01 Jun 2024 - Sabtu (23 Zulkaedah 1445H)
Satu percutian singkat family MIL yang diuruskan oleh mySIL telah diadakan di Homestay Wak Gintong. Kali ini myFIL dan myMIL turut sama memeriahkan suasana tetapi aku cuma dapat hadir selepas en. Hubby pulang dari kerja. Hampir tengah malam baru sampai di homestay ini.
HOMESTAY WAK GINTONG
Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor
Boleh Hubungi: 012-930 9821 (Wak Gintong)
Tak susah mana pun untuk ke homestay tersebut tapi disebabkan kami sampai pun dah lewat malam, terus terlajak masuk ke taman perumahan sebelahnya. Waktu malam tak nampak signage ni sebab kedudukannya sedikit ke dalam dari jalan besar.
Aku masih lagi di rumah ketika deme sibuk dengan aktiviti yang dirancang.
Homestay ni sangat sesuai untuk aktiviti sukaneka family kerana kawasannya sangat luas, parking pun banyak. Motif utama percutian singkat ini kerana adanya kolam renang.
Asam Pedas Ikan Jenahak yang dimasak oleh myMIL
Ada dua kolam dewasa dan kanak-kanak
Luas kawasannya.. kiri, kanan, depan dan belakang.
Nak main bola jaring/keranjang, sebelah kanan bahagian belakang - tiada bola disediakan.
Nak main ping pong sebelah kiri, mejanya kami tarik bawa ke bahagian hadapan - bet dan bola ping pong disediakan tapi aku bawa aku punya sendiri. Dah lama tak main sebenarnya.
'Abang.. kita nak buat apa dekat sini?'
'Dah nama bercuti, rehat jelah..'
Aku tak turut serta terjun kolam tapi terjun atas katil. Puas tidur + tiada mood langsung nak join.
===================================
03 Jun 2024 - Isnin (25 Zulkaedah 1445H)
Hari Kelepasan Am Persekutuan sempena Hari Keputeraan YDP Agong.
Menghantar dak Kakak pulang ke luar negeri.
====================================
05 Jun 2024 - Rabu (27 Zulkaedah 1445H)
Semalam aku cuti, ada urusan yang perlu diuruskan. Hari ini kembali bertugas.
'Memang kena masuk balik realiti kehidupan ke lepas cuti ni? Tak boleh cuti sampai hujung tahun?'
Boleh je tapi pinjaman perumahan, kereta, bil elektrik, air, penapis air semua menanti. Itu belum lagi kalau ada binatang peliharaan. Lainlah kalau ada unlimited income, boleh lajak cuti tu sampai hujung tahun tapi disebabkan limited income, kenalah sedar diri, back to reality and focus on real life stuffs..
#RemajaPurba: Back To Reality..
Wah! Sampai dua kuali besar!
ReplyDeleteluas sangat homestay nya.. memang sesuai untuk family besar..
ReplyDeletewahhhh kolam utk budak & dewasa tu paling sempoi!
ReplyDeletetudiaaa... sampai 2 kuali..
ReplyDeleteMenarik homestay ni ...
ReplyDeleteTu diaa…hebat MIL sekali masak dua kuali.
ReplyDeleteDulu selalu lalu Olak Lempit, tiap kali lalu akan terfikir apa maksud Olak Lempit. Unik.
wahhh ada kolam
ReplyDeletetu yg syok👍👍👍