Saturday, January 31, 2015
Aku masih rasa ting tong
Dah petang baru dapat bersiaran tanpa gangguan..
Tak cukup tidur malam tadi.. berjaga sampai pukul 4am..
Dah macam KluangMan overtime nak selamat dunia..
Tapi walau tak cukup tidur, rutin harian berjalan seperti biasa malah sempat lagi aku hantar document dekat Hotel Concorde Shah Alam..
Makan tengahari bersama family kecikku di Shah Alam..
Bagi peluang dapurku berehat dari memberikan khidmatnya seperti kebiasaan..
La ni hubby ajak dak Kakak dengan dak Adik memancing di Setia Alam..
Dak Nuha pulak jadi peneman aku kat rumah memandangkan aku malas nak ikut..
Sambil layan Transformers 2 kat tv, sambil update blog
Dak Nuha leka dengan mainan dia.. oklah.. janji dia tak meragam..
Malam nanti..
Sesekali malam minggu kita lepak kat luar ye.. bersantai bersama family..
psstt: Perhatian tu jadi kurang tapi tak bermakna melupakan..
Friday, January 30, 2015
Mak Mertua kata aku mengandung..?
My MIL ada bagitahu yang aku mungkin mengandung..
Terkejut aku..
Itupun sebab hubby whatsapp aku..
Eh! Macam mana pulak my MIL tahu ni..
Sebelum isu ni makin besar, laju-laju aku whatsapps Mala, wife adik ipar..
Dak Mala mengiyakan yang MIL ada bercerita pasal isu tersebut..
Lagi menarik bila adik ipar siap kira jumlah semua anak buah yang ada untuk agihan duit raya nanti..
Wah.. hubby pun tak cakap apa.. seolah-olah mengiyakan..
Tak boleh jadi ni..
Terus bagitahu pada Mala keadaan sebenar..
Rupanya my MIL cerita berdasarkan teori beliau..
Aku dah jarang balik rumah beliau..
Yup.. ini aku akui..
Memang sejak awal tahun hari tu aku dah jarang balik kampung menjenguk FIL dan MIL..
Bila dah mula musim persekolahan ni, lagilah susah nak balik..
Serba salah aku..
Aku bagitahu sebab musim persekolahan dah bermula.. jadi masa yang ada agak terhad dan aku sendiri sibuk dengan rutin mingguan di rumah..
Tak nak bau dapur mak..
Kalau aku mengandung, dapur adalah kawasan larangan aku untuk 3 bulan pertama..
Memang aku tak boleh bau masakan.. lembik jadinya..
Aku bukanlah tak makan langsung tapi kalau pergi rumah MIL mesti hangus dietku..
Tapi biasanya aku makan je.. siap bersilat sudip senduk dengan hubby lagi kat dapur memasak..
Akhirnya terjawab sudah persoalan my MIL berkenaan status aku mengandung atau tidak..
Kesimpulannya di sini.. aku TIDAK mengandung..
Tak perlu buat pregnancy test.. rugi je sebab memang confirm tak mengandung..
Cukuplah buat masa ni.. buah hati yang ada.. Dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha..
Inipun tak menang tangan aku nak uruskan..
Tambah lagi..? eeerrr... eeeemmm.. K.I.V dulu boleh..?
psstt: InsyaAllah.. weekend ni aku dah peruntukkan masa yang ada untuk balik kampung menjenguk ibubapa kedua-dua belah pihak..
Thursday, January 29, 2015
Petua mudah bagi yang nak kuruskan badan..
Petua ni sangat mudah..
Tak payah pergi gym, hanya dengan melakukan di rumah..
Cara pertama begini ye..
Cara kedua pulak begini ye..
Cuba bayangkan kita buat macam tu kat rumah..
'Apa dah buang tebiat ke bini aku ni..'
'Ibu ni kenapa..'
Hahaha..
Aku takdelah nak buat macam tu..
Cukuplah dengan hanya aktiviti berjogging tiap hujung minggu..
Mood: Cubaan menenangkan diri ---> Moga aku terus sabarlah hendakNYA kerana SABAR itu kunci kekuatan diri..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.

