Thursday, May 14, 2026

Sesekali Kena Tantrum Juga, Baru Dia Faham

 
14 Mei 2026 - Khamis [26 Zulkaedah 1447H]

Ada masa, kita penat bukan sebab kerja atau keadaan sekeliling tapi sebab terlalu lama memendam kecewasekarang jadi sebab kita lebih banyak diam dan telan rasa sendiri.


Perasaan yang susah nak digambarkan 

Kadang, tertanya-tanya, mana pergi lelaki yang dulu aku pilih untuk jadi suami? Entah ke mana hilangnya common sense dan rasa peduli tu.

Sampai kadang rasa macam diri ni dah bukan siapa-siapa dalam hidup dia. Penat sangat fikir tentang seseorang yang hatinya macam dah tak ada lagi untuk kita.

- sumber dari Threads -


— Antara perkara yang patut diambil perhatian supaya rasa sayang tu tak makin hilang
  • Jangan terlalu biasakan diri memendam rasa. Sesekali kena tantrum juga. Jangan telan semua sendiri sampai kepala jadi serabut. Dia takkan faham apa yang kita rasa kalau kita cuma bercakap dalam hati. Biar sama-sama rasa penat dan stress, baru adil.
  • Jangan terlalu merajakan suami macam generasi dulu ajar. Kahwin ni partnership, bukan ambil anak angkat yang dah besar. Sama-sama buat kerja, sama-sama pikul tanggungjawab. Ada masa lelaki ni 'braincells' dia lambat connect sikit.
  • Jadi isteri ni kadang memang kena ada darah pahlawan sebab ada lelaki yang hanya sedar bila kita dah mula melawan. Lelaki ni kadang kena dibentuk sebelum terlambat — bukan lagi budak purba yang semua orang kena faham dan mengalah.
  • Kadang kita bercerita bukan nak simpati pun. Cuma nak rasa dihargai dan didengari tapi bila respon sekadar 'hmm..' sambil hadap phone, memang boleh hilang separuh kasih sayang. Cuba isteri buat benda sama — diam, acuh tak acuh, tak peduli — tahu pula dia merentan.


Dulu..
Aku pun sama banyak memendam rasa konon nak elak dari bergaduh. Kemudian aku guna cara — kalau aku kata A, kalau tukar B ke C ke, aku memang tak nak terima. Kena tantrum juga, kalau tak en. Hubby tak faham. Kadang lelaki ni bukan tak sayang cuma dia lambat detect kita tengah makan hati.

Sekarang..
Tantrum juga — biar sama-sama pening kepala. Rasain lor..

#RemajaPurba: ..

4 comments:

  1. Kalau sy diam dia tau sy tgh melawan tu.. ahahaha

    ReplyDelete
  2. Dana dah lama tak cuci baju kak, selalu bab baju memang Edy yang uruskan dari basuh lipat semuala. Dapur selalunya memang Edy yang kemas bininya kurang rajin hahaha. Dengan lelaki ni tak payah nak kias2 bagitau direct je mudah dia terus dengar n ambil maklum.

    ReplyDelete
  3. hahaha..mula2 linda pun sama kak.. tapi, tak boleh nak banding sebelum dan selepas..sebab sebelum danselepas suami linda sama je..last2 mengalah..bukan mengalah apa.. tak suka kita cakap, kecik hati kita cakap..semua benda kita direct je, takde kias2.. sebab dia bukan jenis yang berkias.. hahaha..memang dia takkan faham la sampai sudah...

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Lelaki bukan tak ambil peduli cuma dia lambat nak respon akan tindakan kita. Kalau perempuan ni kita bole merajuk, masam muka dll nak tunjuk tindakbalas segera. Org lelaki besar egonya. Kena pandai tackle and handle 😅

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...