Followers Remaja Purba

Tuesday, June 3, 2014

Pakej Umrah dari Bahrulmazi Travel & Tours Sdn. Bhd.



Alhamdulillah..
Ketika ini abah, mak mertua, abang dan adik ipar berada di Mekah..
Setakat ni semuanya berjalan dengan baik cuma ketika di Raudhah, MIL kena rempuh, nyaris nak kena pijak..
Berdebar-debar bila adik ipar bagitahu kat dalam group.. Syukur MIL takde pape..
Di sini.. semua anak-anak dan menantu mendoakan mereka semua sihat dan kuat sepanjang melakukan ibadah di sana.



DAN..
Gambar kenangan semasa di KLIA sebelum berlepas ke Madinah pada 28 Mei 2014 yang lepas..



Terperam lama.. baru nak guna..


Kami berkumpul di pintu 6, di KLIA..
Pertama kali anak-anak sampai di KLIA..
Apa jadi dengan dorang..??



Memula ajak dak Adik dengan sepupunya dak Aliff berselfie..
Masa ni ada jugak mata memandang tapi aku buat selamba je..


 dak Adik yang pasrah bila ibunya ajak berselfie..


Dorang mana nak bergambar sangat.. lebih kepada nak main..
Masa kitorang sampai belum ramai lagi yang sampai.. maka tempat tu agak lengang + dorang berdua ni buat macam padang bola..
Yang tak menahan.. dorang boleh bantai main baling selipar.. huhuhu.. tak terkata dibuatnya..
Nak jerit, mahu bergema satu KLIA tu suara ibu dengan mamanya..
Sudahnya.. tengok an je..



Travel agent yang menguruskan perjalanan umrah tersebut..


With my chef hubby..

Tadaaa..


Abah, Mak mertua, abang dan adik ipar..


Family mertua..


Punca kenapa beli air sekotak besar itu..?



Akulah.. urusan bekalan makanan dibuat oleh aku.. packing sesiap takut terlupa serta takut terlambat sampai..
Apa jadi..? Aku terlupa nak bawa air, pinggan dengan sudu.. huhuhu..
Ni namanya menantu hantu..



BERSAMBUNG..




psstt: Kalau boleh semua gambar aku nak masukkan.. bukan selalu ada peluang macam ni..

last psstt: Entah bila aku dapat merasa jejakkan kaki ke sana..



6 comments:

  1. mcm meriah tuh nak hantar MIL/ PIL gie umrah..nama sykt trael nie cam nama blog reader yg contact sy nak maklumat..hmmmm

    ReplyDelete
  2. Dekat Raudhah memang sesak. Kalau nak berdoa selepas solat sebaiknya bersujud & tak digalakkan tadah tangan sangat bahaya... Kalau lama pun polis akan halau sebab memang umat manusia sesak dan padat..

    Moga mereka semua dipermudahkan, selamat dan sihat di sana.

    ReplyDelete
  3. mula mula tu diorang kata runtuh kan kak.. mesti susah hati sanak saudara yg di Malaysia ni.. Alhamdulillah MIL akak tak apa2..

    semoga mereka dapat menunaikan ibadah umrah dengan tenang dan lancar.. dan selamat kembali ke Malaysia nanti..

    ReplyDelete
  4. wah wah wah! sejah ada monopod, meriahnya selfie!

    ReplyDelete
  5. menantu hantu? hehe..hantu pun hantar MIL pegi umrah, ok la tu!

    insyaAllah, semoga rezeki aizamia plak jejak kaki ke sana pasni..ameeen

    ReplyDelete
  6. masa mama kesana ritu diorang runtuhkan banggunan. start tue dia dapat batuk kat sana huuuu alhamdulilah takde teruk sangat batuknya

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...