Saturday, December 31, 2016

Apakah hasil disebalik azam 2016?


Dulu..
Masa zaman Budak Purba..
Asal nak masuk awal tahun je mesti berazam itulah.. berazam inilah.. yang mana pengakhirannya tak jadi apa..


Kemudian..
Masuk je zaman Remaja Purba..
Keinginan nak menguruskan badan tersemat di hati. Berkobar-kobar.. memuncak-muncak nafsu semangat jadinya. TAPI.. azam hanya tinggal azam. Mengembang bagai kuih pau kembang sedang dimasak waktu itu..


Kini..
Dah masuk zaman Mak Budak ni..
Tak usah cakaplah, aku mampu terliur melihat orang lain slim cantik elok terletak body dia. Aku..? Chef Hubby dah bagi hint pun tapi aku masih lagi tak sedar diri.


Akhirnya..
Pada Januari 2015.. setahun yang lepas..
Semangat membara.. dari puncak ingin ke angkasa. Dibantu oleh #GengMentalku, aku memulakan misi kuruskan badan secara sihat walafiat..


Alhamdulillah..
Januari 2017 ni genaplah dua tahun jatuh bangun duduk baring dengan misi tersebut.
'Nak kurus senang, nak maintain tu yang susah.'

Sebab tu aku bosan menyampah bila ada yang berazam nak kurus.. habaq satu kampung.. tapi at the end tak jadi apa. Kau buat dulu.. buktikan dulu baru boleh pukul canang sekariah tempat hang tinggal.

TAPI..
Andai lepas ni ada yang nak tahu macam mana aku boleh berjaya, maaf cakap aku tak boleh share. Takut nanti ada yang cakap.. 'Jangan ikut cara dia diet nanti jatuh pengsan sampai masuk hospital.' Itu komen bagi mereka yang tak tahu kisah sebenar. 


Apa-apapun.. aku dah berjaya buktikan yang aku mampu maintain kan apa yang aku dah usahakan dalam masa dua tahun ni. Satu tempoh yang bukan sedikit habaq hang. 

DAN..
Penutup bagi Tahun 2016, dua kali pakej percutian semalaman dan 3 hari 2 malam yang diberikan khas oleh pihak hospital membuatkan aku tidak diberikan ruang untuk tidak makan seperti di SINI..


2017..
Walau kau akan muncul jua.. tapi aku takkan sesekali mengaku yang aku dah tua sebab aku tetap maintain sebagai Mak Budak a.k.a Remaja Purba sampai bila-bila. Kahkahkah.. nampak nau tak boleh terima kenyataan yang usia kau tu dah bertambah Mak Budak ooii..



StatusHati: Goodbye 2016.. Welcome 2017.. please be nice to me..



Friday, December 30, 2016

Jumaat terakhir dalam tahun 2016


Kisah pagi tadi:

Timbangan terakhir sebelum berakhir 2016..
Naik dah tentu sebab aku kena lupakan sementara #PerasanSlim sebelum ni.
Chef Hubby pulak senang hati melihat aku rajin menemani beliau makan walau hakikatnya beliau lagi banyak makan dari aku makan.. kihkihkih..
'Macam ni tak kuruslah abang kalau abang je yang makan..' Aku gelak je..

La ni..
Sejak kes warded tu, pola pemakanan aku masih tak banyak berubah, tetap berhati-hati. Risau tak muat segala baju yang ada ni tapi takdelah sampai tak makan langsung. Aku rasa, sama je situasi sebelum warded dengan selepas cuma buat masa ni macam aku cerita tadi, 'kena lupakan sementara #PerasanSlim' aku tu..


Timbul rasa menyesal timbang berat pagi tadi.. tumpul selera nak makan..



Kisah pagi semalam:

Hari Orientasi dak Kakak ke Tingkatan Satu.
Nampak nau anak Mak Budak dah remaja.. Mak Budak pulak dah semakin Remaja Purba. Tak boleh terima lagi beb bila budak sekolah panggil aku 'acik'. sobsobsob..


Bila berat naik, automatik pipi aku pun kembang semacam..


