Followers Remaja Purba

Wednesday, November 4, 2020

Berseluar pendek, berkain pelikat

 
DAY 229 (01 November 2020 - Ahad)
It's November..
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan dan akan berakhir pada 9 November 2020 ini. Ramai antara kita yang terjejas dari segi pekerjaan dan sumber pendapatan. Bukan mudah untuk mendaki ke puncak dalam keadaan 'tak cukup stamina' macam ni. 


DAY 230 (02 November 2020 - Isnin)
Buat masa ini aku masih bekerja dari rumah (WFH) dan Alhamdulillah, setakat hari ini masih dalam keadaan terkawal dan berjalan dengan baik. 

'Pergi kerja, bukan main cantik dan wangi tapi bila dekat rumah nampak selekeh'. 

Lagak gaya bila bekerja dari rumah ni jauh berbeza ketika bekerja di tempat kerja. Semua nampak indah namun hakikatnya ia palsu semata-mata.. 😆

'Alah abang.. macam tak biasa berseluar pendek, berkain pelikat..' 😂

#MakBudak ni walau tak cantik tapi tetap menarik perhatian walau hanya berkain batik tau abang.. 😉


DAY 231 (03 November 2020 - Selasa)
Status diri..
Masih bekerja dari rumah.

Status di sini..
Perlahan-lahan cuba meninggalkan jejak di teratak kawan-kawan yang ada.

Status di rumah..
Tiada masa untuk berdiet apatah lagi untuk kembali #PerasanSlim.


DAY 232 (04 November 2020 - Rabu)
Esok aku akan kembali ke tempat kerja. 
Alhamdulillah.. tak sabar rasanya nak bertentang mata dengan abang polis dan tentera.. 😆

#KisahKita: ...

1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...