Followers Remaja Purba

Wednesday, December 9, 2009

Semalam di PPUM

08 DISEMBER 2009 (Selasa)

Petang:
Temujanji di kat Klinik ENT, PPUM pukul 3 pm, tunggu giliran dekat sejam dan ammar pun tak meragam sangat.

Setiap 6 bulan kena bawa ammar ke Klinik ENT ni untuk check up berkala. Ini kali kedua aku bawa dia, kalau dia kerap batuk dan selesema tapi sejak lepas operate tangan hari tu, dia dah jarang selesema, antaranya pemakanan dia kitorang kawal sikit walaupun kadang-kadang tak terkawal.


Banyak juga soalan yang aku ajukan kepada Doctor bertugas berkaitan tonsil ammar. Doc bagitau tonsil ammar masih besar dan kalau ada tanda-tanda pada ammar yang nampak teruk + kronik memang akan dibedah.
Antaranya:
bila tidur berdengkur kuat, tiba-tiba tersedar nafas terhenti sendiri, kurang selera makan, pasif, kerap tak sihat. (dalam kes ammar dia setakat ni dia cuma tidur berdengkur kuat tapi takdelah sampai terhenti pernafasan dia).

Doc. bagi preskripsi ubat yang kena beli untuk ammar, kena beli di luar sebab di PPUM takde jual ubat tu dan temujanji ammar seterusnya pada 08 Jun 2010 nanti (6 bulan dari sekarang).

3 comments:

  1. salam singgah..
    Azamia, anak lelaki saya 3 tahun pun ada masalah tonsil. Dah lama,since dia 2 tahun.
    Dh p jumpa pakar kanak & dia suh refer ENT PPUM.
    Saya google so terjumpa blog u..
    Boleh bg email address tak? Ada benda yang saya nk tanya.

    Thanks

    ReplyDelete
  2. salam...

    u can emel me at aizamia3@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah terjumpa blog ni. Anak saya pun ada masalah tonsil dan selalu demam sawan. Saya terdengar tentang ENT ppum. Cuma tak pasti procedure untuk refer ke sana. Ada rawatan di hospital kerajaan tapi case admit atas sebab sawan demam, bukan tonsil bengkak. So walaupun kami dah beritahu tekak anak yang bermasalah, dr macam tak ambil note dan still gunakan kaedah tunggu dan berbincang sesama sendiri tentang punca penyakit. Saya terpaksa beli ubat oral aid di klinik luar sebab anak dah langsung tak mahu bukak mulut disebabkan penuh dengan ulser dan sakit tekak. Minta ubat dari doktor hari ke 3 baru terima itupun sebab dah kena jerkah kenapa tak ada langsung yang nak tengok dan verify betul-betul tekak anak yang bermasalah.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...