My anak dara.. dak Kakak..
Dulu mak dengan ayah uruskan persekolahan aku..
Sekarang, turn aku pulak..
'Hidup ini ibarat roda'



Jumaat terakhir dalam tahun 2016..
Ya!Allah..
Kau berikanlah kesihatan pada tahap yang terbaik kepada kami.
Kau permudahkanlah kami dalam menjalani rutin harian.
Kau murahkanlah rezeki kami seluas lautan dalam.
Kau kuatkanlah hati kami agar dijauhkan dari perkara yang tidak baik.

Ya!Allah..
Kau lindungilah.. Kau rahmatilah.. Kau berkatilah kedua ibubapa kami sebaiknya.
Aamiin ya Rabbal'alamin..



StatusHati: Maafkan aku andai ada yang terasa dengan kerenahku..


Thursday, December 29, 2016

Pengalaman Kali Pertama menaiki Bas Sani Ekspress


24 November 2016 (Khamis)
Kisah dah berhabuk baru nak share di sini..

Dak Nuha cukup suka kalau aku duduk rumah..
'Ibu tak payah pergi kerjalah..'
'Oh!Alangkah indah kalau ibu dapat macam tu Nuha.. InsyaAllah satu hari nanti..'


Pagi tersebut:
Memandangkan temujanji bersama pihak Perodua telah dibuat, maka bertunggu-tanggalah kami menunggu cikPutih dimanja dibelai dek pekerja Perodua.


Sementara itu..

Puas di pujuknya diayatnya aku untuk membawa pulang mainan yang ada di situ..


'Mana boleh Nuha, nanti orang lain pun nak main juga.'
'Mana ada.. hah!Mana ada..' sambil mata dia melilau melihat keliling.
Kebetulan pagi tersebut hanya dia sorang kanak-kanak riang yang ada..

Bila dah mula bosan dengan mainan yang tak seberapa tu, mulalah dia merengek ajak aku keluar.
'Ibu, jomlah kita keluar jalan-jalan.'
'Tunggulah sekejap lagi, mana ada kereta nak bawak Nuha jalan-jalan.'
'Bas kan ada.'
Kebetulan masa tu lalu sebuah bas.
'Bas tu kita tak boleh naik, itu bas kilang.'
Bila dah banyak kali dia berzikir dekat aku, 'yelah.. yelah.. kejap lagi kita naik bas ek.'
Huhuhu.. barulah dia senyap sekejap. Agaknya tengah membayangkan macam mana rasa naik bas. Aku pulak dah lama tak naik bas sejak adanya cikPutih dengan awek Hubby ni.


Penat duduk, diajaknya aku baring sama..
'Alahai Nuha.. ni bukan rumah sayang..'



Tengahari:
Selesai je urusan di Perodua, kami ke kedai aksesori kereta. Ketika sedang memilih apa yang berkenan, berhenti pulak sebuah bas Sani Ekspress di hadapan kedai yang kami singgah itu. Apalagi.. mulalah dak Nuha merengek nak naik bas tu. Kebetulan pakcik bas tu ada urusan berkaitan bas tersebut.


Mula-mula bergambar dari jauh je..


Bila aku suruh tanya sendiri dekat pakcik tu, tahu pulak malu.. tapi tangan aku ditarik-tariknya..


Akhirnya..
Langkah kanan sungguh dak Nuha..

Terus naik ke bahagian atas sambil lambai dekat Babah dia. Eleh.. jangan kata dak Nuha, Mak Budak pun teruja sebenarnya sebab itu pertama kali merasa naik bas Sani Ekspress..


Seronok dia dapat naik Sani Ekspress..
Terima kasih pada pakcik driver yang sudi bagi dak Nuha naik bas tersebut.


Balik rumah, punyalah bersemangat dia bercerita pada dak Kakak dengan dak Adik.
'Ibu pergi mana naik bas tu ibu?'
'Tak aci.. Nuha sorang je ibu bawak..'
Terpaksalah aku ceritakan hal yang sebenar. Mana taknya takde sorang di antara kami yang pernah merasa menggunakan perkhidmatan bas Sani Ekspress tersebut. Walhal selalu je aku buat lintas hormat depan tempat pengurusan di Jalan Haji Manan tu. Cantik.. Gah.. dengan warna merah putihnya itu..


StatusHati: Andai diberi peluang, tak payah jauh dapat naik pusing sampai Setia City Convention Centre pun cukuplah..



AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...