Followers Remaja Purba

Sunday, March 28, 2021

Kisah disebalik sebuah telefon bimbit


21 Mac 2021 - Ahad lepas..
Gigih dak Kakak menabung untuk mendapatkannya dan aku hanya tambah sedikit je atas pembeliannya itu.

 
VIVO Y20

Kisah disebalik sebuah telefon bimbit.
Ketika orang lain sudah memiliki telefon bimbit sendiri tapi dak Kakak masih lagi berkongsi dengan aku. Untuk rekod, dak Kakak hanya memiliki talian telefon ketika berusia enam belas tahun dengan hanya menggunakan telefon bimbit yang dipinjamkan oleh kakak sepupunya.


Dulu..
Ketika di sekolah rendah, ketika kawan-kawan lebih leka dengan telefon di tangan tapi dak Kakak tidak hinggakan bila berjumpa, kawan-kawan leka bermain telefon.

Sekarang..
Bila dak Kakak dah ada telefon bimbit sendiri, aku pula terasa dipinggirkan. Tinggal serumah pun bermesej bagai. Haila anak.. Ni kes bila malas nak keluar dari bilik + aku malas nak 'jerit' pada dia.. kahkahkah..


Aku..?
Parental Control semestinya ada.

#RemajaPurba: Ni dak Nuha pula merengek..

Friday, March 26, 2021

Selamat Hari Lahir buat Mak kepada #MakBudak


Ya Allah Ya Tuhanku..
Kau berkatilah kedua ibu bapaku..
Kau dekatkan hati mereka kepadamu..
Kau jauhkanlah mereka dari sebarang penyakit..
Kau sembuhkanlah mereka dari sebarang penyakit..
Kau kurniakan rezeki yang melimpah buat mereka..
dan
Kau permudahkanlah rutin harian mereka Ya Allah..


26 Mac 2021 - Rabu
Selamat Hari Lahir buat Mak kepada #MakBudak.
Mak kepada dua orang anak perempuan.
Nenek kepada lapan orang cucu.
Moyang kepada.. ok yang ini jauh lagi perjalanan cucu-cucu mak ye.


Terima kasih Mak di atas segalanya.
Terima kasih Mak kerana mendoakan yang baik-baik kepada kami.
Terima kasih Mak kerana menerima menantu hantu yang ada ni.
TERIMA KASIH yang tak terhingga buatmu EMAK..

Buatmu Mak..
Bersabarlah..
InsyaAllah Aidilfitri nanti kita dapat bersua muka.

#RemajaPurba: 26 Mac 2018 - hari pertama melapor diri di tempat baru..

Sunday, March 21, 2021

Kisah Polis, Teddy Bear dan Kedai Dobi


18 Mac 2020 hingga 18 Mac 2021..
Di SINI, hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara telah dilaksanakan hanya kerana kau Covid-19.

Dalam usia baru memasuki satu tahun, sememangnya aku akui kau seorang yang sangat setia tapi kesetiaan kau itu telah menjadikan kau seorang PEMBUNUH nombor satu di dunia. Ternyata kau tak pernah mengalah, mencuba dan terus mencuba.
==================================

Kisah minggu lepas..
Pada 11 Mac 2021 (Khamis), Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, telah memberi amaran akan  mengambil tindakan yang tegas terhadap ketua polis negeri jika ada anggota mereka gagal menjalankan tugas dengan baik ketika sekatan jalan raya (SJR) dibuat.

Terdetik di dalam hati, habislah jalan raya akan menjadi sesak lebih dari biasa hingga ke tahap luarbiasa.

Kenyataan Ketua Polis Negara

Pada tengahari, 12 Mac 2021 (Jumaat) pula..
Kesesakan yang memang dah dijangka akan berlaku. Bila dah sesak, ada pula VVIP nak lalu.. Haa.. beraturlahlah kau dekat belakang aku dengan siren yang membingit tu. Aku bukan tak nak bagi lalu, mana ada ruang untuk kau menyelit.

Nasib kaulah..

Kenyataan Ketua Polis Negara
12 Mac 2021 (Jumaat)


16 Mac 2021 (Selasa)
Malam sebelumnya sengaja request dekat en. Hubby nak pergi kerja dengan sorang boyfriend ni. Pagi itu, kemain besar dalam kereta, siap ber seal belt lagi. 

Nah.. Peneman sepanjang perjalanan.
Sambil memandu saling berpegangan tangan.
Rasa nak berhenti tepi jalan sambil berpelukan.
Tapi awak kena ingat tau, nanti kalau en. Polis tanya senyum je, 
Jangan beraksi berlebihan, nanti kena tangkap tak boleh lagi nak berduaan.. 


