28 Jun 2026 - Ahad [12 Muharram 1448H]
Sambungan dari [SINI]
Kali ni balik kampung, rupanya tak ada gambar yang sempat aku simpan untuk dijadikan kenangan di sini. Musim durian sedang rancak. Pokok durian Pak Busu galak betul berbuah. Untunglah dak Adik, dapat makan durian sepuas hati. Belum lagi buah rambutan, tinggal petik dan makan kat bawah pokok.
Dak Nuha..?
Bibirnya kena gigit semut waktu kopek kulit rambutan. Comel je bila dia bercerita. Tak perasan buah tu ada semutlah tu.
Aku..?
Sambil petik rambutan, sambil makan. Tak sedar, kenyang dibuatnya.
Durian..?
Bukan dalam list aku dan dak Nuha tapi en. Hubby bawa balik sebiji yang dah siap dikupas. Siap simpan dalam bekas, dibungkus dengan surat khabar dan diikat dengan plastik elok-elok, untuk elakkan mr. Black tak 'berbau durian' sepanjang perjalanan balik.
Rambutan yang aku bawa balik dari kampung terus aku kupas dan simpan dalam peti sejuk. Memang nikmat bila makan dalam keadaan sejuk, rasa segar dan lega tekak. Lagipun semut memang banyak sangat. Daripada semut tu bersiar-siar dalam rumah, baik aku kupas siap-siap — simpan dalam bekas.
Buah manggis je belum boleh dipetik sebab masih hijau di pokok. Bagi aku, buah manggis kini menjadi antara buah yang rare sebab mahal, siapa yang ada pokok manggis dan sedang berbuah, bersyukurlah kerana tak perlu beli — hanya perlu petik dan makan di bawah pokok.
— Musim buah-buahan —
Buah boleh dimakan habis, musim boleh berganti tapi kenangan di kampung akan sentiasa berbuah dalam ingatan.
#RemajaPurba: Mengumpul kenangan hari ini, supaya esok masih ada cerita untuk dikenang.

Eh jap... Header barhau kan?
ReplyDeleteBetul uncle.. baru sebulan lebih guna header baru ni.
DeleteAlhamdulillah rezeki. Tak makan durian tak apa, dapat rambutan tu nikmatnya. Memang best durian dan rambutan ni
ReplyDeleteSeronoknya dapat balik kampung waktu musim buah! Pokok durian dan rambutan Pak Busu memang meriah betul. Kelakar pula baca pasal dak Nuha kena gigit semut masa kopek rambutan tu, tapi betul... kenangan-kenangan kecil macam nilah yang paling mahal bila balik kampung.
ReplyDeletewaaah enaknya kalau ada pohon sendiri kaaak..... tp kalau rambutan saya tak makan memang ... :D.. cuma jangan tanya kalau manggis dan durian... bisa tak sadar habis banyaaaak hahahahaha
ReplyDelete