Followers Remaja Purba

Tuesday, June 2, 2009

Family Day

30 MEI 2009 (SABTU)

PAGI…
Kami gerak pukul 7 am sebab nak kena ada kat tempat tu sebelum 8.30 am. Pendftaran pukul 7.30 am. 7.45 am baru sampai, daftar masuk, ambil cabutan bertuah, aku dapat iron, barang ambil di pejabat nanti.


Ni gambar masa kat check point, bergambar kenangan.





Sementara orang tengah leka dengan aktiviti pagi tu, aku ambil kesempatan main air, mana boleh tahan tengok je.


Kakak join untuk sukaneka untuk kanak-kanak.

======================================================

Aktiviti pagi:
Sukaneka untuk kanak2 dan dewasa. Budak-budak bila dah jumpa air tak dengar arahan dah. Asyik leka dengan air. Jangan kata anak, mak budak pun sama. Paling happening bila main tarik tali dalam ai. Team UNGU tak puas hati bila nak mula tarik tali ada gangguan. Habis kalah mudah tapi kitorang ulang main 3 kali. Akhirnya dapat masuk peringkat akhir. Masa peringkat akhir, dengan sesungguh hati kami nak menang tapi diberikan kemenangan percuma oleh pihak lawan yang mana akhirnya kitorang jatuh dengan mudah ke dalam air sebab pihak lawan lepaskan tali. Hahaha tapi syok sebab masa ni mood hubby dah ok.



Hubby tengah dok ralit nak tarik tali.


En. Botak (baju color biru) ni macam tak suka kat team UNGU, ada je yang dia tak puas hati, hahaha, yang baju kuning tu pengacara. Kelakar, memang happening diorang ni especially En. Botak ni.


Kesian kat adik sebab dia mengantuk nak tidur, masa ni aku dan hubby dok ralit dengan game tarik tali dalam air jadi lepas sorang, sorang pegang adik yang akhirnya dok kat riba bos bahagian aku, Cik Atiqah, yang sebelah Onje tu, Prof. Zita, bos kat MQA (TKPE(J/K))
===================================================

Selesai je sukaneka sebelah pagi, memasing dah tak sabar nak ke acara seterusnya. Acara BEBAS. Lepas dah makan tengahari (disediakan), simpan barang-barang dalam loker yang disediakan, pastu terus main tapi takdelah semua game aku main sebab bawa anak-anak. Budak-budak ni dok merengek nak mandi. Aku merasalah naik roller coster, kapal n tomawak. Best rasa nak naik lagi tapi tak smpai hati nak biarkan diorang tunggu tengok aku pulak. Anak-naka pun enjoy, kakak Irah tak lepaskan peluang yang ada.

Dalam masa yang sama aku dan atie paksa k.yanz main game luncur air keluar ikut kepala ular tu, kelakar. Mana taknya, awalnya dia mengelat jugak tapi kitorang paksa. Thanx to you k.yanz & atie. Enjoy.



PETANG:
Ingt nak naik jambatan gantung tapi sebab kesian kat anak-anak dan jauh pulak nak patah balik, kitorang turun balik. Lepas ambil barang-barang dalam loker kitorang lepak kat tepi kolam berpasir tapi kitorang pindah lepak balik kat check point pagi tadi. Kat situ lagi happening dan yang penting takde pasir. Budak-budak pun enjoy tapi yang kelakarnya adik boleh nak tidur dalam air.

Akhirnya, aku baringkan dia atas kerusi nak salinkan baju, dia tak bagi, tidur dengan baju basah tu - lena. kakak Irah usah cakaplah, dapat air macam itik, kejap kat depan kejap kat belakang, sampai kami tercari-cari dia kat mana.


LEWAT PETANG:
Pukul 5 lebih diorang nak tutup dah kolam, kitorang pergi salin baju, kakak pulak mengamuk nak mandi lagi. Pukul 6 lebih kitorang keluar pergi makan di Seksyen 13 sebab dah lapar gila. k.Yanzs dan anak-anak, Atiey dan suami, aku & family.

MALAM:
Kat rumah - zzzzz.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...