Tak mustahil ada yang masih terbawa-bawa dengan pemikiran bahawa apabila seorang wanita bergelar isteri, secara automatik semua urusan rumah menjadi tanggungjawabnya. Sedangkan hakikatnya, sebuah rumah tangga dibina atas dasar saling membantu, bukan saling melepaskan tanggungjawab.
Bro.. zaman dah berubah bro tapi tanggungjawab sebagai suami jangan pula tertinggal di zaman lama. Rumah itu milik bersama, maka urusannya juga tanggungjawab bersama. Jangan berkahwin dengan harapan isteri akan mengambil alih tugas yang selama ini dilakukan oleh emak. Isteri itu bukan orang gaji atau pengganti emak.
— Isteri pun bekerja tapi suami expect rumah berkemas? —
Isteri itu pasangan hidup, bukan caretaker yang perlu menggalas semua beban rumah tangga seorang diri. Seorang lelaki tidak akan hilang sifat kelelakiannya hanya sebab membantu di rumah. Sebaliknya.. di situlah terserlah kematangannya sebagai seorang suami.
Bila berjauhan dengan isteri, terus full coverage, signal 5G laju bukan main. Dengan kawan boleh bersembang berjam-jam, dengan game sanggup berjaga sampai lewat malam tapi bila isteri minta tolong, tiba-tiba terus auto E bar — penat, letih, tak larat jadinya.
Penat itu semua orang rasa. Isteri pun penat. Apa yang isteri perlukan selalunya bukan bantuan yang besar atau luar biasa. Kadang-kadang cukup sekadar suami peka melihat apa yang perlu dibuat, kemudian terus menghulurkan tangan tanpa perlu disuruh berkali-kali. Dalam rumah tangga, kerjasama itu penting daripada seribu alasan 'penat' atau 'tak larat'.
Tak perlu menjadi suami yang sempurna. Cukuplah menjadi suami yang tahu menghargai penat lelah isterinya, ringan tulang membantu dan sentiasa ada ketika diperlukan. Percayalah, perkara yang nampak kecil itulah yang sering membuat seorang isteri berasa paling dihargai.
#RemajaPurba: If u cant solve the problem, be a part of the problem. Play along.
Dari sebelum kahwin dana dah bagitau Edy suruh tolong kemas rumah, tolong apa yang patut dan sekarang alhamdulillah memang sentiasa membantu, baju tu memang dana tak pernah basuh, sidai atau lipat itu memang kerja edy. Dapur kadang tak sempat kemas memang dia yang kemas, cuma sapu rumah tu kadang kene di suruh la sikit. Tapi kita paham dia pun kerja balik selalu malam sama-sama penat.
ReplyDeleteKuncinya adalah kerjasama dan memahami. Kita buat bahagian A, automatic pasangan kenalah pula buat bahagian B dan begitulah seterusnya.
ReplyDeleteRumah sama-sama kemas sama-sama. Kena give and take dalam banyak perkara bila kahwin ni
ReplyDeleteBetul tu..kenalah saling tolak ansur dan kerjasama antara satu sama lain.. tak kiralah keduanya bekerja atau sorang duduk rumah.. takde kesefahaman tu.. memang susahlah nak hadap hari-hari bersama
ReplyDeletesetujuuuuuuu sangat kak... bersyukur lah suami saya tipe yg mau membantu istri... dia mungkin tak bisa juga melakukan pekerjaan rumah tangga, tp at least dia provide asisten untuk membantu saya. dia tak bisa hantar jemput saya stiap saat, tapi dia provide driver buat saya pergi kemana2... itu yg dimau oleh istri..
ReplyDeletekalau kalian para suami tidak bisa bantu secara fisik, at least bantu sediakan support systemnya. jangan cuma marah rumah berantakan, tapi tak lihat istri penat :(
Kita jerit jer kalo x mau tolong...
ReplyDeleteUncle take note...
ReplyDeletebetullah saling bekerjasama and don't take things for granted. suami sy tak cantik bila melipat kain..its ok sila ambil tugasan menjemur kain. suami sy tak reti kemas rumah, its ok...pasti awak tak sepahkan rumah. suami sy reti masak, tapi lepas masak selalu tak kemas dapur...its okay...sy tolong kemaskan as long as bukan saya buat semua.
ReplyDeleteMemang semestinya kena saling membantu.
ReplyDeleteFaa belajar benda utama dalam perkahwinan adalah tolak ansur. Utk Faa sangat penting saling tolarate dalam semua urusan.
ReplyDelete