Saturday, July 25, 2026

Nasi Ayam Ketika Hujan Lebat


23 Julai 2026 - Khamis [8 Safar 1448H]

Pagi..
Ditemani dak Nuha, kami ke pasar raya membeli barang dapurtak beli banyak pun sebab sekarang tinggal kami berdua aje di rumah. Lepas selesai membeli, tengok kat luar.. hujan turun selebat-lebatnya. Kereta pula parkir jauh di tengah kawasan parking. Daripada berlari basah kuyup, kami berpatah balik dan singgah di cafe. Terus brunch

Banyak beli sayur dari barang lain rupanya.

Bila dah brunch macam ni, memang sah petang nanti baru fikir nak masak. Selagi dak Nuha tak merengek lapar, selagi itulah dapur sunyi sepi.

Nasi Ayam


Petang..
Hujan kembali lebat. Dapat peluang rehatkita rehat. Lewat petang, dak Nuha nak makan kuey tiow kungfu.. yang ini aku pergi ke kedai makan berdekatan, tapau untuk dia.

Malam..
Ikutkan plan asal, kami nak keluar makan sempena hari lahir en. Hubby tapi beliau balik lewat malam. Tak apalah.. sambutan boleh ditunda, rehat pun sama pentingnya.

#RemajaPurba: Happy Birthday Babah Budak di [SINI]..

4 comments:

  1. Nasi ayam nampak sedap, makan pulak waktu hujan lebat, mesti habis nasi dan ayamnya. Nasi ayam memang makanan fav semua orang rasanya, senang nak buat dan mudah nak dapat dijual dimana-mana

    ReplyDelete
  2. Memang tepat pilihan akak, kalau dah tahu redah hujan habis lencun baik kita patah balik layan makan terus kan. Nasi ayam makan waktu hujan memang best betul. Panas- panas ada lak sup dia tu sesuai sangat.

    ReplyDelete
  3. Betul kalau dah hujan, elok lah patah balik cari makan

    ReplyDelete
  4. nasib dak Nuha mintak kueh tiow kungfu...kalau mintak lain kena on stove pulak ye

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...