Followers Remaja Purba

Thursday, December 29, 2016

Pengalaman Kali Pertama menaiki Bas Sani Ekspress


24 November 2016 (Khamis)
Kisah dah berhabuk baru nak share di sini..

Dak Nuha cukup suka kalau aku duduk rumah..
'Ibu tak payah pergi kerjalah..'
'Oh!Alangkah indah kalau ibu dapat macam tu Nuha.. InsyaAllah satu hari nanti..'


Pagi tersebut:
Memandangkan temujanji bersama pihak Perodua telah dibuat, maka bertunggu-tanggalah kami menunggu cikPutih dimanja dibelai dek pekerja Perodua.


Sementara itu..

Puas di pujuknya diayatnya aku untuk membawa pulang mainan yang ada di situ..


'Mana boleh Nuha, nanti orang lain pun nak main juga.'
'Mana ada.. hah!Mana ada..' sambil mata dia melilau melihat keliling.
Kebetulan pagi tersebut hanya dia sorang kanak-kanak riang yang ada..

Bila dah mula bosan dengan mainan yang tak seberapa tu, mulalah dia merengek ajak aku keluar.
'Ibu, jomlah kita keluar jalan-jalan.'
'Tunggulah sekejap lagi, mana ada kereta nak bawak Nuha jalan-jalan.'
'Bas kan ada.'
Kebetulan masa tu lalu sebuah bas.
'Bas tu kita tak boleh naik, itu bas kilang.'
Bila dah banyak kali dia berzikir dekat aku, 'yelah.. yelah.. kejap lagi kita naik bas ek.'
Huhuhu.. barulah dia senyap sekejap. Agaknya tengah membayangkan macam mana rasa naik bas. Aku pulak dah lama tak naik bas sejak adanya cikPutih dengan awek Hubby ni.


Penat duduk, diajaknya aku baring sama..
'Alahai Nuha.. ni bukan rumah sayang..'



Tengahari:
Selesai je urusan di Perodua, kami ke kedai aksesori kereta. Ketika sedang memilih apa yang berkenan, berhenti pulak sebuah bas Sani Ekspress di hadapan kedai yang kami singgah itu. Apalagi.. mulalah dak Nuha merengek nak naik bas tu. Kebetulan pakcik bas tu ada urusan berkaitan bas tersebut.


Mula-mula bergambar dari jauh je..


Bila aku suruh tanya sendiri dekat pakcik tu, tahu pulak malu.. tapi tangan aku ditarik-tariknya..


Akhirnya..
Langkah kanan sungguh dak Nuha..

Terus naik ke bahagian atas sambil lambai dekat Babah dia. Eleh.. jangan kata dak Nuha, Mak Budak pun teruja sebenarnya sebab itu pertama kali merasa naik bas Sani Ekspress..


Seronok dia dapat naik Sani Ekspress..
Terima kasih pada pakcik driver yang sudi bagi dak Nuha naik bas tersebut.


Balik rumah, punyalah bersemangat dia bercerita pada dak Kakak dengan dak Adik.
'Ibu pergi mana naik bas tu ibu?'
'Tak aci.. Nuha sorang je ibu bawak..'
Terpaksalah aku ceritakan hal yang sebenar. Mana taknya takde sorang di antara kami yang pernah merasa menggunakan perkhidmatan bas Sani Ekspress tersebut. Walhal selalu je aku buat lintas hormat depan tempat pengurusan di Jalan Haji Manan tu. Cantik.. Gah.. dengan warna merah putihnya itu..


StatusHati: Andai diberi peluang, tak payah jauh dapat naik pusing sampai Setia City Convention Centre pun cukuplah..



6 comments:

  1. TERCAPAI IMPIAN DAK NUHA NK NAIK BAS YA...CUCU2 KECIL KAKPUN PANTANG NAMPAK BAS MESTI AJAK NAIK,,,MAKLUM ASYIK BERKERETA JE SELALU.

    ReplyDelete
  2. dpt naik bas tak bergerak pun jadi la .... klu naik bas yg bergerak lagi ngeri .... takut la skrg ni byk sgt kes kemalangan bas ... dulu2 jrg sgt dengar

    ReplyDelete
  3. sy pun dah lama x naik bas. dulu masa beljar selalu naik bas express blk kelantan.
    sani express ni memang antara bas yg pling best lah.

    ReplyDelete
  4. Nampak cantik. Naik bas memang seronok.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...