06 Mac 2025 - Khamis (05 Ramadan 1446H)
Dahulu..
Mak kejutkan aku bangun sahur.
Sekarang..
Aku kejutkan anak mak mertua aku, en. Hubby bangun tidur.
Dahulu..
Penat, lapar, dahaga.. tak sabar nak berbuka.
Sekarang..
Bukan tak sabar nak berbuka tapi hampir hilang sabar memandu di atas jalan raya.
Dahulu..
Tidak kelam-kabut pulang awal ketika bulan Ramadan.
Sekarang..
Lambat..? Alamatnya bersilatlah mengejar waktu di dapur.
Dahulu..
Rambang mata melihat juadah di bazar Ramadan.
Sekarang..
Masak lebih jimat demi kelangsungan hidup.
Dahulu..
Apa yang aku masak, itulah hidangan berbuka kami sekeluarga.
Sekarang..
Apabila dak Kakak tawarkan diri memasak, aku..? berulangkali aku ucapkan terima kasih.
Dahulu..
Nak kurus ketika bulan Ramadan.
Sekarang..
Kurus..? Dah lama pergi meninggalkan aku keseorangan.
Hidup setiap orang berbeza, cabaran juga berbeza.
Hargailah apa yang kita ada supaya kita lebih bersyukur padaNYA.
@RemajaPurba: Bahagia dari hal sederhana, itu menenangkan hati dan mentalku.
Dahulu dan sekarang sudah berbeza
ReplyDeleteDulu dan sekarang banyak bezanya. Rindu masa lalu kan.
ReplyDeletebetul tu zmn skrg mmg pilih utk masak sendiri juadah demi kelangsungan hidup & lebih terjamin kebersihan..
ReplyDeletemmg byk beza dlu dan skarang...apa pun syukur
ReplyDelete