Followers Remaja Purba

Wednesday, September 1, 2021

Tak mahu dine in, cukup dengan drive thru jelah.

 
Alhamdulillah..
Bertemu kembali wahai September..

September kedua selepas tahun 2021 di mana pandemik Covid-19 masih berleluasa.
Masa bekerja dari tempat kerja (WFO) dan bekerja dari rumah (WFH) masih kekal seperti biasa.

Apa yang berlaku ku jadikan pengajaran agar lebih berhati-hati pada masa depan.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga masih diteruskan.
Tahap kesihatan masih bergantung dengan ubat yang dibekalkan.

Kisah rumahtangga kekal tak berubah.
Dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha cukuplah tak perlu ditambah.
Vaksin dose kedua akan aku dan en. Hubby terima bulan nilah.
Tak mahu dine in, cukup dengan drive thru jelah.
Dak Oyen pula tak jumpa sampai kesudah.

September 2021..
Moga apa yang dirancang kekal tak berubah.
InsyaAllah.. Aamiin.. moga dipermudahkanlah..

Tahun 2021 semakin hampir ke penghujung.
SPM tak tahu bila akan berlangsung.
Usaha guru bukan sedikit diharung.
Aku sebagai ibu dah mula termenung.

Bunga tulip bunga kegemaran.
Tidak sama kuncupnya si bunga ros.
Pandemik Covid-19 dah lama beri amaran.
Berjimat-cermat, tolonglah jangan boros.

Buat dia..?
Kau tak perlu tahu.
Jangan stalk kisah yang lama dahulu.
Buka je lembaran baru.
Jangan pernah pedulikan aku.

#RemajaPurba: Apa yang penting, anak-anak gembira aku tak stress bekerja.

5 comments:

  1. Happy September. Moga dipermudahkan urusan InshaAllah. Terima kasih atas peringatan berjimat cermat. InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. Memang... ramai belum prefer dine in....

    ReplyDelete
  3. Even boleh dine in prefer drive thru dan takeaway je lah kan. Lebih selamat dan mudah. Semoga hari hari mendatang lebih baik. Aaaminn...

    ReplyDelete
  4. masih takut2 nak dine in. tak yakin.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...