17 Mei 2026 - Ahad [29 Zulkaedah 1447H]
Ada masa, perkataan yang kita dengar berulang kali dalam drama boleh jadi 'favourite word' dalam rutin harian. Lagi-lagi bila tengah obsessed dengan sesebuah drama, sekali dengan dialog-dialognya pun boleh melekat dalam kepala. Jika biasa menonton sama ada drama Cina ataupun Korea mesti akan terkeluar dialog ni dalam situasi tertentu.
Wèi shén me — kenapa? / why?
Gwenchana — tak apa / saya okay
Sejak fenomena drama Pursuit of Jade (POJ) di [SINI] aku asyik ulang tengok berkali-kali, jadi melekat perkataan — Wèi shén me? Sudahnya, dekat rumah pun mulut ni sibuk menyebut.. 'Wèi shén me? Wèi shén me?'
Aku..?
POJ masih lagi ada dalam hati tapi sekarang tengah ulang tengok drama Youthful Glory di [SINI] sampaikan en. Hubby pun geleng kepala tengok sikap aku.
'Tak habis lagi ke dramanya?'
'Alah Babah.. ibu tu kejap je. Nanti ada drama lain, tukar pulak minatnya'.
Aku dah ada satu lagi drama, nanti aku update — kalau aku rajinlah.
#RemajaPurba: ..
Hehe.. saya geng gwenchana, sebut perkataan tu mcm2 perasaan ada,
ReplyDeleteKena cari geng saya macam ni..
DeleteDrama China best2 tapi banyak sungguh episode nya
ReplyDeleteBetul tu.. saya memang dari kecil suka tengok drama China zaman dulu-dulu, ni mula terjebak semula.tapi nak habiskan satu drama je bercinta sebab banyak sangat episodenya.
DeleteBetul. Saya tengah layan drama Turkiye. Ter cok guzel cok guzel lah pun. Gunaydin. Hosgledin.
ReplyDeleteDrama Turkiye, saya paling suka drama Siyah Beyaz Aşk, Chemistry ML dan FL dalam drama tu memang superb.
Deleterajinnyaaaaaaa aiza.....kakmieja dulu zaman kecik hantu drama cina jugak sampai boleh hapal ayat-ayat, skrg lama tak ikuti
ReplyDeleteKebelakangan ni banyak pulak drama cina menarik, ni semua sebab POJ punya penangan. Padahal sebelum ni takdelah nak layan sangat. hehehe..
DeleteBuat je apa yang membahagiakan kita....dulu dulu time Leon Lai berlakon tengok drama cina, kemudian drama spain pulak telenovela....sekarang ada masa tengok. Takde masa tak tengok.
ReplyDeleteDah tengok ke KDrama The Royal Nemesis. Jatuh angau KSarie pada Heo Nam-ju. Tak sabar hendak tunggu Jumaat dan Sabtu. Tapi perkataan korea yang tertanam dalam kepala KSarie adalah Shibal saekkiya
ReplyDelete