Followers Remaja Purba

Monday, March 20, 2023

Buat Apa di Terengganu dan Pahang?


18 Mac 2023 - Sabtu
Kisah berkaitan datang dari SINI.. kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).



Awal Pagi:
02:00 am - kami bertolak menuju ke UiTM Terengganu, Kampus Dungun bagi menguruskan 'Kembar' pertama menyambung semester seterusnya di sana. Alhamdulillah, selamat sampai di Dungun sebelum pukul tujuh pagi.

Memandangkan masih awal, kami mengambil kesempatan menikmati cahaya matahari naik di tepi pantai Kuala Dungun. Pemandangan Laut China Selatan bersama deruan angin dan bunyi ombak yang memukul pantai sangat mengasyikkan. Bertambah asyik bila bersama insan kesayangan tapi sayangnya en. Hubby tak dapat ikut atas kekangan kerja.

Masih awal untuk lapor diri

Mengadap Laut China Selatan

Geram je rasa melihat ombak menghempas di tepian pantai.

Simpan sini sebagai kenangan.

Kemudian, mencari lokasi untuk menikmati sarapan pagi dan Warung Kemunting di SINI menjadi pilihan.

-sumber owner- Warung Kemunting di SINI..
Lot 11850, Jalan Lapangan Terbang
Kampung Sura Hujung
23000 Kuala Dungun
Terengganu Darul Iman

Nak tahu lebih lanjut boleh tanya en. google.

Roti Bakar Telur Goyang

Roti Bakar Honey + Butter

French Toast With Honey + Butter + Fresh Fruit

Banyak sungguh buah-buahan di atasnya

Coffee Mocha.. tak ingat nama penuhnya.

Selesai sarapan, masa untuk lapor diri di sini.
'Kembar' pertama di sini.
UiTM Terengganu Kampus Dungun.

I Purple You

Membantu mengangkat barang keperluan 'Kembar'
Tingkat tiga je tapi sebab kakiku 'cedera', ku gagahkan jua Jebat.. hehehe..

Meninggalkan jejak di sini.

Bukti bergambar haruslah ada..

Sebelum meninggalkan Kuala Dungun, berhenti sekejap untuk menikmati bunyi ombak yang sangat mengasyikkan + rasa tenang walau tak cukup rehat.


Selesai di Dungun, singgah makan tengahari di Hentian RnR Temerloh. Buat pertama kali aku menjadi co-pilot pada mySIL. Nak gelak nanti kena marah, Nak dengar lagu ditutupnya, nak ajak borak nanti hilang fokus tapi memang comel je tengok mySIL pandu kereta sambil dipantau oleh en. suaminya. mySIL berani sebab berada di lebuhraya, jalan pun lurus je tapi kalau jalan kampung lagi rela naik Grab.

Nampak tenang tapi sebenarnya banyak lori.

Banyak lori Gardenia yang kami 'potong' di sepanjang lebuhraya menuju ke Hentian RnR Temerloh.

Perjalanan diteruskan..
Lurah Bilut
Singgah di sini hanya untuk mengisi minyak kereta.


Mercu Tanda Lurah Bilut

'Lembah Digital Bilut'

Petang:
Pukul 03:30 pm - selamat tiba di UiTM Pahang, Kampus Raub bagi menguruskan 'Kembar' kedua pula. Ada beberapa dokumen yang perlu diselesaikan dan ada barang yang belum lengkap untuk kegunaannya. 

'Kembar' kedua di sini.
UiTM Pahang Kampus Raub.

Antara barang yang dibawa. Dah macam nak tinggal kat sana terus.

Perasaan sebak + sedih memang tak boleh dipisahkan dari MakBudak. 'Sabarlah.. Bukan tak jumpa langsung anak tu'.
 
Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur

Malam:
Kesesakan di Tol Gombak memang dah dijangka, pukul 08:30 pm - selamat tiba di rumah selepas selesai semua urusan berkaitan. Alhamdulillah.

Apa-apapun terima kasih pada mySIL kerana sanggup membantu menguruskan semua berkaitan buat 'dak Kembar', Arissa dan Umairah.

dak 'Kembar' bersama kunci bilik masing-masing di tempat pengajian mereka.

#RemajaPurba: Pukul 02:00 am dari rumah - pukul 08:30 pm sampai di rumah.

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...