Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akhirnya membuat pusingan 'U' kesan daripada keputusan kontroversi ke atas Selangor FC. Ini berikutan kenyataan akhbar Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang ditandatangani sendiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddn Idris Shah Alhaj yang jelas kecewa dengan keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL
Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) hari ini telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC susulan ketidakhadiran kelab itu ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.
- Published on 27/06/2024 06:31 PM -
Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Maka, berikut merupakan keputusan-keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL:
- Denda dikurangkan daripada RM100,000 ke RM60,000.
- Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan. MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.
- Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 dibatalkan. Walaubagaimanapun, jika Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama, maka kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas dan keras boleh dikenakan.
- Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibatalkan. Penonton dibenarkan untuk menghadiri perlawanan tersebut.
=================================
Berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Piala Sumbangsih yang juga merupakan aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024. Selangor FC memohon penangguhan kerana pada 5 Mei lalu, satu kes jenayah serangan asid yang mengancam nyawa telah menimpa ikon bola sepak Selangor dan Malaysia, Faisal Halim. Beberapa lagi insiden serangan terhadap pemain bola sepak profesional juga berlaku pada minggu yang sama.
Apabila Sultan berasa amat kecewa dan murka
Sultan Selangor:
Beta berasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan ahli-ahli Malaysian Football League (MFL) serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Dato Hamidin Mohd Amin. Beta terkejut dan kecewa kerana Dato' Hamidin langsung tidak serius bersuara padahal beliau sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor serta menerima darjah kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) daripada Beta.
Boleh membunuh semangat dan halatuju pasukan Selangor FC
Sultan Selangor:
Beta telah terlibat dalam arena bola sepak tempatan sejak tahun 1968 semasa zaman FAS diterajui oleh Dato' Seri Harun Idris sehingga Beta bersara pada tahun 1990, dan dalam tempoh itu belum pernah Beta saksikan keadaan seperti sekarang ini. Sukan yang sepatutnya menjadi platform perpaduan antara berbilang kaum dan rakyat, kini telah dicemari dengan keganasan. Lebih teruk lagi, MFL dan FAM langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu mengenai aspek keganasan dan kezaliman yang berlaku terhadap pemain-pemain.
'Beta ingatkan kepada MFL, buatlah keputusan dengan berhati-hati'
Sultan Selangor:
Beta ingin mengingatkan sekali lagi bahawa bola sepak adalah sukan yang digemari dan menyatupadukan rakyat Malaysia berteraskan semangat kesukanan yang tinggi. Tindakan-tindakan melampau MFL ini langsung tidak melambangkan semangat ini dan hanya akan merosakkan imej industri bola sepak tempatan serta sokongan orang ramai terhadap sukan yang kita cintai ini.
#RemajaPurba: Kena sound depan rakyat jelata.
huhuhu
ReplyDeleteMmg patut pun.. hormat la pemain selangor yg hancur hidup nya sebabmenjadiangsa simbha asid.. selangor bukan suka suka tarik diri..
ReplyDeletebetul tu sptutnya ada rasa simpati.. selangor bukan saja-saja taknak main
ReplyDelete