Followers Remaja Purba

Tuesday, November 28, 2017

Pengalaman Anak Bersunat


Kisah pagi kelmarin - 26 November 2017 (Ahad)
Lokasi kejadian - di kampung MIL
Perkara - Musim cuti sekolah yang sinonim dengan SUNAT.


Urusan berkaitan Sunat dak Adik dan sepupunya..


Sesi pertama: Pulut kuning untuk semua peserta..

Sesi Kedua: Kaitan perlunya mandi?
Mungkin nak hilangkan rasa gemuruh peserta..


Sesi Ketiga: Bersedia untuk disunatkan?


Berdebar-debar menunggu giliran..


Baju peserta ni win..
'OMG!'
'Believe in Yourself'


Anak nak bersunat, #MakBudak over lebih..


Memujuk dak Adik agar lebih tenang..


Dak Adik yang pada awalnya nampak ok tapi bila dia dengar ada yang meraung menangis sewaktu proses dijalankan membuatkan dia tak nak disunatkan. Walau dipujuk oleh my SIL pun tak mahu juga, akhirnya aku gunakan kuasa Nazi aku. Sesuatu yang buat dak Adik setuju tanpa dapat membantah. Syukur jugak dia tak larikan diri keluar.. fuh.. Adik.. Adik..

Sepanjang proses dijalankan, dak Adik menangis tapi Alhamdulillah dia mendengar kata lebih-lebih lagi hampir 6 orang mengadap kerenahnya. Awalnya nampak kental tapi penyudahnya hati tisu kau ye dik..


Di rumah MIL di kampung..
Nampak macam hati kering tapi basah rupanya. 


DAN kemuncaknya bila #ChefHubby sampai. En. Hubby tak dapat cuti untuk menemani dak Adik, itu yang buat dak Adik nampak tak tenang sebenarnya. Asyik bertanyakan Babah dia. Nak Babah.. nak Babah - ibu ada depan mata pun tak seteruja dapat jumpa Babahnya.


Sesi memujuk dak Adik..
Dah dapat jumpa bercakap dengan Babahnya baru nampak dia ok. Kalau tak, muka monyok je..



La ni..
Sesi menjaga dak Adik di kampung. Sepanjang minggu ni aku turut mengambil peluang berehat dari melakukan tugasan di tempat kerja. Bukan selalu aku dapat cuti panjang sebegini.

DAN..
Alhamdulillah.. selesai satu bab.. Tunggu kendurinya pulak hujung minggu ni.


StatusHati: Kerenah satu-satunya anak lelakiku..



4 comments:

  1. Tok mudim sunatkan ke doktor yang sunatkan? Akiff insyallah tahun depan baru nak sunatkan.. Tahun ni tak sempat dengan kenduri sepupu sepapat semua.. HIhihi...

    ReplyDelete
  2. Nurzaliza, Doktor yang sunatkan.. ;)

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...