Followers Remaja Purba

Monday, January 9, 2012

Dulu Bertiga Sekarang Keseorangan

Kalau tahun lepas dak Kakak dengan dak Adik peneman aku time pergi dan balik kerja sebab dak Kakak sekolah kat P.J.. tapi start tahun ni aku dah takde peneman.. confirm aku mengantuk + bosan time pandu kereta..

Buat pertama kalinya, hari ni anak-anakku diletakkan di bawah jagaan pengasuh baru di TDBi..

Alhamdulillah pertukaran sekolah telah dibuat dan tiada masalah yang besar setakat ni dialami oleh dak Kakak.. cuma ada jugak dia mengadu, kat sekolah baru ni dia takde kawan sangat.. Aku pujuk dan terangkan pada dia, taknak dia rasa terasing kat sekolah tu..

Sepanjang minggu lepas aku bercuti rehat menguruskan dak Kakak dengan dak Adik sekolah.. Maklumlah semuanya baru bagi kami.. aku pulak yang teruja lebih.. dalam teruja aku tu.. kesian juga dengan dak Kakak sebab sekolah tu besar.. letih nak ke kelas di tingkat 3, nak ke kantin, nak balik.. kira bangunan kelas dia ke dalam sikit.. aku sampai termengah-mengah uruskan dia walau hubby turut temankan..

Dalam pada tu, tak sabar nak tunggu hari Sukan sekolah.. sebab apa..? Padang sekolah tu luas.. terbayang-bayang macam aku pulak yang sedang beraksi di tengah padang tu.. wah.. sedarlah diri mak budak a.k.a remaja purba ye.. bagi peluang pulak pada anak-anak.. hehehe..

Dak Adik pulak.. balik nanti baru tahu perkembangan hari pertama kena tinggal kat rumah pengasuh baru dia tu.. tak sabar nak tau dari mulut anak-anak pasal aktiviti kat sekolah..



psstt: Pagi tadi ke PPUM.. dah scan.. ehem.. ehem.. dah tau dah.. nanti dulu..

last psstt: aaa... eeemmm... aaaa... hari ni baru start keje, maka kerja haruslah berjela banyaknya..

36 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

yang penting anak dan ibu sihat.. :D

Anum said...

harap2 semuanya ok

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kenapa tukar sekolah?


baik-baik drive..jgn termengantuk pula ya dh takda rakan borak

Lifesaver Hamzah said...

scan apa tu?ehem2...hahaha

IntaNBerliaN said...

mcm seronok pulk uruskn ank2 sek ni..hihii

sy lmbat lg nak rasa camni.. :-)

ORLANDO AHMAD said...

awal tahun memang akan sibuk kan

munna said...

maknya lagi semangat nak bersukan dari anak gayanya...wah baby girl or boy ye...bestnya nak dpt baby

Ayin MM said...

huuuhh... kalau drive sorang-sorang, makan asam.. nanti hilang ngantuk.. tp ... jeng..jeng.jeng.. jangan pandang belakang... hehheheh (gurau ajer)

QueeN TerataI said...

seronoknya.. mesti dah tahu jantina baby kan.. Queen je yg xde rezeki tuk menimang baby buat kali ke 2...

Pok Amai-Amai said...

Eh, dah bape bulan baby dlm perut eh?

ady said...

mmg sibuk kan uruskan anak2 sekolah ni lagi2 time2 bukak sekolah awal tahun ni...

Namee Roslan said...

takpe, nnti baby baru keluar..teman akak ! hehe :)

aizamia3 said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty:
sebab dah pindah rumah maka kenalah tukar yang dekat dengan rumah.

aizamia3 said...

Pok Amai-amai:
tengah bulan ni genap 6 bulan.. ;)

Gen2Merah said...

ya, harap segalanya d permudhkan kan..

ariana said...

Asalkan ibu dan baby sihat kan.. 3 more month to go lah ni..:) tak lama dah tu

senanglah sebab sklh tak jauh dr rumah ye, kira pindah rumah baru lah ni ye..:)

aizamia3 said...

ariana:
setakat ni Alhamdulillah ok.. ;)

bila dah pindah rumah maka kenalah tukar sekolah.. rasa senang sikit berbanding tahun lepas terkejar-kejar..

zulfikar hazri said...

anak perempuan!

aizamia3 said...

Namee Roslan:
macam tau2 je.. ;)
masih dalam perancangan sebenarnya..

aizamia3 said...

:: Mrs.Eady ::
amin.. InsyaAllah..


Anum:
begitulah hendaknya..


Lifesaver Hamzah:
ops.. ;)

aizamia3 said...

IntaNBerliaN:
macam tu jugak ai dulu.. tengok je orang lain sibuk uruskan anak ke sekolah.. sekarang ai sedang rasa.. nanti turn IntaN pulak.. ;)


ORLANDO AHMAD:
awal dan hujung tahun.. ;)


munna:
geram tengok padang sekolah yang luas tu.. tu yang terlebih excited.. ;)

aizamia3 said...

Ayin MM:
kalau dulu pergi gelap balik gelap.. sekarang sampai rumah awal.. puas dapat rehat.. ;)


QueeN TerataI:
moga QueeN tabah dalam menghadapi dugaaNYA.. ai dah singgah blog QueeN.. sabar ye..

aizamia3 said...

ady:
anak-anak dah pandai nak itu nak ini.. kena sediakan budget, kalau tak nanti.. pening kepala.. ;)


Gen2Merah:
amin..

aizamia3 said...

zulfikar hazri:
aaa.. eemmm.. aaa.. eh.. rasanya masa scan hari tu ai pergi sorang.. tapi ops.. buat masa ni biarlah rahsia.. ;)

suri solehah said...

hehe,pengalam baru semuanya seronokkan..

aizamia3 said...

suri solehah:
betul2.. ;)
ai yang terlebih teruja sebenarnya..

aimaniman said...

jelesnya baby 2012...

anak akak pon sama, liat nak bangun nak p sekolah.. tp bila dah sampai sekolah lupa plak mama dia...

delarocha said...

lama cuti, byk kerja bertimbun

Kakzakie said...

Ha... dah tahu baby apa ye. Tapi tak kisahlah sebab keduanya dah ada cuma kakak dan abang yg jeles kalau lahir kelak tak sama dgn dia....

Kakzakie pulak yg tak sabar hihi...

abghani said...

bebudak mmg cam tu

Cikgu Ma said...

seronoknya jadi ibu..bila saya nak kawen ni...hehee

oh blogger #2

Eera Shera said...

mesti akk dah tau baby ape kan? boleh dah nk pilih nama ni hihi..

Cik Ina Do Do Cheng said...

bestkan sukan masa kita sekolah dulu, cik ina teringat lari dalam guni.zaman sekarang ni lelaki atau perempuan sama, janji selamat , InsyaAllah.

Azza Azman said...

follow blog ini juga sebagi tanda persahabatan dan sokongan.. teruskan menulis untuk Allah swt. hai saya azza!

Faizal Harnis said...

wah.. bertambah rezeki thn baru.. tahniah..

Dr Hafiz said...

Thanks for following my blog...Salam perkenalan daripada saya... Check up kehamilan di PPUM ya?...Kebetulan tempat wife saya kerja pun kat situ jugak..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...