Followers Remaja Purba

Thursday, June 17, 2021

PdPR bermula pada 14 Jun 2021 hingga 28 Julai 2021


Sambungan dari SINI..

14 Jun 2021 (Isnin)
Perlawanan bolasepak pukul tiga pagi menyaksikan kemenangan kepada pasukan Netherlands. Kenduri gol korang ye.

MakBudak, kau tengok ke?
Macam aku bagitahu, bola yang tengok aku tidur, bukan aku yang tengok perlawanan bola tu.

Hasil kerjasama yang diberikan.. lima gol terhasil.
Netherlands vs Ukraine
(3 - 2)


Tarikh ini juga bermula kembali sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan akan bersambung selama 25 hari sehingga 16 Julai 2021 nanti. Juga fasa kedua penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi (total lockdown) di seluruh negara sehingga 28 Jun 2021.

Degil yang satu tu..

Nampak dah di situ..
Jawatan pengetua, guru besar, cikgu disiplin dan guru kelas serta makcik kantin kembali padaku. 

Hanya jawatan guru kaunseling je en. Hubby tak bagi aku mohon sebab beliau risau bukan setakat anak² muridku, silap² dengan beliau sekali akan stress bila kena 'kaunseling' denganku.

15 Jun 2021 (Selasa)
Rasa dah mula tak sedap badan gara-gara tak cukup tidur, tak cukup rehat. Rasa 'dunia berputar' bila tiap kali aku bangun dari tidur.

16 Jun 2021 (Rabu)
-off record

17 Jun 2021 (Khamis)
Akhirnya aku berjaya mendapat pelepasan untuk hadir ke tempat kerja. Walau sekejap tapi merasalah tengok 'dunia luar'. Itupun ditemani oleh en. Hubby dek kerana aku masih belum baik dari 'dunia berputar'ku ini.

#RemajaPurba: #PdPR2021 dan #TotakLockdown.

Monday, June 14, 2021

Perlawanan bolasepak UEFA EURO 2020


11 Jun 2021 (Jumaat) - WFH

Total Lockdown fasa pertama akan berakhir pada 14 Jun 2021 dan..
PKP 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuatkuasa 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.


Buatmu 'unknown'..
Terima kasih kerana singgah dan komen di dalam blog aku.

Buatmu 'unknown'..
Blog aku tidak sesensasi atau seseksi mana.

Buatmu 'unknown'..
Maafkan aku kalau entry aku itu buat kau terasa 'sakit'. 
=======================================

12 Jun 2021 (Sabtu)
Aktiviti lebih terarah di dapur.

13 Jun 2021 (Ahad)
Pukul 3 pagi, aku masih belum tidur, ada perlawanan bolasepak EUFA EURO 2020 secara langsung di Astro Arena.

Belgium vs Russia
(3 - 0)

Aku bukanlah nak tengok sangat pun perlawanan tu tapi disebabkan en. Hubby nak tengok, maka tanpa diminta aku menemani. Bertambah segar mataku bila pengulas sukan di studio Astro Arena dok berbalah pasal jaringan gol Romelu Lukaku tu offside atau tidak pada separuh masa pertama. 

Jawapan:
Bola TIDAK offside kerana ada sentuhan dari pemain pertahanan Russia. Maka gol Lukaku dikira kecuali kalau pertahanan Russia biarkan, itu baru dikira offside

Tapi salah seorang dari mereka dok berulangkali mengatakan bola tersebut tidak offside.
'Kau tahu tak offside tu macam mana?' Dua orang yang menemani bertanya. 
'Aku tahu offside'.
Dah tu..?

Hanya kerana isu offside tersebut, masing-masing dok pertahankan pendapat masing-masing. Aku pulak yang membebel melihat kerenah mereka yang macam budak-budak itu. Dari rasa nak tidur terus segar mataku.

14 Jun 2021 (Isnin)
Lagi sekali pukul tiga pagi..

Netherlands vs Ukraine
Sedang berlangsung..
Aku rasa bola yang tengok aku tidur ni..


Aku harap pengulas bertiga itu tak buat perangai depan kaca tv lagi.

