Monday, December 21, 2009

Bola Tampar + Stadium Malawati, Shah Alam + Kota Kemuning

19 DISEMBER 2009 (Sabtu)


Pagi:
Ada game bola tampar pagi ni dan aku yang tak pernah mewakili mana-mana pasukan sebelum ni, kali ni aku tawarkan diri sebab kekurangan pemain kumpulan.

Sempatlah habis game sebelum hujan. Lepas ambil anak-anak di rumah pengasuh, aku singgah sekejap di rumah mak aku. Tak lama lepas tu hubby call minta ambil dia kat tempat kerja.

On the way balik rumah singgah di Shah Alam, saja nak cuci mata dan tak sangka ada Karnival Selangor Ria 2009 – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor yang dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 20 Disember 2009. Karnival ni sampai 27 Disember.

Penat nak cerita, tengok jelah.


Di Sinilah Karnivalnya


'kandang' arnab



Aku ajar macam mana nak pegang arnab dengan betul, kakak pegang macam nak peluk kucing. Adik main tarik telinga dia.


kandang kambing, kambing tu lagi besar dari anak-anakku.



kakak teruja naik kuda, ammar takut-takut.


Malam:
Hubby ajak pergi Kolam Memancing Udang dekat Kota Kemuning, Shah Alam. Kuturutkan jua memandangkan esok cuti. Kakak Irah excited nak makan udang (hantu udang dia ni).


seronok juga.


Inilah kembar hubby, nasib baik dia datang tepat masanya, boleh tengok jagakan si ammar yang boleh tahan lasaknya.


Lewat malam baru balik, itupun aku dan anak-anak sampai tertidur dalam kereta tapi hubby masih di kolam memancing. Aku tak minat tapi dah hubby ajak takkan nak hampakan.

Wednesday, December 9, 2009

Semalam di PPUM


08 DISEMBER 2009 (Selasa)

Petang:
Temujanji di kat Klinik ENT, PPUM pukul 3 pm, tunggu giliran dekat sejam dan dak Adik pun tak meragam sangat.

Setiap 6 bulan kena bawa dak Adik ke Klinik ENT ni untuk check up berkala. Ini kali kedua aku bawa dia, kalau dia kerap batuk dan selesema tapi sejak lepas operate tangan hari tu, dia dah jarang selesema, antaranya pemakanan dia kitorang kawal sikit walaupun kadang-kadang tak terkawal.

Banyak juga soalan yang aku ajukan kepada doktor bertugas berkaitan tonsil ammar. Doktor bagitau tonsil dak Adik masih besar dan kalau ada tanda-tanda pada dia yang nampak teruk + kronik memang akan dibedah.

Antaranya:
bila tidur berdengkur kuat, tiba-tiba tersedar nafas terhenti sendiri, kurang selera makan, pasif, kerap tak sihat. (dalam kes dak Adik, setakat ni dia cuma tidur berdengkur kuat tapi takdelah sampai terhenti pernafasan dia).

Doktor bagi preskripsi ubat yang kena beli untuk dak Adik, kena beli di luar sebab di PPUM takde jual ubat tu dan temujanji dak Adik seterusnya pada 08 Jun 2010 nanti (6 bulan dari sekarang).

Monday, November 30, 2009

Hari Raya Aidiladha

27 NOVEMBER 2009 (Jumaat)

Pagi:
Singgah rumah mak di P.J, sebelum balik mak sempat bekalkan rendang ayam, yummi sedapnya.

Hubby ajak singgah Tesco sebab hubby nak masak rendang petang ni. Aku separuh hati sebenarnya sebab penat.

Lepas dah membeli apa yang patut, kakak Irah bagi idea yang brilliant punye:
“ibu… apa kata kita makan pizza, tak lama kakak tak makan (perkataan asal - dah lama kakak tak makan)” hubby turutkan aje permintaan dia tu, lagipun jarang makan.


di Pizza Hut



antara gelagat anak-anakku



Petang:
Cadang nak balik kampung tapi memandangkan masing-masing dah tak larat (nak buka mata pun rasa berat, apatah lagi nak pandu kereta), maka terpaksalah batalkan, lain kali jelah kita balik kampung.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...