Saturday, October 26, 2024

INI BUKAN ANAK TUNGGAL TAPI ANAK TERTINGGAL


25 Oktober 2024 - Jumaat (22 Rabiulakhir 1446H)

Hari ini merupakan hari terakhir dak Nuha menghadapi peperiksaan PSRA di SINI.. dan Alhamdulillah, berjalan dengan baik walau dak Nuha masih tidak sihat.

Lima petang..
Langit cerah.. panas boleh tahan..

Dak Nuha bergambar bersama kawan-kawan dan guru kelasnya sebelum balik.


Malam..
Kami bawa dak Nuha ke klinik, awalnya dia tak nak tapi lepas ku ugut 'Ni.. kalau minggu depan masih tak ok, jangan mengada-ngada tak nak pergi sekolah..' 

Lewat malam, mySIL datang ke rumah menghantar ikan jenahak yang ditangkap oleh myFIL, meminta en. Hubby masakkan untuk makan tengahari esok.

=====================================================


26 Oktober 2024 - Sabtu (23 Rabiulakhir 1446H)

Pagi..
Menemani en. Hubby ke pasar membeli barang keperluan untuk dijadikan stok minggu depan. Bahan mentah cukup, nak masak pun senang.

Tengahari..
Dengan ikan jenahak yang telah siap dimasak oleh en. Hubby, menjadi menu utama di rumah mySIL. Alhamdulillah.. kenyang.

Kari Ikan Jenahak


Petang..
Tak lengkap ahli keluarga kecilku. Hanya si bongsu dak Nuha yang menemani. Habis aku paksa dia keluar ke mana aje aku pergi. Awalnya dia tak nak ikut tapi bila aku  janjikan 'rumah kedua' - Mr DIY dia, dengan senang hati dia mengikut kata.

'Minggu ni Nuha jadi anak tunggal ibu dengan babahlah ye..'
'Ini bukan anak tunggal tapi anak tertinggal..' Sakat Babahnya..


Walau hanya sekitar radius merentasi tiga daerah, dak Nuha tetap setia menemani. Selesai urusan Babah dia, terus kami bawa ke 'rumah kedua'nya. Sukalah dia, dapat membeli barang yang diinginkannya.

'Foolscap Paper - untuk dak Adik.
Stok sedia ada di rumah dah habis.


Malam..
Minggu lepas dak Nuha telah 'lari' ke SINI.. kali ni pula kembar² dia pula datang tidur di rumah kami. Suka hati kamulah Nuha.. asalkan jangan lambat bangun..

#RemajaPurba: Penatnya..

Friday, October 25, 2024

BAWA BEKAL JIMAT DUIT BELANJA


25 Oktober 2024 - Jumaat (22 Rabiulakhir 1446H)

Alhamdulillah.. pagi Jumaat yang indah.
MakBudak cuti rehat hari ini bagi menguruskan dak Adik untuk pergi Bengkel Corus SPM di luar daerah. Hantar dekat sekolah je pun sambil nak lambai tangan waktu deme berangkat pergi lepas solat Jumaat nanti.

Panjang lebar pesanan + nasihat aku beri.. itu baru pergi tiga hari dua malam, kalau tiga bulan, buat voice record jelah MakBudak.

Hari ini merupakan hari terakhir dak Nuha dalam menghadapi peperiksaan PSRA di SINI.. Sebenarnya sejak tiga hari lepas dia dah mula tak sihat tapi demi PSRA, gigih dia ke sekolah. Moga dia kekal tenang dalam menjawab peperiksaan. 'Ibu tahu Nuha kuat, jangan patah semangat ye..'

============================================

Nasi panas, ikan goreng + sambal dan kicap

Bila dak Kakak takde ni, urusan di dapur kembali beralih tangan. Balik kerja terus sinsing lengan baju dan masak untuk dak Adik, dak Nuha dan Babah deme. Menjadi kebiasaan anak-anak akan makan sebelum pukul tujuh petang tapi bila selepas Maghrib baru siap masak, mood nak makan tu adakala kena paksa supaya mereka tak tidur dalam keadaan perut lapar. 

Nasi putih + ayam goreng + sambal terung

Jika dulu aku masak hanya untuk makan malam tapi sekarang aku akan masak lebih untuk kami bawa bekal keesokan harinya. Tak kisahlah apa menu sekalipun, janji bawa bekal untuk jimatkan duit. Dalam keadaan fasa sukar sekarang ini, apa yang dihidangkan, itulah menu kami. Asalkan perut tak lapar, nak buat kerja pun senang hati.

============================================

Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu. Never give up! Percaya kepada perancangan Allah. Alhamdulillah.. Do your best. Allah will do the rest. Do what you want, Allah will do what you can't
- Khairy Jamaluddin a.k.a KJ | ABPBH 2024 | 12 Oktober 2024 -


#RemajaPurba: Alhamdulillah.. rezeki..

Tuesday, October 22, 2024

PSRA dan SSPA


21 Oktober 2024 - Isnin (18 Rabiulakhir 1446H)

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) merupakan ujian yang dijalankan di SRA, SRAI dan KAFAI di seluruh Selangor. Ianya satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam dan ianya dijalankan ke atas semua murid Tahun 6. Ujian ini berbeza sama sekali dengan UPKK.

Bermula 21 Oktober 2024 hingga 25 Oktober 2024, PSRA akan dijalankan dan dak Nuha adalah salah seorang calonnya.

Jadual Peperiksaan PSRA bagi Tahun 2024:
  • 21 Oktober 2024 (Isnin) - Akhlak dan Sirah
  • 22 Oktober 2024 (Selasa) - Lughatul Al-Arabiah
  • 23 Oktober 2024 (Rabu) - Tauhid dan Feqah
  • 24 Oktober 2024 (Khamis) - Tajwid
  • 25 Oktober 2024 (Jumaat) - Jawi, Imlak dan Khat


Pemarkahan Gred PSRA:
  • Mumtaz (Cemerlang: 90 - 100)
  • Jayyid Jiddan (Sangat Baik: 75 - 89)
  • Jayyid (Baik: 60 - 74)
  • Maqbul (Lulus: 40 - 59)
  • Musaadah (Perlu Bimbingan: 0 - 39)

Pelajar yang mendapat Mumtaz (Cemerlang) di dalam PSRA, berpeluang menyambung pelajaran:
  • Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)
  • Sekolah-sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor

Aku pernah kongsikan dalam Program Permuafakatan Ibu/Bapa/Penjaga bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 di SINI.. 

===================================================


SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)

Bermula dari 21 Oktober 2024 hingga 30 November 2024 adalah tempoh pegawai awam memilih option untuk menerima atau tidak SSPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.

Perkongsian mengenai Pencen Kekal bagi mereka yang memilih SSPA di SINI.. Bagi mereka yang tidak memilih option SSPA, tidak akan menerima pelarasan gaji dan pencen akan mengikut gaji ketika dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Kalkulator Gaji SSPA di SINI..

Selain dari pelarasan gaji yang akan diterima pada Disember 2024, kerajaan juga akan memberikan bantuan khas untuk persekolahan dan persiapan hari raya pada Tahun 2025 nanti.

'Di sini dapat kita lihat bahawa keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam sangat tinggi dan saya minta supaya penjawat awam membalas dengan sesuatu yang lebih baik dalam memberikan perkhidmatam kepada rakyat' - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Alhamdulillah.. rezeki buat mereka.

#RemajaPurba: Moga dak Nuha dapat menjawab soalan dengan baik.. Aamiin..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...