Followers Remaja Purba

Thursday, December 30, 2021

Kuari dan Banjir di Batu 11, Jalan Sungai Long, Hulu Langat.


24 Disember 2021 (Jumaat)
Batu 11, Jalan Sungai Long, Hulu Langat. 

Menerima tempahan makanan daripada tempat kerja kawan en. Hubby. Maka, aku bersama dak Kakak dan anak fruit menemani beliau ke sana. Sepanjang minggu ni pun aku terpaksa cuti atas beberapa urusan selain dari berkaitan isu banjir.

Kali pertama aku menghadiri majlis makan yang santai, wajib menjalani swab test sebelum dibenarkan masuk. Bila berada di dalam majlis tersebut, melihatkan pergaulan di antara majikan dan pekerja, aku tabik spring toink.. toink.. toinklah. Happening beb..

Sebelum majlis bermula

Kawasan sekitar majlis.

Walau company tersebut kepunyaan bukan Melayu, menu hidangan semua adalah yang halal. Hanya air minuman yang disediakan oleh pihak company tidak halal tetapi dalam tidak halal tersebut, pihak pengurusan turut menyediakan air kotak bagi menghormati mereka yang beragama Islam. 

Menu yang ada:
Laksa
Nasi lemak ayam goreng berempah + sambal sotong
Char kway teow
Kambing golek
Sate daging + ayam

Kambing Golek je dua ekor, puas hati dapat makan berulang..

Sempat bergambar kenangan.

Selalu jumpa yang biasa-biasa je, kali ni nah.. besar amat.

MakBudak turut sama teruja.



Ok, selesai urusan di majlis tersebut, dalam perjalanan balik di sepanjang perjalanan kiri dan kanan boleh lihat kesan dari banjir teruk yang melanda.

Antara kesan banjir di sepanjang laluan di sana..

Banjir pada 18 dan 19 Disember 2021.

Kiri dan kanan sepanjang jalan di Hulu Langat yang kami lalui pada 24 Disember 2021 (Jumaat) lepas, masih dipenuhi dengan lumpur

Moga mereka semua kuat menghadapi musibah ini walau sebenarnya dah tak kuat mana. Buat semua yang membantu, hanya Allah yang dapat membalasnya.

'Kita mulakan kembali seperti kita mula-mula kahwin dulu, tiada barang mahupun harta'.



Penutup Tahun 2021..
Merry Christmas and Happy New Year 2022.


unboxing..

Reward untuk diri sendiri.

#RemajaPurba: ..

Tuesday, December 28, 2021

Jari Paling Manis


Kisah sepanjang TAHUN 2021..

Banyak kenangan yang ada tapi tak terluah di sini.
Banyak kisah masih terperam dalam draft lagi.
Banyak masa pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) berbanding di sekolah.
Banyak masa bekerja dari rumah (WFH) berbanding berada di tempat kerja (WFO).
Tapi tidak sebanyak mereka yang berhadapan dengan musibah tahun 2021 ini.

Sekarang aku tengah cuba membuang habuk yang ada di dalam teratak MakBudak ni. Nak elak dari dipenuhi tahi cicak mahupun bersawang. Tak pasal-pasal banyak pulak unggas yang menyerang.

Jadi, sebelum berakhirnya Disember 2021, nak simpan satu kenangan di sini..

Kalau sebelum ni aku pakai yang ini di SINI..

Kali ini merasa pulak di jari paling manis.

Walau biasa-biasa je tapi boleh buat aku tersenyum disebalik face mask yang ku pakai ini.

#RemajaPurba: 1 Januari 2022 semakin menghampiri.. tak sabar..

Thursday, December 23, 2021

Musibah Banjir Disember 2021


Sambungan dari SINI..

17 Disember 2021 (Jumaat)
Hujan mula turun..
Dari tempat kerja aku berhadapan dengan kesesakan jalan raya hampir dua jam sebelum sampai rumah. Penat.

18 Disember 2021 (Sabtu)
Menghadiri jemputan kenduri perkahwinan di Simpang Pulai, Perak. 

Ketika kami memulakan perjalanan, air dah mula melimpah keluar 
Kawasan dalam radius 3 kilometer dari rumah.

Hujan sepanjang perjalanan.

Dalam radius lima kilometer dari rumah..

Seawal perjalanan dihiasi dengan pemandangan seperti ini.

Kami berada di kenduri tersebut lebih kurang dua jam sebelum kami bergerak pulang. Kisah yang ni nanti aku buat pada entry yang lain.

Hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan balik dari sana. Langsung tak terfikir nak singgah di kedai membeli barang untuk dijadikan sedikit bekalan harian. Apa yang kami fikir nak cepat sampai rumah.

Jalan tutup - kami patah balik cari jalan lain. Siap bertanya arah pada awek google map

Jalan dinaiki air - kami redah dalam debaran.

