Thursday, July 9, 2026

Blog Yang Masih Setia Mendengar


Ketika orang lain berkongsi cerita dan kisah menarik di platform socmed, aku pula lebih selesa meluah rasa di sini. Bukan tak nak berkongsi di platform lain, cuma di sinilah tempat yang paling selesa untuk aku menjadi diri sendiri. Blog ini ibarat sebuah diari, tempat aku menyimpan kenangan, melepaskan rasa yang adakala diluahkan secara tersirat.

Bukanlah untuk mencari perhatian cuma untuk menyimpan perjalanan. Andai suatu hari nanti aku terlupa bagaimana aku pernah bertahan, blog ini akan mengingatkan bahawa aku pernah melalui semuanyasatu demi satu.

Terima kasih juga buat awak yang masih sudi singgah di blog ini. Walaupun aku kadang-kadang mengambil masa untuk kembali menziarahi blog awak, percayalah setiap kunjungan itu sangat aku hargai.


Bukan semua cerita perlu ke socmed 

Bila emosi menulis, cerita mungkin melepaskan rasa.
Bila hati sudah tenang menulis, cerita itu akan meninggalkan makna.


#RemajaPurba: Diam sekeltika lebih kuat daripada seribu patah perkataan..

12 comments:

  1. ammi lebih selesa untuk menaip berbanding berkongsi di socmed lain dengan video. semoga apa yang tersimpul di hati, diotak tu dapatlah dileraikan seiring masa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, jika ada video pun, nak kena edit dulu sebelum publish.

      Delete
  2. Melihat pada arkib blog puan, sudah lama puan dalam dunia blogging ini. Ada apa-apa nasihat atau tips untuk blogger baru yang boleh dikongsi? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan saya ada di sini..

      https://aizamia3.blogspot.com/2026/07/nasihat-dan-tips-untuk-blogger-baru.html

      Delete
  3. Betul tu.. lama dah x bukak blog.. xda kelapangan.. ni menggigihkan diri aktif semula.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula - untuk ni nak cuba konsisten menulis.

      Delete
  4. sama lah kita tapi tak boleh nak cerita semua dekat sini atau socmed lain sebab ada banyak mata hehe anyway stay strong and take care ye sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini saya bebas bercerita kerana mereka tidak tahu yang saya masih konsisten menulis.. hehehe..

      Delete
  5. Saya pun suka menulis di blog. Kita boleh menulis beribu patah tanpa perlu menghadkan luahan/ pendapat. Nak letak beribu gambar pun boleh. Lagi satu taip di google akan keluar nama blog dan search entri kita. Mudah sangat nak throwback ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Aynora. Tak kisahlah walau tiada yang membaca tapi rasa puas bila dapat menulis.

      Delete
  6. Faa pun masih memilih blog. Penah delete blog yang Faa tulis since 2012. Rasa rindu dalam blogging tu kembali ke blog.

    ReplyDelete
  7. Kalau rajin, baru la up sestory dua dekat socmed..
    Nak up entry pun berchenta kadang tu, tapi tetap suka menulis..walaupun ntah apa yang ditulis..hihihi

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...