Dalam satu entry aku di [SINI], ada satu komen bertanyakan:
Melihat pada arkib blog puan, sudah lama puan dalam dunia blogging ini.
Ada apa-apa nasihat atau tips untuk blogger baru yang boleh dikongsi?
Terima kasih.
Jika melihat pada arkib blog aku, memang nampak banyak entry yang telah aku publish sejak tahun 2009. Namun, bila ada yang bertanya apakah nasihat atau tips yang boleh aku kongsikan, jawapan aku — untuk kekal bertahan dalam dunia blogging bukan kerana mengejar trafik yang tinggi tapi kerana konsisten menulis. Tulis bila ada cerita. Kongsi bila ada manfaat.
Jangan takut jika tulisan kita nampak biasa. Kadang-kadang, tulisan yang sederhana itulah yang paling dekat di hati pembaca. Aku menulis bukan untuk menjadi popular tapi jika tulisan itu mampu memberi manfaat, buatkan mereka yang membaca tersenyum, itu lebih bermakna buat aku.
Tempoh yang lama tidak semestinya menjadikan kita lebih hebat daripada orang lain. Setiap blogger ada cara, identiti dan perjalanan masing-masing.
Sedikit Nasihat atau Tips yang aku pegang selama ini:
- Jadilah diri sendiri.
- Menulis kerana minat bukan semata-mata mengejar jumlah pembaca atau trafik.
- Jangan risau jika pada awalnya tiada komen atau jumlah pembaca masih sedikit. Semua blogger pun bermula dari kosong.
- Tulis mengikut keselesaan sendiri. Tak perlu berlumba dengan orang lain atau memaksa diri mengejar trend jika itu bukan diri kita.
- Sentiasa hormati hasil kerja orang lain. Jika berkongsi maklumat atau gambar, berikan kredit yang sepatutnya.
- Paling penting, nikmati proses menulis. Blog bukan sekadar tempat berkongsi cerita tapi — ruang menyimpan kenangan yang suatu hari nanti kita sendiri akan kembali membacanya.
— Dunia Blogging —
Teruskan menulis. Jangan berhenti hanya kerana merasakan tulisan kita biasa-biasa. Kadang-kadang, tulisan yang kita anggap biasa itulah yang memberi makna kepada orang lain.
Aku..?
Blog ibarat sebuah diari digital. Ada cerita gembira, ada kisah sedih, ada pengalaman, ada juga ilmu yang dikongsi. Mungkin hari ini hanya beberapa orang yang membacanya, tapi akan datang, kita tak tahu siapa yang 'masih bertahan' dengan kita. Malah kita sendiri akan tersenyum apabila mengimbau semula setiap catatan yang pernah ditulis.
#RemajaPurba: Jangan kejar trafik sampai hilang identiti.
#RemajaPurba: Jangan kejar trafik sampai hilang identiti.
Terima kasih puan. Saya paling suka tip terakhir tu—"nikmati proses menulis". Kalau tak enjoy memang cepat rasa nak quit. Saya kagum dengan konsistensi puan selama belasan tahun. Tak ramai yang bertahan.
ReplyDeleteSama-sama dan terima kasih singgah lagi di sini.
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya. Saya pun menulis kerana itu minat saya. Takde org baca, kita yg baca sendiri. Jadikan ia batu loncatan dan semangat utk menulis, lagi & lagi. Mana sangka tulisan kita itu akan dibaca oleh lebih 1.8 juta kali. Itulah hikmahnya
ReplyDeleteBetul.. saya pun kadang-kadang minta satu tajuk dari en. Hubby nak buat satu entry, kemudian saya kembangkan jadi satu entry. Biasa jadi macam ni waktu writer block.
DeleteTq for the tips/sharing.
ReplyDeleteSatu lagi kelebihan menulis ialah utk memberi rangsangan kpd otak. Bagus supaya otak kita sentiasa cergas.
Terima kasih sis, sharing... Menulis untuk diri sendiri sebenarnya..
ReplyDeleteSejak menulis 2008, terlalu banyak yang berlalu, suka duka, kadang tak semua di ceritakan tapi banyak yang di kongsikan.. konsisten update dulu sebab memjana pendapatan, hingga sekarang.. cipta kenangan di blog sendiri, esok-esok bukak boleh baca balik.. elak penyakit nyanyuk juga hehehehehe
ReplyDeleteTahniah Ai, kerana lama bertahan dalam dunia blog ini. Bukan senang.
ReplyDeleteTerima kasih juga kerana berkongsi tips. 😊