Saturday, April 2, 2011

keputusan pagi tadi

Selepas berhempas-pulas dalam acara pagi tadi, keputusan telah diumumkan oleh Pembesar Suara:

Tempat ke 4: Kampung Parang Kontot
Tempat ke 3: Kampung Pinang Sebatang
Tempat ke 2: Kampung Pening Lalat
Tempat Pertama: Kampung Pasir Berdengung


Walaupun nampak mudah tapi disebabkan dah lama tak bersenam buat stamina cepat pancit.. Nak pulak team aku kekurangan 2 orang untuk regu wanita kedua.. Maka kenalah bergilir-gilir main, walaupun tak cukup pemain tapi kitorang tetap gagah digelanggang permainan (padahal kepenatan)..

Anyway, tahniah kepada team yang tak berjaya, takpe lepas pulun dalam ping pong ni, nanti kita cuba pulak dalam futsal.. Pergh.. Yang ni lagi pancit aku rasa nanti.. Hahaha..

Sekarang ni aku dah baring nak tidurkan diri sekejap.. zzzzz.. Apa yang aku taip ni.. Huhu.. Penatnya..

ping pong

Pagi ni my office adakan perlawanan ping pong antara kumpulan. Kumpulan terlibat ialah Kampung Pinang Sebatang, Kampung Parang Kontot, Kampung Pasir Berdengung dan Kampung Pening Lalat.. Menarik kan nama-nama kampung yang diberikan itu.

Aku mewakili Kampung Pinang Sebatang.. Dah nak mula main ni.. Petang nanti aku update ok..

Friday, April 1, 2011

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Link

Korang nak join, click header BA tu ye.. Sila beritahu kenapa anda tak suka ANONYMOUS .. Semua ada nama, identity yang unik yang membezakan antara satu sama lain, kenapa nak berselindung di sebalik ANONYMOUS..

Pengalamanan anda bersama ANONYMOUS.. Ceritakan ..
Sehingga kini aku belum ada pengalaman dengan anos+nak+mam tu.. maklumlah takde entry yang maha ganas lagi kejam diterbitkan dalam blog aku.. kalau ada, mata dia dah celiklah tu sebab tu masuk blog aku bagi komen.

Nasihat anda pada mereka yang gemar mencaci maki dalam blog ? 
Apa masalah kau sebenarnya..? Adakah entry aku menyukarkan kau untuk berjumpa orang-ramai? nak makan.. nak minum..? nak tidur sampai terngiang teringatkan entry aku..? Kepada anos2 ni tolonglah jangan buat macam tu, tuan punya blog tu takde niat pun nak buat sesiapa marah, itu semua atas luahan rasa mereka sendiri. Komenlah dengan baik maka baiklah penerimaanny.. Kalau korang marah, orang lain lagi marah kenapa kau nak menyibuk dengan menggunakan identiti anos2 tu. Kalau kau berani tunjukkanlah keberanian kau itu.. janganlah berselindung disebalik tabir aje. 

Eh..!Dah habis.. Semangat berkobar-kobar nak jawab.. dah habis pulak.. ok itu sahaja buat kali ini..

Sekian, saya suka..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...