#RemajaPurba: Kalau entry ni pun kau nak komen, aku terima seadanya.

Friday, June 11, 2021

Comot dan Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020


Sambungan dari SINI..

4 Jun 2021 (Jumaat) - WFH
Sudah beberapa hari en. Hubby bercerita mengenai seekor kucing 'menumpang kasih' di tempat kerja beliau. Kalau kucing bertuan, ia datang dan pergi sesuka hati tapi kucing nan seekor ni tak berganjak, kekal di situ tak ke mana-mana. 

Malam, lepas Maghrib, en. Hubby bawa balik kucing tersebut dan terus mandikan ia sebab comot dan kotor. Kemudian kami biarkan ia berehat di cage sementara dak Oyen.

5 Jun 2021 (Sabtu)
Kucing yang en. Hubby bawa balik semalamnya, aku namakan Comot. Nampak tak sihat (batuk + selesema) dan pasif tapi masih boleh makan dan minum dengan baik. Bila aku perhatikan cara ia makan tak sama seperti dak Oyen. Rupanya gigi taring kiri sebelah bawah tiada. Patutlah ia macam susah nak kunyah makanan yang kami sediakan. 

Nama: Comot
Jantina: Betina
Asal: ...
Di sini ia tidur tanpa gangguan - antara favourite spot si Comot

Dak Oyen?
Bukan jenis kaki gaduh. Setakat ni kedua-duanya well behave, mungkin sebab si Comot tak sihat + kucing betina kot. 

8 Jun 2021 (Selasa) - WFH
Tidak dapat pelepasan untuk hadir ke tempat kerja kerana kuota sedia ada telah penuh.

9 Jun 2021 (Rabu) - WFH
Percubaan kali kedua juga tidak berjaya memandangkan justifikasi tugas aku boleh diserahkan pada wakil unit aku yang hadir bertugas di tempat kerja.

10 Jun 2021 (Khamis) - WFH
Tak perlu percubaan kali ketiga, semuanya telah diputuskan dan aku telah memaklumkan kepada mereka yang berkenaan. Mohon tunggu selepas total lockdown atau sehingga aku mendapat kebenaran hadir bertugas di tempat kerja.

========================================

Hari ini - 10 JUN 2021 (Khamis)

Sepanjang tahun 2020, sesi persekolahan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) lebih banyak digunakan dari sesi pembelajaran secara bersemuka. Di sini sejarah tercipta bila mana pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ketika mereka berusia 18 tahun. Kertas peperiksaan pula disemak secara online oleh semua pemeriksa kertas soalan.

Simpan sini sebagai kenangan:
SPM 2019 - anak sulung mySIL 
SPM 2020 - anak kedua mySIL 
SPM 2021 - anak sulung #MakBudak
Adakah sejarah #SPM2020 akan berulang lagi pada tahun ini?

TAHNIAH buat myAnakFruit - Nur Arissa Sofea di atas keputusan SPM 2020 yang membanggakan itu. MySIL dah lega, dah dapat keputusan peperiksaan SPM anaknya, lepas ni turn dak Kakak pulak. Doa ibu mengiringimu Kakak, sama juga buat dak Adik dan dak Nuha.

#RemajaPurba: Moga si Comot cepat sembuh hendakNYA.

Wednesday, June 9, 2021

Total Lockdown pembuka tirai JUN 2021


Sambungan dari SINI.. 

31 Mei 2021 (Isnin) - WFO
Hari terakhir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini aku hadir bertugas kerana kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Petangnya, dalam perjalanan balik kerja, aku terperangkap di dalam kesesakan jalanraya yang teruk. Menambah buruk keadaan, aku terpaksa menahan diri dari nak terkencing. Serba tak kena jadinya. Hampir sejam aku berada di dalam kesesakan tersebut dan aku lewat dua jam sampai di rumah. Malamnya.. tidur awal, lena hingga ke pagi.

1 Jun 2021 (Selasa)
Hari pertama Total lockdown - kembali bekerja dari rumah (WFH). Kerja rumah + kerja hakiki tempat kerja. Dak Kakak pula mySIL 'pinjam' bawa ke rumah myMIL untuk membantu kakak sepupunya menjaga atok dan uwannya. Kulepaskan bersyarat - bawa dan siapkan semua tugasan yang cikgu bagi. 

