Teringat zaman sekolah - zaman terror dulu, aku digelar 'KAKI KUDA' hanya kerana aku kuat berlari dan aktif dalam acara balapan. Tapi itu kenangan zaman sekolah, cuba sekarang suruh lari 100 meter, bukan pancit lagi dah, mahu murung seminggu tak boleh terima kenyataan yang #MakBudak dah tak selaju dulu.. kahkahkah..
Ok.. kembali ke dunia realiti:
Kisah kelmarin..
Sebaik selesai urusan rasmi dan melawat tapak di Cyberjaya, secara kebetulan kami dipertemukan dengan Unit Polis Peronda Berkuda. Rasa teruja dah tentu - nampak sangat aku bukan penduduk situ yang beria-ia nak bergambar.
#KebayaNyonya..
Masa minta kebenaran nak bergambar dengan kuda polis tu, kami ingat sekadar bergambar di ruang luar dan kuda tu di dalam. Sekali en. Polis tu keluarkan seekor dari empat ekor yang ada untuk beri peluang pada kami. Maka.. Peluang yang ada jangan dilepaskan.
Subhanallah.. mata kuda tu cantik weh. Rasa nak cium pipi kuda tu pun ada. Fuh.. nasib baiklah aku berkebaya nyonya, kalau tak.. mahu aku merayu nak tunggang kuda tu.
StatusHati: 'Kaki Kuda'
Kaki kuda dah tukar jadi kaki kura2.
ReplyDeletewah..bestnya..baik abam polis tu..:)
ReplyDeleteBest berkuda ni walopon tak berani sgt
ReplyDeletetu kuada jantan ke betina..kalau kena cium..melompat la kuda tu keriangan hihih
ReplyDeletefuh,, rare tuh..
ReplyDelete