Followers Remaja Purba

Monday, December 21, 2009

Bola Tampar + Stadium Malawati, Shah Alam + Kota Kemuning

19 DISEMBER 2009 (Sabtu)


Pagi:
Ada game bola tampar pagi ni dan aku yang tak pernah mewakili mana-mana pasukan sebelum ni, kali ni aku tawarkan diri sebab kekurangan pemain kumpulan.

Sempatlah habis game sebelum hujan. Lepas ambil anak-anak di rumah pengasuh, aku singgah sekejap di rumah mak aku. Tak lama lepas tu hubby call minta ambil dia kat tempat kerja.

On the way balik rumah singgah di Shah Alam, saja nak cuci mata dan tak sangka ada Karnival Selangor Ria 2009 – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor yang dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 20 Disember 2009. Karnival ni sampai 27 Disember.

Penat nak cerita, tengok jelah.


Di Sinilah Karnivalnya


'kandang' arnab



Aku ajar macam mana nak pegang arnab dengan betul, kakak pegang macam nak peluk kucing. Adik main tarik telinga dia.


kandang kambing, kambing tu lagi besar dari anak-anakku.



kakak teruja naik kuda, ammar takut-takut.


Malam:
Hubby ajak pergi Kolam Memancing Udang dekat Kota Kemuning, Shah Alam. Kuturutkan jua memandangkan esok cuti. Kakak Irah excited nak makan udang (hantu udang dia ni).


seronok juga.


Inilah kembar hubby, nasib baik dia datang tepat masanya, boleh tengok jagakan si ammar yang boleh tahan lasaknya.


Lewat malam baru balik, itupun aku dan anak-anak sampai tertidur dalam kereta tapi hubby masih di kolam memancing. Aku tak minat tapi dah hubby ajak takkan nak hampakan.

1 comment:

  1. Salam .hee minat punya pasal smpi tertidur anak2 dalam kereta kan ;p

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...