Simpan sini sebagai kenangan.
si Comot.
10 Mei 2022 (Selasa)
Dari semalamnya si Comot tak balik rumah. Dak Nuha asyik merengek minta cari. Akhirnya petang kelmarin dak Nuha berjaya mencarinya. Lega sikit hatiku ini tapi nampak tak larat je ia, badannya pun panas. Aku sempat mandikan ia sebab comot dari biasa tapi sikit pun ia tak melawan, aku lapkan badannya pun diam je dia. Ajak makan pun tak nak, minum apatah lagi. Hanya baring je.
11 Mei 2022 (Rabu)
Bangun pagi, aku tak nampak ia tidur di tempat biasa tapi takdelah aku mencarinya sebab si Comot suka tidur di celah rak dapur. Dah macam main hide and seek pulak gayanya. Waktu ini aku dah mula rasa tak sedap hati tapi rutin harian aku berjalan seperti biasa.
Di tempat kerja, dak Kakak telefon.
'Ibu, Umai nak bagitahu ni, Comot dah takde'.
'Pergilah cari'.
'Bukan keluar rumah ibu tapi Comot dah takde, dah mati'.
'Hah!Dekat mana..?'
'Bawah meja makan'.
'Allahuakbar..'
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
'Kenapa Comot tak tunggu ibu..?'
Dak Kakak: 'Comot tak nak ibu tengok ia kot masa ia pergi'.
En. Hubby: 'Comot nak abang yang uruskan. Abang bawa balik, dia pergi pun depan abang'.
Si Comot kucing yang en. Hubby bawa balik dari tempat kerja, tinggal bersama kami sehingga akhir hayatnya.. DAN.. Alhamdulillah, Comot selamat ditanam sebaiknya.
Ini bukan gambar terakhir.
12 Mei 2022 (Khamis)
Sunyi dah rumah, tak nampak dah kelibatnya, takde lagi nak bebel waktu mengemas bila ia kencing, berak dalam rumah. Takde lagi mengiow meminta makanan. Si Comot dah takde dah.
Makanan yang ada ni, berbahagilah dengan kucing-kucing jiran yang datang singgah mencari makanan di rumah kami.
#RemajaPurba: Aku tak nak ingat tapi bukan melupakan..
Sakit apa Si Comot? Sangat terasa kehilangan peneman di rumah.
ReplyDelete