Beberapa kawasan di sekitar Klang ditenggelami air sedalam 0.3 meter akibat banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam serta ribut, bermula kira-kira jam 3 petang semalam. Huja lebat dan ribut itu menyebabkan beberapa pokok tumbang di sekitar Meru sehingga mengganggu lalu lintas. Pokok tumbang juga menimpa kedai makan di tepi Persiaran Hamzah.
---> Sumber suratkhabar Berita Harian (02/09/2013)
Hasil dapatan dari hujan lebat dan angin kencang tersebut:
- Banyak pokok tumbang dan dahan patah..
- Air parit melimpah keluar.. ada rumah dimasuki air hingga ke porch kereta ---> jiran depan rumah aku.. rumah aku sekadar air penuh dilongkang dan menghampiri pagar rumah..
- Aku dapat satu tray penuh buah mangga hasil rebahnya pokok mangga kat kedai makan member hubby.. ---> buat kerabu mangga sedap ni..
- Tu tak masuk ada khemah patah.. jalan tak boleh lalu.. wayar menyembah bumi..
- Paling menarik.. tiada line internet.. ---< entah bila baru dapat dibaikpulih..
- Sayang tiada gambar kejadian kerana tak bawak cik Nik bersama..
- Namun demikian, aku bersyukur tiada kejadian tak diingini berlaku di taman perumahan aku.. dan tiada gangguan elektrik..
- Masalah air pun dah pulih sejak Sabtu lepas.. syukur Alhamdulillah..
psstt: Aku keletihan gara-gara jadual yang padat sejak Jumaat lepas..
kat Section 13 Shah Alam pun banjir kilat jugak semalam...
ReplyDeletemusim hujan
ReplyDeleteKat tampin ujan lebat je smlm...angin ribut x ade...
ReplyDeleteAlhamdulillah smua slamat....
kat klantan pun hujan lbat jgak kak.. tp xde la smpai bnjir.. cuma air longkang je yg melimpah..
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDelete3 hari berturut kak hujan lebat sblh ptg.. sabtu,ahad, n hari ni, isnin..
Dah la ada kenduri kahwin kat ulu yam.. pergi sna ptg sabtu, spnjg perjlnn hujan..balik dari sna ptg ahad, pun spnjg perjlnn hujan.. takut bwk dlm hujan lebat2 ni,huhu
kat penang pun kelmarin hujan lebat. rumah sikit lagi nk masuk air..
ReplyDeletesejak dua 3 hari nih mmg hujan je kan... kadang seharian renyai2... nsb lah takde apa2 kejadian buruk berlaku ye kak... kalu tak mmg haru
ReplyDelete