'Memandangkan puan merupakan kontak rapat yang ada berhubung dengan individu disahkan dijangkiti COVID-19, puan diarahkan menjalani isolasi kendiri. Puan dikehendaki menjalani ujian swab RT-PCR dan keputusan ujian tersebut perlu diserahkan kepada HR untuk tindakan selanjutnya'.
Maka..
Pada pagi 13 September 2021 - Isnin.
'Habis hidung kena rogol'.
Gara-gara dek kena buat ujian swab RT-PCR.
Nak buat swab tu takde hal, nak dapat result tu bukan buat tak lalu makan tapi lagi bertambah makan sebab risau + takut.
14 September 2021 - Selasa
Alhamdulillah sedikit aku rasakan bila result swab test RT-PCR menunjukkan keputusan ujian adalah Negatif.
'RM0 MySejahtera: NRIC/PASS, keputusan ujian anda adalah Negatif. Sila semak halaman Profil MySejahtera anda untuk melihat maklumat terkini'.
Maklumat di dalam MySejahtera
Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Aku memohon kepadaMU, Kau jauhkanlah kami dari sebarang penyakit dan sembuhkanlah kami dari sebarang penyakit serta Kau permudahkanlah rutin harian kami Ya!Allah.. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.
#RemajaPurba: ...