3 Jun 2021 (Rabu)
'BTS Meal - Out of Stock'
Dear values customers,
Our sincere apologies. Due to the overwhelming response, we have run out of the BTS Meal. Please note that the BTS Meal was only available while stock last.

Thank you for your support and understanding.
The Management of McDonald's Malaysia.

Nah.. aku terjemahkan dalam bahasa Melayu (eleh.. copy & paste je ayat dalam gambar tu)

Para pelanggan yang dihargai.
Kami mohon maaf. Oleh kerana sambutan yang cukup hebat untuk BTS Meal, ia kini telah kehabisan stok. Sila ambil maklum bahawa BTS Meal hanya disediakan sementera stok masih ada.

Terima kasih atas sokongan dan pertimbangan anda.
Pihak pengurusan McDonald's Malaysia.


'The BTS Meal' at McDonald's.
Kesian tengok dak Nuha frust tak dapat. Nasib baik dia tak meragam dan sebagai umpan ku belikan set ayam goreng McD dengan sundae chocolate.

'Ibu, Nuha tak nak coklat'. 
'Takpe, yang itu ibu punya'. 

4 Jun 2021 (Jumaat)
'Hari ni tak nak makan nasi'.
'Kalau macam tu, hari ni kita makan laksalah'.
'Ok je'.
Menu pilihan en. Hubby
Aku bukan penggemar laksa tapi makan je bila dah siap masak.

Selain untuk makan sendiri, jiran kiri dan kanan tidak kulupakan. Memang sengaja masak lebih memandangkan en. Hubby turut ingin memberi kepada beberapa orang kawannya.

Malam.. en. Hubby bertanya padaku:
'Ada kelas malam lagi ke?'
'Malam ni ada kelas sampai awal pagi'.
Kelas mencari mood untuk update apa yang tertinggal sebagai kenangan di sini. Dalam masa yang sama - 'Sambil menyelam minum air'. Sempatlah aku berada di Korea, tidak pun di Taiwan, kadang-kadang di China dan juga Jepun.

#RemajaPurba: ...

Tuesday, June 8, 2021

Kisah dua minggu sebelum total lockdown


Sambungan kisah dari SINI..

Cukuplah dengan dua hari cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri ditambah pula cuti hujung minggu melengkapkan cuti raya aku untuk tahun ini. Ketika orang lain memilih bekerja dari rumah (WFH), aku antara segelintir yang memilih untuk hadir ke tempat kerja bagi menyiapkan apa jua yang berkaitan dengan tugas hakiki terutama yang melibatkan proses pembayaran untuk diuruskan oleh bahagian kewangan tempat kerjaku.

17 Mei 2021 (Isnin) - WFO
18 Mei 2021 (Selasa) - WFH

19 Mei 2021 (Rabu) - WFO
Hari ketujuh di dalam bulan Syawal, telah berlaku suatu keadaan di mana, pukul lapan malam baru keluar dari tempat kerja. Untuk rekod, ini kali pertama aku balik selewat ini semenjak aku bertugas di tanah jajahan baruku ini. 

Kenapa?
Ini adalah kerana pengarah aku memerlukan maklumat penting untuk di bawa ke dalam satu mesyuarat esoknya, hari Khamis. Dari satu oktaf, makin lama makin tinggi oktaf suara pengarah aku dek jawapan yang tidak memuaskan hatinya.

'Awak jangan kata tak tahu, awak sepatutnya kena tahu semua ni sebab semua ni kerja awak'. Nada tinggi yang digunakan oleh pengarah aku kedengaran hingga ke luar bilik. 

'Awak tak boleh panik, kalau awak panik, saya lagi panik'.
Jujurnya aku tak panik tapi lebih kepada rasa serba-salah sebab banyak maklumat yang lompong ketika diperlukan. Ketika inilah aku terpaksa menghubungi ketua unit aku bagi mendapatkan maklumat berkaitan ketika beliau bercuti rehat atas masalah kesihatan. Diulang.. aku terpaksa, bukan sengaja.

