Followers Remaja Purba

Tuesday, May 17, 2022

Majlis Beramah mesra Aidilfitri 2022


Majlis Beramah Mesra Aidilfitri 2022 pada 14 Mei 2022 (Sabtu) berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah. 

Buat yang hadir, mohon maaf kerana tidak dapat melayan sebaiknya. Tetamu tak putus² sedari mula majlis bermula. 

Menu yang disediakan:
Lemang
Pulut Periuk Kera
Ketupat
Masak Lodeh
Ayam Masak Merah
Rendang Ayam
Paru Groreng Berlada
Buah
Air Panas + Sejuk

Lemang Homemade by #KenyangTak


Pulut Periuk Kera - menu wajib

Terima kasih pada myFamily dan semua yang membantu dari awal hingga akhir.


#RemajaPurba: Tiada gambar sepanjang majlis tersebut rupanya.

Friday, May 13, 2022

Tiada lagi kelibat si COMOT


Simpan sini sebagai kenangan.
si Comot.

10 Mei 2022 (Selasa)
Dari semalamnya si Comot tak balik rumah. Dak Nuha asyik merengek minta cari. Akhirnya petang kelmarin dak Nuha berjaya mencarinya. Lega sikit hatiku ini tapi nampak tak larat je ia, badannya pun panas. Aku sempat mandikan ia sebab comot dari biasa tapi sikit pun ia tak melawan, aku lapkan badannya pun diam je dia. Ajak makan pun tak nak, minum apatah lagi. Hanya baring je.


11 Mei 2022 (Rabu)
Bangun pagi, aku tak nampak ia tidur di tempat biasa tapi takdelah aku mencarinya sebab si Comot suka tidur di celah rak dapur. Dah macam main hide and seek pulak gayanya. Waktu ini aku dah mula rasa tak sedap hati tapi rutin harian aku berjalan seperti biasa.

Di tempat kerja, dak Kakak telefon.

'Ibu, Umai nak bagitahu ni, Comot dah takde'.
'Pergilah cari'.
'Bukan keluar rumah ibu tapi Comot dah takde, dah mati'. 
'Hah!Dekat mana..?'
'Bawah meja makan'.
'Allahuakbar..'
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

'Kenapa Comot tak tunggu ibu..?'
Dak Kakak: 'Comot tak nak ibu tengok ia kot masa ia pergi'.
En. Hubby: 'Comot nak abang yang uruskan. Abang bawa balik, dia pergi pun depan abang'.

Si Comot kucing yang en. Hubby bawa balik dari tempat kerja, tinggal bersama kami sehingga akhir hayatnya.. DAN.. Alhamdulillah, Comot selamat ditanam sebaiknya.

Ini bukan gambar terakhir.
Aku tak banyak simpan gambar si Comot rupanya.


12 Mei 2022 (Khamis)
Sunyi dah rumah, tak nampak dah kelibatnya, takde lagi nak bebel waktu mengemas bila ia kencing, berak dalam rumah. Takde lagi mengiow meminta makanan. Si Comot dah takde dah.

Makanan yang ada ni, berbahagilah dengan kucing-kucing jiran yang datang singgah mencari makanan di rumah kami. 

#RemajaPurba: Aku tak nak ingat tapi bukan melupakan..

Thursday, May 12, 2022

Raya Mengejut kita kali ni..?


Kisah sehari sebelum raya..
1 Mei 2022 (Ahad)

Lemang.
Wajib ada dan dibakar sendiri untuk dibawa balik kampung. Kali ni en. Hubby tak ambil banyak tempahan lemang, sekadar memenuhi permintaan mereka yang menginginkannya.

Alhamdulillah.. selesai.

Kali ni tiada persediaan awal untuk menyambut raya. Bahan mentah untuk menu hidangan di pagi raya pun kami tak beli. Mood beraya..?

Hanya satu perasaan 'rasa tak bersedia nak beraya'. Dengan pengumuman yang menggemparkan walau dah boleh agak, terus terdiam sekejap, rasa macam mimpi. Satu apa pun aku tak buat dan memang tak bersedia langsung. TAPI,, syukur lemang dah siap awal, takdelah kelam-kabut nak membakarnya.

Kesudahannya..
Pukul 5:30 pagi baru siap semua kelengkapan untuk balik kampung. Mengantuk..? Jangan kata mengantuk, letih pun tak terasa sebab masih tak percaya yang kita dah raya.


1 Syawal 1443 Hijrah (2 Mei 2022 - Isnin)

Alhamdulillah..
Pagi raya - beraya di rumah myMIL.
Petang raya - balik kampung MakBudak.
Jalan sesak teruk tu biasalah. Raya kan.. dua tahun tak dapat balik kampung, semua balas dendam beraya sepuasnya.

Sebahagian dari family besar en. Hubby..

Lokasi seterusnya: Kampung mak aku.

Dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha serta en. Hubby di sisi.
Baru perasan kami takde gambar satu family kali ni, biasa dah ambil sesiap di rumah myMIL. Jadi, ini jelah gambar yang ada.
 

Baju Raya..?
Gara-gara aku sukakan warna baju dak Adik, itu yang jadi tak senada sesama kami. Takpelah dik, janji ada + kemas + handsome bila dah pakai. Aku pula..? Dah macam budak nak balik asrama pulak rupanya.

Familyku kecik je..
Nah.. Gambar eksklusif yang ramai tak tahu.
Bersama Mak dan PakNgah aku. Adik dan Ayah aku tiada dalam gambar.


2 Syawal 1443 Hijrah (3 Mei 2022 - Selasa)
Lokasi: Negeri Johor

Perjalanan menuju ke selatan, kami tumpang lalu ye orang kampung. Kampung kami nun dekat depan sana je, Ok, yang ini jangan percaya, aku tipu. Jauh lagi sebenarnya.

'Jauh berjalan, luas pemandangan'
Betapa indah ciptaanNYA..

Singgah kunjung-mengunjung di rumah saudara. Terasa jadual beraya aku padat sungguh kali ni.

Plaza Tol Bukit Gambir

Keluar susur sini untuk ke Melaka, sekali terpaksa menempuh lebuhraya yang sesak teruk. En. Hubby mengantuk, tak dibaginya aku pandu kereta, maka berehatlah sekejap di hentian rehat.


3 Syawal 1443 Hijrah (4 Mei 2022 - Rabu)
Lokasi: Negeri Melaka

Lokasi terakhir beraya. Kali ni hanya tiga hari aku beraya di kampung. Tak lama di kampung sebab nak mengemas rumah disebabkan yang INI..

Masih belum matang sepenuhnya buah durian TokSu.

Tak ingat baka apa.



Bila balik kampung, ada je sayur + buah yang aku nak ambil bawa balik. Itik..? Nasib kau selamat kali ni itik.

Terkedek-kedek 'itik pulang petang'

Nasiblah angsa ni bukan jenis pemangsa, elok mendengar kata. Kalau jenis yang garang, tak dan nak rakam macam ni.

'Hah!Itik.. Kamu cari kawan-kawan kamu ke? Tu ha.. ada dekat dapur, jadi rendang itik dan TokSu kamu buat'.


DAN..
Lewat malam, kami gerak balik. Pilihan aku sendiri, lagipun anak-anak tak teruja nak beraya kali ni dan ada sedikit masalah yang timbul buat aku rasa tak selesa kali ni. Ini off record. Kami tak ikut highway untuk mengelak sesak melekat. Dalam perjalanan balik tu, boleh pulak nampak yang ini. Bukan setakat berhenti tengok, aku dengan dak Kakak main sekali. Awal pagi naik menda ni, kerja gila.

'Jangan jerit ye Kakak, rileks je..'
Nah. sekali bila dah mula berayun, rasa nak turun.. kahkahkah..

Sudahnya, sepanjang perjalanan balik menahan rasa loya yang akhirnya muntah teruk bila en. Hubby berhenti di stesen minyak. Padan muka.. kena gelak lagi ye ada. Dak Nuha siap tanya.. 'Ibu muntah sebab dalam perut ibu ada baby ke..?' eeerrr..


4 Syawal 1443 Hijrah (5 Mei 2022 - Khamis)
Lokasi: Home Sweet Home..

Sesi mengemas rumah selesai sepenuhnya. Alhamdulillah.. walau tidaklah kemas berkilat, yang penting rasa selesa.

Sebagai balasan dari penat mengemas..
Sup Gear Box menjadi pilihan.

Pedas yang bukan sedikit dak Kakak buat.


Baki cuti yang ada kita gunakan dengan berehat sepuasnya di rumah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 buat semua..
Maaf Zahir dan Batin dari kami di sini.


#RemajaPurba: Alhamdulillah, selesai sudah kisah minggu pertama berhari raya.

Sunday, May 1, 2022

Vaksin Dose Pertama


29 April 2022 (Jumaat)

Perkara: Vaksin Dose Pertama
Penerima: dak Nuha
Vaksin: Pfizer
Tempat: Di Sini

Alhamdulillah.. selesai satu dose, tunggu lepas lapan minggu dari dose pertama.
Alhamdulillah juga dak Nuha tak menangis + tak takut jarum. 'Nuha tak rasa apa pun Ibu..' 

'BERANI MEMIMPIN'

Aku yang paksa dia bergambar sebenarnya..

Sekali lagi..

30 April 2022 (Sabtu)
Semalam merupakan hari terakhir bulan April 2022 sebelum baton diserahkan kepada bulan Mei 2022 untuk menjalankan tugas seterusnya.


01 Mei 2022 (Ahad)
Buatmu Mei.. please be nice to me.

#RemajaPurba: Moga rutin harian kita semua dipermudahkanNYA.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...