Finally.. lengkap sudah entry khas ini.
Disebalik perjalanan majlis pernikahan myAnak Fruit.
10 Disember 2023 - Ahad
Selepas Subuh, kami mengambil abah dan mak mertuaku untuk turut sama meraikan cucu sulung yang akan bernikah pagi tersebut. Majlis Pernikahan myAnak Fruit MakBudak, Nurul Ain Syuhada dan pasangan di adakan di Masjid di SINI.
Pelamin: Team mySIL.
Baju Nikah: Sepasang.
Khemah: Ruang hadapan rumah.
Makanan: Kakak sepupu en. Hubby.
Anak buah kami semua kecil-kecil lagi.
En. Hubbybersama Family.
Sebelum majlis bermula.
Bapa pengantin sendiri yang menikahkan anak beliau di hadapan Imam, sebaik lafaz sah oleh saksi, dek kerana sebak, aku terus mencari en. Hubby menangis di sisi. Anak yang membesar di depan mata kini telah menjadi milik orang. Bila melihat mySIL kuat di sisi suami, hanya Allah je yang tahu betapa sukar dan payah beliau meledani keadaan.
Segalanya berjalan dengan baik dan teratur.
Family mertua mySIL.
Jemputan hanya melibatkan keluarga terdekat, jiran-jiran dan rakan rapat. Ala-ala majlis tertutup gitu. Berkebetulan Majlis Pernikahan ini bertembung dengan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan 2023 kali keempat dan Pemilihan Jawatankuasa baru bagi sesi 2024 - 2026 di taman perumahan mySIL. Habis mesyuarat, jemput makan kenduri. Alhamdulillah.. rezeki.
Kenangan yang ada..
Biarlah kekal selamanya.
Antara wajah yang menceriakan suasana.
Bertahun dah Halal..
Kenapa gambar kami tiada..?
Aku dan en. Hubby lebih fokus kepada perjalanan majlis di rumah kerana tiada orang untuk back up menyusun makanan untuk dihidangkan. Berkejar balik ke rumah agar tidak kelam-kabut. Alhamdulillah, kakak sepupu banyak membantu kami selain dari adik ipar dan biras.
Aku dan en. Hubby lebih fokus kepada perjalanan majlis di rumah kerana tiada orang untuk back up menyusun makanan untuk dihidangkan. Berkejar balik ke rumah agar tidak kelam-kabut. Alhamdulillah, kakak sepupu banyak membantu kami selain dari adik ipar dan biras.
Majlis nampak ringkas tapi meriah dengan tetamu yang hadir.
11 Disember 2023 - Isnin
Hari Keputeraan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Kami, orang Selangor - cuti.
mySIL, orang K.L - kerja.
Malamnya..
Sekali lagi, tak tolong kemas, hanya ambil barang dan balik rumah.
Sambungan kisah dari SINI..
Makan malam di rumah kami. Masak kari kambing gara-gara tak puas makan semalamnya di rumah mySIL. hahaha..
Apa-apa pun semuanya telah selamat.. 'Ini baru permulaan, jauh lagi perjalanan'.
#RemajaPurba: Hati..