Thursday, July 2, 2026

Kenangan Di Sebalik Sebungkus Nasi Lemak


Dahulu..
Ketika zaman sekolah, aku pernah beli nasi lemak bungkus daun pisang untuk dijadikan bekal ke sekolah. Bagi budak kampung macam aku, itu perkara biasa tapi bila bertukar sekolah di bandar, lain pula ceritanya.

Suatu hari, masa aku nak makan bekal, ada seorang kawan lelaki mengejek nasi lemak yang aku bawa. Waktu itu, aku cuma mampu diam. Malu dan sedih. Aku tertanya-tanya dalam hati, apa salahnya nasi lemak daun pisang?

Bukan itu je, kalau bawa bekal dari rumah pun aku rasa segan. Dalam fikiran budak sekolah ketika itu, orang mungkin akan anggap keluarga aku tak ada duit sebab tak membeli makanan di kantin. Rasa rendah diri itu memang pernah wujud.


Sekarang..
Aku dah tak kisah apa orang nak kata. Janji perut kenyang dengan makanan yang aku suka. Nasi lemak daun pisang tetap menjadi pilihan kalau ada. Aku sedar.. yang memalukan bukan bekal dari rumah tapi mereka yang suka merendahkan orang lain.

Jangan sesekali memperlekeh rezeki atau bekal orang lain. Kita tak pernah tahu berapa lama kata-kata itu akan tinggal dalam hati mereka.

Bagi aku, entry ni ada nilai nostalgianya sendiri. Ia bukan sekadar pasal nasi lemak daun pisang tapi tentang bagaimana pandangan orang lain pernah mempengaruhi keyakinan diri aku.

@RemajaPurba: ...

6 comments:

  1. Setuju sangat dengan coretan kali ni. Memang tak ada apa yang perlu dimalukan dengan bekal dari rumah. Yang sepatutnya malu adalah orang yang suka merendah-rendahkan rezeki orang lain. Semoga kita semua dijauhkan daripada sikap sebegitu

    ReplyDelete
  2. Masa sekolah tak bawa bekal sebab balik tengahari. Makan kuih sahaja waktu tengahari dan beli nasi lemak. Sekarang masa bekerja pula bawa bekal sebab malas nak keluar membeli :)

    ReplyDelete
  3. issssh,anak lelaki itu tak pernah merasakan sedapnya nasi lemak bungkus daun kah.... bisa addict sekali coba :D... saya saja rela tiap tahun ke malaysia demi makan nasi lemak :D

    agree kak.... yg memalukan itu karakter suka menghina orang lain... ntah seperti apa pendidikan yg dia terima di rumah jika suka merendahkan orang

    ReplyDelete
  4. nasi lemak daun pisanglah yg paling sedap....

    ReplyDelete
  5. Tertanya-tanya jugak, apa salahnya nasi lemak daun pisang sampai perlu ejek?

    Biasanya orang yang mengejek ni sebenarnya dia ada rasa rendah diri, dia ejek orang supaya dapat tingkatkan keyakinan diri dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak lelaki tu memang suka mengejek, hanya kerana berbungkuskan daun pisang nasi lemak saya waktu itu.

      Delete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...