Perasaan aku?
Awalnya aku malu sebab semua orang boleh dengar apa yang pengarah aku cakap tapi aku mengambil pendekatan ikutkan je rentaknya. Tadah jelah telinga bila kena macam tu sebab ada juga salah aku di situ kerana tidak mengambil tahu, tetapi bila buat kerja dalam keadaan sabar - ganjarannya nah ---> 'saya minta maaf'. Tiga patah perkataan yang aku rasa bukan semua ketua mampu ucapkan ketika dalam keadaan tegang. Beberapa kali beliau mengucapkan tiga patah perkataan tersebut selain dari 'terima kasih'

Aku teringat di dalam satu majlis rasmi yang mana CEO aku pernah memberi sedikit ucapan membicarakan mengenai 'Budaya Bertegur Sapa - TERIMA KASIH'. Kisah ada di SINI.. 

Berbalik pada kisah aku tadi, walau masih belum selesai sepenuhnya tapi cukuplah dulu sampai pukul lapan malam menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan DAN.. pengarah mengarahkan aku untuk hadir bertugas keesokkan harinya bagi membantu menyiapkan kerja yang masih belum lengkap sepenuhnya.

20 Mei 2021 (Khamis) - WFO
Mesyuarat berkenaan diadakan pada sebelah petang, segala dokumen berkaitan aku kena siapkan sebelum tengahari dan Alhamdulillah ada yang menghulurkan bantuan bagi melengkapkan dokumen tersebut.

21 Mei 2021 (Jumaat) - WFO
Kebenaran hadir bertugas digunakan sebaiknya, mana yang tak sempat buat kita bawa balik buat di rumah. Biasanya bila bekerja dengan kebenaran sebegini memang rasa semput. Mengejar masa yang singkat, ditambah pula ada proses sanitasi di aras aku bekerja kerana ada pekerja yang disahkan positif covid-19.

Masa inilah terjadinya perbualan antara teman sekerja pasal siapa yang kena 'marah' kelmarin.
'Terasa macam saya pulak yang kena marah'.
'Kuat suara pengarah, sampai dekat tempat kami boleh dengar'.
'Tertanya-tanya juga pengarah bercakap dengan siapa kat dalam bilik'.

Aku..?
No hurt feeling. Janji kerja selesai.
======================================

Manakala minggu akhir bagi bulan Mei 2021, selain dari anak-anak berhadapan dengan PdPR, aku mengambil pendekatan dengan memberi ruang pada mereka yang lebih memerlukan untuk hadir bertugas mengikut kuota yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Lagipun minggu sebelumnya aku dah all out dengan kerja yang diarahkan, jadi hanya hari sehari aku hadir bertugas, manakala hari yang lain aku bekerja dari rumah (WFH).

#RemajaPurba: 

Monday, June 7, 2021

Maaf Zahir dan Batin

 
1 Syawal 1442 (Khamis) 

Kau dan aku tiada beza,
Sama-sama tak dapat rentas negeri,
Jangan marah jangan terasa, 
Aku pun terkandas juga di sini.. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin buat semua.

Ikhlas dari kami di sini.


sambungan dari ---> SINI..
Kenangan pada 1 Syawal 1442 bersamaan 13 Mei 2021 (Khamis)
Bersama ketua keluarga.

Pemimpin yang memimpin kami..

#KitaJagaKakiNuha

Aidilfitri tahun 2020: OOTD di SINI..
Aidilfitri tahun 2021: Simpan sini sebagai kenangan.
Hak milik mySIL

Puteri-puteri kesayangan

Warna tema Aidilfitri 2021

Dah selesai baru muncul putera-putera kesayangan. Hailaa anak-anak..

Dah selesai.. Jomlah kita balik.
Anak buah siap tag abang J&T dalam IG deme..


Kenangan pada 2 Syawal 1442 bersamaan 14 Mei 2021 (Jumaat)

Kisah tiga jari punya pasal.

Dak Nuha memang suka bermain dengan inai bila bersama kakak sepupunya tapi bila en. Hubby turut sama join, maka terjadilah perbualan ini.. 

