Hari terakhir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini aku hadir bertugas kerana kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Petangnya, dalam perjalanan balik kerja, aku terperangkap di dalam kesesakan jalanraya yang teruk. Menambah buruk keadaan, aku terpaksa menahan diri dari nak terkencing. Serba tak kena jadinya. Hampir sejam aku berada di dalam kesesakan tersebut dan aku lewat dua jam sampai di rumah. Malamnya.. tidur awal, lena hingga ke pagi.
1 Jun 2021 (Selasa)
Hari pertama Total lockdown - kembali bekerja dari rumah (WFH). Kerja rumah + kerja hakiki tempat kerja. Dak Kakak pula mySIL 'pinjam' bawa ke rumah myMIL untuk membantu kakak sepupunya menjaga atok dan uwannya. Kulepaskan bersyarat - bawa dan siapkan semua tugasan yang cikgu bagi.
3 Jun 2021 (Rabu)
'BTS Meal - Out of Stock'
Dear values customers,
Our sincere apologies. Due to the overwhelming response, we have run out of the BTS Meal. Please note that the BTS Meal was only available while stock last.
Thank you for your support and understanding.
The Management of McDonald's Malaysia.
Nah.. aku terjemahkan dalam bahasa Melayu (eleh.. copy & paste je ayat dalam gambar tu)
Para pelanggan yang dihargai.
Kami mohon maaf. Oleh kerana sambutan yang cukup hebat untuk BTS Meal, ia kini telah kehabisan stok. Sila ambil maklum bahawa BTS Meal hanya disediakan sementera stok masih ada.
Terima kasih atas sokongan dan pertimbangan anda.
Pihak pengurusan McDonald's Malaysia.
'The BTS Meal' at McDonald's.
Kesian tengok dak Nuha frust tak dapat. Nasib baik dia tak meragam dan sebagai umpan ku belikan set ayam goreng McD dengan sundae chocolate.
'Ibu, Nuha tak nak coklat'.
'Takpe, yang itu ibu punya'.
4 Jun 2021 (Jumaat)
'Hari ni tak nak makan nasi'.
'Kalau macam tu, hari ni kita makan laksalah'.
'Ok je'.
Menu pilihan en. Hubby
Aku bukan penggemar laksa tapi makan je bila dah siap masak.
Selain untuk makan sendiri, jiran kiri dan kanan tidak kulupakan. Memang sengaja masak lebih memandangkan en. Hubby turut ingin memberi kepada beberapa orang kawannya.
Malam.. en. Hubby bertanya padaku:
'Ada kelas malam lagi ke?'
'Malam ni ada kelas sampai awal pagi'.
Kelas mencari mood untuk update apa yang tertinggal sebagai kenangan di sini. Dalam masa yang sama - 'Sambil menyelam minum air'. Sempatlah aku berada di Korea, tidak pun di Taiwan, kadang-kadang di China dan juga Jepun.
#RemajaPurba: ...
No comments:
Post a Comment