Followers Remaja Purba

Saturday, June 10, 2023

Naluri Seorang Ibu bila Anak..


05 Jun 2023 - Ahad
Selepas kejadian kali pertama berhadapan dengan banjir besar pada 18 Disember 2021 yang lepas di SINI, menambah rasa risau dan berdebar-debar bila tiap kali hujan tanpa henti dalam jangka masa yang lama. Kawasan yang bukan berada dalam lingkungan banjir kini tidak lagi 'selamat'.

Banjir di mana-mana..

Singgah makan di sini..

Sebelum memulakan perjalanan untuk menghantar dak Kakak, singgah di sini sarapan pagi. Banjir tidak membuatkan pemilik kedai makan di sini menutup perniagaan mereka, selagi tidak terjejas, just go with the flow

Nampak tenang sepanjang perjalanan tapi itu hanya sementara bila..

Selesai urusan dak Kakak di sana, aku boleh rasa dak Kakak akan call bagitahu ada barang tertinggal. Tiba².. 🙄

Kakak..
Kau telah membuatkan adrenalin Babah kau naik mencanak. Dah suku perjalanan, kena patah balik 'hantar' duit belanja dek gara² beg dompet dak Kakak dengan segala isi dalamnya tertinggal di rumah. Babah dah pesan, dia kata semua ada. Hailaa anak.. Nak marah menda dah jadi. 

Naluri Seorang Ibu

Nak dijadikan cerita:
Pagi itu, sengaja aku tak nak tanya berkali², nanti kata aku membebel. Bila aku senyap, adan uke.. 🤣🤣🤣

Kesimpulan yang bersimpul² ni, jangan pernah rasa rimas bila seorang ibu membebel. Bebelnya itu ada makna. Tengok.. Ini contoh terhebat bila MakBudak tak bebel pagi tersebut.. 😆

#RemajaPurba: Moga dak Kakak baik-baik je dekat sana.

Tuesday, June 6, 2023

Birthday dan Rumah Terbuka


Kenangan yang tertinggal..

20 Mei 2023 - Sabtu

Seperti satu simbolik, penutup Hari Raya Aidilfitri 2023 kali ini dibuat di rumah kami. Memandangkan siang hari sangat panas dan berbahang, rumah terbuka kami dibuat pada sebelah malam.

Pada awalnya, semua berjalan dengan lancar tetapi bila dah masuk pertengahan majlis, sedikit kelam-kabut kerana tetamu melebihi jangkaan. Selain jiran tetangga, ramai kawan en. Hubby, yang jauh dan dekat turut hadirkan diri.

Dak Nuha malu tapi kawan-kawan mahu - makan kek.
Selamat Hari Lahir #AnakNagaManja..

 
Kisah asal dari SINI..


Tak lupa juga buat Makchaq dan Pakchaq yang sanggup datang dari jauh walau dah kepenatan dengan beberapa jemputan yang mereka hadiri.

Dato' Zaki dan Datin Azilah a.k.a Makchaq yang aku kenal dari SINI..
Rindu.. dah lama kami tak ke rumah beliau.
Dak Nuha pun dah makin besar.


Terima kasih kepada adik-adik en. Hubby dan biras yang membantu dari awal hingga selesai majlis di rumah kami. Korang semua memang terbaik.

#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...