DAY 99 (24 Jun 2020 - Rabu)
Dak Kakak diminta ke rumah atoknya bagi membantu urusan di sana. Ini adalah kerana kakak sepupunya dimasukkan ke hospital kerana perlu menjadi pembedahan, manakala seorang lagi kakak sepupunya dah memulakan sesi persekolahan bagi Tingkatan Lima. Maka, untuk beberapa hari ini dak Kakak akan berada di rumah atoknya.
DAY 100 (25 Jun 2020 - Khamis)
Hari ini genap 100 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Bila dak Kakak tiada di rumah, aku 'patah kaki' sekejap. Biasanya dak Kakak yang akan bantu aku di rumah terutama menjaga dak Adik dengan dak Nuha. Sunyilah sikit takde kawan gaduh.
DAY 101 (26 Jun 2020 - Jumaat)
Baru ada mood nak buat sambungan kisah aku balik kampung minggu lepas di SINI..
Kita bercerita melalui gambar pula.
Sebelum balik kampung, singgah makan di kedai makan kawan en. Hubby di Nasi Kukus Ayam Cincang Malaya, Puchong Prima.
Sebelum balik kampung, singgah makan di kedai makan kawan en. Hubby di Nasi Kukus Ayam Cincang Malaya, Puchong Prima.
Yong Tau Fu Sotong
Gambar nasi ayam takde sebab kami lapar π€£
Gambar nasi ayam takde sebab kami lapar π€£
Selepas itu barulah perjalanan dimulakan dengan diiringi lagu raya. Ambil mood beraya dipenghujung Syawal.. π₯°
Satu hari di hari raya..
Moga urusan mereka yang terlibat dengan kemalangan tersebut dipermudahkanNYA.
Laluan ke kampung aku, bertembung dengan si dia ini. Besar ya amat..
Hari Raya Pertama π€ di penghujung Syawal
#AbangHandsome..
Sebelum berjalan raya, #AbangHandsome kenalah handsome bergaya. Sesekali bergaya dengannya.. πBila tengok gambar ni nampak macam en. Hubby pulak yang mencucinya..
Berjumpa lagi dengan si dia..
MakBusu aku bagitau dia ni sesat malam tadi.
Hujan mengiringi..
Hidangan di rumah Maklong Muar..
Siput Sedut masak lemak cili padi + keladi.
Sedap ya amat, dah lama tak makan keladi woo..
Waktu dak Kakak kecil, dia panggil ni siput 'mat rempit'
Sedap ya amat, dah lama tak makan keladi woo..
Waktu dak Kakak kecil, dia panggil ni siput 'mat rempit'
Malamnya ☺
Sesi pembakaran bermula..
Kambing Bakar in the house..
Balik kampung rugi diet..
Balik kampung rugi diet..
Hari Raya Kedua.. π₯°
Best + nikmatnya bila di kampung
Aku terlupa nak bawak balik seekor itik ni.
Itik Salai.. π€
Nak bercerita dalam masa sehari memang tak cukup jadinya cukuplah dulu setakat ni..
#KisahKita: ...