 Kisah yang ini pula..
Kedai dobi bukan aku punya..

Menjadi rutin, di sinilah tempat aku berehat sambil menunggu mesin pengering baju berhenti. Kedai dobi yang sangat selesa + rasa nak bawa bantal baring santai di lantai kedai. Moga kedai dobi ini terus kekal bertahan.

Hujung minggu..
Bersedia untuk membeli keperluan sekolah anak-anak..

#RemajaPurba: ...

Wednesday, March 10, 2021

Budaya Bertegur Sapa - TERIMA KASIH


Dua perkataan yang menarik untuk aku kongsikan di sini hasil daripada menghadiri satu majlis di tempat kerja aku baru-baru ini iaitu - TERIMA KASIH -


Kekuatan pokok BUKAN pada batangnya tetapi pada akarnya.
Sumber gambar dari tempat kerja..


Budaya Bertegur Sapa - TERIMA KASIH
Budaya yang kita tidak praktikkan, terutama dalam masyarakat di mana kita macam seolah-olah sukar untuk mengucapkan TERIMA KASIH. Jadikan terima kasih sebagai budaya baru dalam kehidupan kita di tempat kerja. Everybody will be happy. Janganlah cakap terima kasih sepanjang masa, nanti orang kata kita gila pula.

Sebagai contoh:
Berapa ramai dalam kalangan kita yang bangun dari tidur pagi tadi, kita menyebutkan terima kasih kepada pasangan kita. 'Sayang terima kasih kerana malam tadi tidur dengan abang' ataupun sebaliknya.

ADA?
Tidak ada! We take thing for granted.
Cuba malam ini amalkan 'terima kasih kerana tidur/menemani abang'. Pasti keputusannya luarbiasa esok. Silap-silap tak dapat datang kerja dibuatnya.. ☺


Perkara ini pun sama dalam organisasi, bukan satu perkara yang perlukan belanja yang besar. TERIMA KASIH.. sangat mudah untuk diucap tetapi sukar untuk dilakukan.

Tetapi.. bila kita dah terbiasa dengan mengucapkan terima kasih, pasti mereka yang menerima ucapan tu rasa sangat dihargai. Hanya dengan dua perkataan - 'TERIMA KASIH'.

#RemajaPurba: Terima kasih buat semua..

Tuesday, March 9, 2021

Secara Rasminya..


Alhamdulillah..
08 Mac 2021 (Isnin), secara rasminya jawatan Guru Besar, Guru Disiplin dan Guru Kelas aku kembalikan semula kepada pihak sekolah.


Kisah hari pertama kembali ke sekolah:
Tahun 2019..
Aku hantar dak Nuha hingga ke tapak perhimpunan di dalam kawasan sekolah. Bila dah pastikan dia berada di dalam barisan kelasnya, aku terus balik. Tak pandang dah - pandai-pandailah nak berdikari. Takdenya aku nak turut serta bertunggu-tangga di tapak perhimpunan tu. Tahulah cikgu nak uruskan mereka semua itu.

Tahun 2020..
Hanya setakat di depan pintu masuk sekolah + pesanan yang sama aku titipkan.
'Nuha tahulah ibu.. berapa kali ibu nak cakap..' 

Tahun 2021..
Aku hanya hantar setakat pintu hadapan rumah je, babah dia yang hantar.
Hari kedua dan seterusnya, seperti biasa - naik van sekolah.
Hari ketiga aku pula kembali WFO. Rutin harian kembali sibuk dari biasa.

Hari pertama: 08 Mac 2021 (Isnin)
Baik je mood dia..

Sesi pagi.

Sesi petang.
Gambar kenangan haruslah ada..

Sementara itu, arahan daripada pihak sekolah yang perlu dipatuhi:
  • Murid bagi sesi pagi dan petang perlu melalui pintu pagar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
  • Ibu, bapa atau penjaga perlu menjaga jarak dan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.
  • Bagi ibu, bapa atau penjaga yang menghantar anak bagi sesi petang, boleh DROP & GO. Tidak perlu parking bagi mengelakkan kesesakan di hadapan sekolah.
  • Bagi ibu, bapa atau penjaga yang mengambil anak, boleh SET dengan anak lokasi yang sesuai.

Akhir sekali..
Selamat kembali ke sekolah buat semua.

#RemajaPurba: Jawatan Makcik Kantin je kekal dengan aku..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...