Monday, June 29, 2020

Suasana kampung


DAY 99 (24 Jun 2020 - Rabu)

Dak Kakak diminta ke rumah atoknya bagi membantu urusan di sana. Ini adalah kerana kakak sepupunya dimasukkan ke hospital kerana perlu menjadi pembedahan, manakala seorang lagi kakak sepupunya dah memulakan sesi persekolahan bagi Tingkatan Lima. Maka, untuk beberapa hari ini dak Kakak akan berada di rumah atoknya.


DAY 100 (25 Jun 2020 - Khamis)

Hari ini genap 100 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Bila dak Kakak tiada di rumah, aku 'patah kaki' sekejap. Biasanya dak Kakak yang akan bantu aku di rumah terutama menjaga dak Adik dengan dak Nuha. Sunyilah sikit takde kawan gaduh.


DAY 101 (26 Jun 2020 - Jumaat)
Baru ada mood nak buat sambungan kisah aku balik kampung minggu lepas di SINI..

Kita bercerita melalui gambar pula.
Sebelum balik kampung, singgah makan di kedai makan kawan en. Hubby di Nasi Kukus Ayam Cincang Malaya, Puchong Prima.

Yong Tau Fu Sotong
Gambar nasi ayam takde sebab kami lapar 🀣

Selepas itu barulah perjalanan dimulakan dengan diiringi lagu raya. Ambil mood beraya dipenghujung Syawal.. πŸ₯°

Satu hari di hari raya..

Moga urusan mereka yang terlibat dengan kemalangan tersebut dipermudahkanNYA.

Laluan ke kampung aku, bertembung dengan si dia ini. Besar ya amat..


Hari Raya Pertama 🀭 di penghujung Syawal
#AbangHandsome..

Sebelum berjalan raya, #AbangHandsome kenalah handsome bergaya. Sesekali bergaya dengannya.. 😎Bila tengok gambar ni nampak macam en. Hubby pulak yang mencucinya..

Berjumpa lagi dengan si dia..
MakBusu aku bagitau dia ni sesat malam tadi.

Hujan mengiringi..

Hidangan di rumah Maklong Muar..
Siput Sedut masak lemak cili padi + keladi.
Sedap ya amat, dah lama tak makan keladi woo..
Waktu dak Kakak kecil, dia panggil ni siput 'mat rempit'


Malamnya ☺
Sesi pembakaran bermula..

Kambing Bakar in the house..
Balik kampung rugi diet..


Hari Raya Kedua.. πŸ₯°
Best + nikmatnya bila di kampung

Aku terlupa nak bawak balik seekor itik ni.
 Itik Salai.. 🀭

Nak bercerita dalam masa sehari memang tak cukup jadinya cukuplah dulu setakat ni..

#KisahKita: ...

Friday, June 26, 2020

Percutian Percuma


Sambungan dari SINI.. tapi buat sementara aku ringkaskan dulu. Segala gambar dan video nanti aku kongsikan kemudian.

DAY 94 (19 Jun 2020 - Jumaat)
Hari kedua puluh tujuh Syawal

Sejuk malam membuatkan aku tidur berebutkan selimut. Inilah pengalaman pertama kami tidur di #TeratakTokSu di kebun.

Tak gugur pula buah durian ni.. 


DAY 95 (20 Jun 2020 - Sabtu)
Hari kedua puluh lapan Syawal

Dari awal pagi hujan lebat, bersambung sampai ke pagi. Sejuk ya amat, tidur pulak diberanda, lagi sejuk kena tempias hujan.


Tengahari:
Rebung masak lemak cili api + daging.
Air tangan mak memang terbaik.
Mak siap bekalkan rebung untuk aku bawa pulang. Sebalang besar rebung yang telah siap dicincang panjang untuk bekalan aku di rumah. Rebung yang dibuat sendiri lagi sedap dan aku tak pernah beli rebung di pasar sebab sedari kecil memang kami proses sendiri rebung untuk dimakan.


DAY 96 (21 Jun 2020 - Ahad)
Hari kedua puluh lapan Syawal

Tak puas..
Tak puas..
Tak puas..
Bercuti di kampung, sebab itulah awal pagi baru sampai rumah.


DAY 97 (22 Jun 2020 - Isnin)
Hari kedua puluh sembilan Syawal

Kembali ke hutan batu, mengambil peluang cuti rehat terakhir dengan berehat sepuas-puasnya di rumah.


DAY 98 (23 Jun 2020 - Selasa)
Hari terakhir Syawal 2020

Kembali memulakan tugas selepas lama pulang berhari raya. Walau tak dapat pulang pada 1 Syawal tapi aku bersyukur masih dapat beraya bersama keluarga aku di kampung.


#KisahKita: ...

Thursday, June 18, 2020

Kampung memanggil-manggil aku pulang


Kisah Hari Ini:
DAY 93 (18 Jun 2020 - Khamis)
Hari kedua puluh enam Syawal

Walau dah dipenghujung Syawal tapi raya tetap raya. 

Untuk hari ini sehingga Ahad, aku akan bersama keluarga. Banyak aktiviti nak buat ni terutama bila sebut bab makan.. 🀩

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. 


Kisah Semalam:
DAY 92 (17 Jun 2020 - Rabu)
Hari kedua puluh lima Syawal

Hari ni jasad je berada di tempat kerja, jiwa dah berkejaran balik kampung.

Petang..
Selesai urusan di pejabat, balik rumah bawa baju yang telah dibasuh awal oleh dak Kakak ke kedai dobi untuk dikeringkan. Ini memang kebiasaan aku sebelum berjalan jauh. Pakaian dan barang keperluan telah aku siapkan sehari awal supaya aku tak kelam-kabut dan yang penting takde barang yang tertinggal.

Malam..
Memulakan perjalanan balik kampung sambil ditemani lagu raya. Barulah ada feel..


Dalam perjalanan..
Moga urusan mereka dipermudahkanNYA.

Selamat tiba di kampung pukul sebelas malam. Badan lesu + letih bila seharian tak dapat rehat. Esok jelah kita sambung borak panjang..


Kisah Kelmarin:
DAY 91 (16 Jun 2020 - Selasa)
Hari kedua puluh empat Syawal

Kesiannya dekat dak Oyen. Boleh aku terlepas pandang stok makanannya dah habis. Ke depan ke belakang mengiow sambil menggeselkan badan dekat aku. Kesiannya lahai.

Alahai Oyen.. 😟

Lega bila ia dah dapat makanannya. Itupun en. Hubby kena tunggu kedai buka. Syukurlah..


DAY 90 (15 Jun 2020 - Isnin)
Hari kedua puluh tiga Syawal

Off Record..

#KisahKita: ..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...