jenis tak suka sangat nak share dengan aku.. sebab takut aku marah..
Kalau dia salah memanglah kena marah..
Aku pujuk pun dia tak nak cerita.. ok takpe..
Lepas aku sapu ubat, terus call bagitahu pada hubby..
Bengkak, lebam, melecet kaki dak Adik.. ngilu perut aku tengok..
Pagi tadi..
Hubby bawak dak Adik ke klinik.. doctor yang merawat bagi cuti sakit dua hari..
Hai la adik.. hari tu baru je dimasukkan ke dalam wad..
Barulah tahu kenapa jadi macam tu..
Rupanya kena tolak dan jatuh ke dalam longkang di sekolah..
Aku tak cari kesalahan sesiapa.. menda dah jadi.. cumanya dak Adik jenis takut nak bagitahu..
Tu yang menyukarkan aku untuk mengambil tindakan..
Surat berkenaan ketidakhadiran dak Adik juga aku telah sediakan dan esok akan diserahkan kepada pihak sekolah..
Dan tadi..
Hubby bagitahu.. abah bising.. 'anak sorang pun tak boleh nak jaga elok-elok..'
Rupa-rupanya hubby bawak balik ke rumah abah..
Bukan dak Adik kena bebel dengan atoknya tapi hubby yang dibebelkan..
Abah mana boleh tengok semua cucu-cucunya cedera..
psstt: Sakit dada menahan rasa.. kaulah puncanya aku jadi begini..
ya Allah kesiannya! Harap cepat baik, dan tak de yang serius...
ReplyDeletekat sini pun musim hujan juga :-))
ReplyDelete:-(( kesian adik....
kesiannya
ReplyDeletePerempuan - berkerjaya, punya suami, punya anak, punya keluarga mertua semua kena jaga. Minda kena kuat. Calang-calang tak kuat boleh jadi stress yg dalam. Menagih kesabaran tinggi dlm hidup kita ni...
ReplyDeleteSemoga dimudahkan urusan Ai sekeluarga.
ReplyDeleteAssalam aiza,
ReplyDeleteYaAllah
sian adik
moga segalanya baik2 saja
tabah yer uols
Ya ALLAH...ditolak jatuh sampai cedera macam tu...geram pulak akak mendengarnya..
ReplyDeletesian dak adik...moga cepat sembuh...
ReplyDeleteYa Allah, kesiannya Dak Adik. Boleh dia bertahan lagi tu. Kalau I pun, dah tentu bertubi-tubi tanya anak mengapa. Mahu esoknya telefon sekolah dok nak komplen dan tahu cerita sebenar. Nak kata melampau sayang anak, dah anak kita tentulah sayang melampau kan!
ReplyDelete