Lagi dekat tarikhnya lagi aku berdebar-debar.. Dalam masa yang sama tak sabar nak cuti pun ada, sekurang-kurangnya takdelah pepagi aku rasa macam kelam-kabut mengejar masa.. Sebenarnya boleh je rileks pergi office tapi sebab nak mengelak dari tersekat lama dalam kesesakan jalanraya, kenalah keluar awal..
Esok aku last day kerja.. Alhamdulillah tiada kerja tertunggak yang perlu aku serahkan kepada yang memangku kerja aku. Cuma aku doakan moga dia berjaya menghadapi segala macam masalah berkaitan sepanjang aku bercuti panjang ni nanti..
Di rumah, hanya aku dan anak-anak je, hubby pulak masih lagi kerja belum masa untuk dia bercuti panjang.. walau dah banyak permintaan dari geng TDBi mintak hubby cuti duduk rumah memandangkan aku dah sarat menunggu hari. Tak sampai seminggu lagi..
Kelmarin hubby ke Penang, semalam ke Butterworth.. Hari ni pulak ke Sungai Petani.. eem.. moga selamat perjalanan pergi dan balik. Aku..? Setakat ni masih ok walaupun pergerakan dah semakin perlahan.. cuma kalau on d road memang tak bleh elak dari kelajuan maxima.. hikhikhik..
InsyaAllah hujan bulan ni nanti masa aku akan lebih banyak bersama kawan-kawan di sini, maklumlah surirumah sementara.. kihkihkih.. Buat masa ni memang keadaan tidak mengizinkan untuk aku selalu update dan menjengah rumah kengkawan semua..
Apa-apapun moga segalanya berjalan dengan lancar.. dan paling aku harap sangat-sangat.. biarlah hubby sendiri yang pandu kereta dan temankan aku hospital bila sampai masanya nanti..
psstt: Weekend ni ada Jualan Gudang Pureen.. nak pergi tapi dak Kakak sekolah ganti pulak.. (ada hati lagi tu nak berhimpit bersesak kat tempat macam tu..)
psstt lagi: Teringin nak makan sup ketam saat-saat akhir ni.. sedapnya kalau dapat..
last psstt: Girl @ Boy masih menjadi tanda-tanya.. Biarlah Rahsia.. ;)
insyaallah
ReplyDeleteall the best for u
Wah...dah sarat pun smpt lagi nak menyoping ye....apa pun itu adalah terapi....kan? hehe...
ReplyDeletemoga selamat bersalin...sihat ibu dan anaknya ye....insyallah..
semoga semuanya selamat ye ai... dan selamat bercuti juga.
ReplyDeletecepat2 cari sup ketam! =)
ReplyDeletetak sabar nk tgk muka adik baru...hehe
salam aiza,
ReplyDeletepejam celik pejam celik dah cukup bulan upernya..bestnya de baby kat umah..insyALLAH segalanya dipermudahkankan..kan..
jaaga diri ye dik..kirim salam baby ye
Yeay...ala, g jelah cri sup ketam tu. Baby nak mkn tuh. Hehehehe....
ReplyDeleteSonoknye menunggu mcm nie. Sy kecut perut nak ade lagi sorang. Nape ntah.
Kalau dekat kakak buatkan dulu sup ketam tu.... Cepat sikit cari sebelum deliver - mana tahu malam ini pulak dia nak jenguk dunia...
ReplyDeleteDoa kakak moga diberi kesihatan terbaik dan en hubby ada ketika baby nak menjenguk dunia...
Semoga selamat semuanya yer.. byk2 la sabar dan jangan tension2... all the best
ReplyDeleteAnum:
ReplyDeletebegitulah hendakNYA.. insyaAllah..
Asyifa Mustaffa:
itu kalau hubby nak temankanlah.. hikhikhik..
insyaAllah.. moga semuanya berjalan dengan lancar..
QueeN TerataI:
insyaAllah.. cuti panjanglah ai kali ni.. ;) paling panjang dalam sejarah setakat ni.
Munnafendy:
ReplyDeletekalau takde apa2 aral.. pagi esok cari kat pasar pagi pastu masak.. tak sabar rasanya nak makan sup ketam..
gambar baby nanti akak akan upload.. insyaAllah..
ainhany:
ReplyDeletew'salam bagi pihak baby ;)
moga berjalan dengan baik hendakNYA..
Pok Amai-Amai:
rasa teruja tapi dalam masa yang sama takut nak tempuh kesakitan tu.. tapi itulah kesakitan yang istimewa diberikan olehNYA..
Kakzakie:
ReplyDeleteInsyaAllah sempat rasanya nak makan sup ketam dan Alhamdulillah start esok en. suami akan berada dalam keadaan standby sehingga due nanti.. ;)
alangkah best kalau akak dekat.. ;)
Erani Zuhran Mohd Nor:
ReplyDeletesemakin dekat harinya semakin berdebar-debar rasanya.