'Ibu, kenapa orang lelaki pakai inai tiga jari je?'
'Itu menunjukkan Babah kau ada tiga lagi kuota kosong'. 
'Ye ke ibu..?'
'Entah, tanyalah Babah..'
Sememangnya aku sendiri pun tak tahu, itu hanya jawapan spontan dari aku.


Last but not least..
Gambar ni paling win..

Pagi - 1 Syawal 1442..
Pemeriksaan mengejut dari pihak polis ke dalam kawasan taman perumahan kami.

#RemajaPurba: Jauh disudut hati.. memujuk hati agar tidak menangis.

Saturday, June 5, 2021

Kenangan yang tertinggal - Aidilfitri 2021


Dari hari ke hari mencari mood untuk cuba menulis di sini. Aku rangkumkan kisah dari bulan April hingga Mei 2021 sebagai kenangan yang tertinggal.

KISAH PERTAMA
27 April 2021 - Selasa
'Ibu penat ke..? '
'Kalau ibu penat, ibu tinggalkan je Nuha dekat sini'. 

Dia rasa serba salah bila aku tolak dia ke sana ke mari yang membabitkan urusan di bangunan berlainan. Mengah aku dibuatnya tapi demi anak, biar aku penat asalkan dia cepat sembuh. Cuti sakit dak Nuha pula disambung tiga minggu lagi. Susah hati aku sebab banyak mata pelajaran yang nak kena kejar.

Lepas raya Aidilfitri ni, kelas hanya dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kemudian  cuti sekolah pertengahan tahun pula. 


TERKINI:
Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Mengikut takwim jadual persekolahan, pembelajaran secara bersemuka akan bermula pada 14 Jun 2021 tetapi bila berada pada situasi total lockdown ini - kita tunggu dan lihat pada perkembangan semasa.

Gambar yang di edit sendiri oleh dak Nuha.
Untuk rekod, kisah asal ada di SINI..
dak Nuha masih dikawal ketat tidak boleh keluar melepasi pagar rumah.


KISAH KEDUA
Berbuka puasa di rumah myMIL
Menu utama: Ikan jenahak masak asam pedas dan kari kambing.

Jauh disudut hati, betapa beruntungnya en. Hubby masih dapat menjenguk mak dan ayah tapi aku langsung tak boleh. Dalam hati takde siapa yang tahu selainNYA.

Berbuka puasa di rumah mySIL
Simpan sini sebagai kenangan.


KISAH KETIGA
1 Mei 2021 - Sabtu
Selepas lebih sembilan tahun aku setia bersama Streamyx, kini Unifi pula di kawasan perumahan aku. Hampir majoriti jiran setaman menukar pakej ke Unifi. Hasil..? Terima bil, bayar je lah.

Terima kasih buat mereka berempat bersusah-payah menyediakan semuanya.

Bekerja mencari rezeki walau ketika cuti umum 1 Mei 2021 - Hari Pekerja.


KISAH TERAKHIR
Walau hampir menghampiri penutup Syawal tahun ini, sedikit kenangan aku tinggalkan di sini dari kisah semasa, sebelum dan selepas Aidilfitri 2021. Sebelum itu, nanti aku cerita kenangan pada 1 Syawal 1442 pula.

Lima hari sebelum raya..
Kali pertama buat ketupat daun palas. Asal ada bentuk sudah.

Sehari sebelum raya..
Lemang dikongsi bersama #GengJiran rumah.

Tart Nenas bukan aku buat. Tart nenas yang menjadi kegemaranku.

Seminggu selepas raya
Rendang ayam, rendang daging maman dan dodol diterbangkan khas dari kampung. Air tangan ibu saudara dan tokSu. Menu wajib raya yang disejukbeku untuk aku tapau bawak balik tiap kali aku balik kampung.

Tak terfikir langsung periuk kera pun aku dapat sebab terlebih excited terima rendang dan dodol dari kampung. Merasa juga seperti tahun lepas.

Tiga hari berturut-turut aku masak lemang pulut periuk kera. (22 Mei 2021)

Klimaks..?
Tidak seindah dapat beraya bersama keluarga di kampung.

#RemajaPurba: Kita sama tak dapat raya..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...