Alhamdulillah selamat sampai hampir di rumah menjelang tengah malam. Anak² terus mengemas bilik masing² sebagai langkah berjaga-jaga, si Comot pulak bertenggek atas motor menunggu kami balik. Kesian ia kelaparan tapi syukur juga ia tak merayau ke tempat lain.

Dah tahu hujan kenapa nak pergi juga kenduri?
Tak terjangkau dek fikiran kerana tak pernah mengalami seperti ini. 


Musibah Banjir pada 19 Disember 2021 (Ahad).
Tercatat dalam sejarah, kawasan rumah dinaiki air. Walau tak seteruk tempat lain tapi tetap terkesan, ada jiran kami rumahnya dimasuki air. Kami.. bersama-sama menunggu air surut. 

Seinci lagi air boleh memasuiki rumah sekiranya hujan berterusan.

Terima kasih pada jiran sebelah rumah yang membantu mengangkat freezer ini ke tempat lebih tinggi (ketika kami dalam perjalanan balik dari Perak).

Bahagian belakang rumah, air berjaya memasuki sedikit di bahagian dapur.


20 Disember 2021 (Isnin)
Operasi pembersihan kawasan rumah dimulakan dengan bantuan askar-askar kecik kami, walau kesan tidaklah seteruk jiran yang air melimpah masuk ke dalam rumah. Terima kasih kepada adik ipar yang menghantar bekalan makanan ke rumah kakak beliau dan juga kami. 

Tiada apa yang boleh dibuat selain dari patah balik.


21 Disember 2021 (Selasa)
Skuad bantuan banjir dari tempat kerja telah diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi membantu mencuci dan membersihkan kawasan luar dan dalam rumah dari kalangan warga tempat kerjaku yang terjejas teruk. 

Laluan telah dibuka untuk semua kenderaan.


Walau nampak dah surut di atas jalan raya tapi rumah kiri dan kanan jalan masih terjejas teruk. Keadaan air yang belum surut menyebabkan belum dapat menjalankan operasi pembersihan.

Skuad bantuan banjir:
Selesai membantu rumah salah seorang warga tempat kerjaku, mereka mengambil kesempatan singgah di rumah warga lain yang terjejas di kawasan berdekatan, termasuklah ke rumahku. Secara kebetulan aku ke rumah mySIL, tak dapatlah nak jumpa mereka semua.

Kali kedua, skuad bantuan banjir nak datang ke rumah, aku tiada di rumah. Takpelah, kita jumpa je di tempat kerja minggu depan. Mujurlah mereka ni menghubungi aku terlebih dahulu.

TERIMA KASIH yang tak terhingga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi membantu mereka yang memerlukan.

Buat mereka yang dilanda musibah ini, kuatkanlah semangat walau dah tak sekuat mana. Moga semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA. Aamiin..

#RemajaPurba: Jangan ambil mudah sekiranya berlaku banjir lagi selepas ini.

Tuesday, December 14, 2021

Tergelincir dari landasan


Dengan lafaz بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ  aku kembali menulis di sini..

Alhamdulillah.. rutin harian kembali teratur seperti biasa selepas sedikit tergelincir dari landasan pada 02 Disember 2021 (Khamis) yang lepas.

Kejadian aku tidak sedarkan diri berlaku di tempat kerja ketika sedang menghadiri kursus. Tidaklah teruk tapi merisaukan banyak pihak, mengingatkan kembali kes pengsan hampir lima tahun lepas di tempat kerja yang lama.

Dari klinik, aku terus 'di bawa' ke hospital dalam keadaan separa sedar bagi mendapatkan rawatan lanjut. Pemeriksaan berkaitan ke atas diri aku dibuat + Alhamdulillah berada di paras normal. Juga merasalah drip sebotol air. 

Aku hanya sedar sepenuhnya bila dah berada di hospital. Waktu inilah baru aku rasa keletihan teramat seperti aku telah menggunakan tenaga ke paras maksimum.

Penutup tahun 2021..

Sepanjang menunggu proses rawatan tersebut, jawapan jujur pada soalan doktor yang bertugas, 'saya skip ubat'. Kursus back to back + penat sepanjang minggu tersebut turut menjadi penyumbang utama kejadian tersebut. 

Alhamdulillah.. hospital bukan tempat tidurku selepas doktor berpuas hati dengan keadaan diri aku dan seterusnya dibenarkan balik. Terima kasih pada semua yang membantu. Juga buat mySIL yang bawa balik anak-anak (en. Hubby bawa semua anak-anak waktu dihubungi oleh tempat kerjaku) bagi memberi ruang en. Hubby menemani aku sehingga proses di hospital selesai. Sayang ketat-ketat.

esoknya.. #RehatJe di rumah..

sambil menyiapkan 'diamond painting BTS' ni.. satu hobi baru aku ketika ini.

La ni..
Kembali bertugas seperti biasa.

#RemajaPurba: Cuti Persekolahan kini bermula..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...