Followers Remaja Purba

Monday, November 6, 2017

Gigi kena cabut..?


Kisah minggu lepas:
Berdenyut-denyut menahan sakit gusi hingga memaksa bertemu doktor gigi pagi Jumaat lepas. Kalau tak sakit, pandang pun tak nak klinik gigi tu.. 😎😀

Doktor yang check keadaan gigi aku turut memaklumkan terdapat satu gigi yang perlu dicabut kerana keadaan gusi di gigi tersebut 'tidak sihat'. Disebabkan aku tidak bersedia, maka operasi tu akan ditangguhkan untuk satu tarikh lain yang entah bila aku akan bersedia serah mulut untuk operasi tersebut.

TAPI yang sakit bukan pada gigi tersebut tapi gusi depan sebelah bawah. Sakitnya sampai mengganggu rutin harian yang mana akhirnya terpaksa balik awal berehat di rumah.


Kisah semalam:
Terima kasih Doctor sebab meluangkan masa mendengar rengekan #MakBudak yang tengah menahan sakit gusi sejak malam Jumaat lagi.

Ubat tahan sakit sedia ada dah habis maka ku minta ubat tahan sakit yang lagi kuat. Setakat ni serasi dengan aku dan barulah boleh menonton #FinalPialaMalaysia #KedahvsJDT dengan tenang.


Hari ni..
Alhamdulillah.. walau masih ada saki-baki rasa sakit tapi setakat ni masih boleh bertahan.


StatusHati: Nak melawat Sahabat yang baru kehilangan..


4 comments:

  1. Bab sakit gigi memang i x suka..alhamdulillah lepas cabut gigi beberapa belas tahun lepas sampai sekarang belum ada sakit gigi yang perlu di cabut..sakit tumbuh geraham akhir ada la

    ReplyDelete
  2. i feel you, sis..tgh menahan jgk ni..pun sama...gusi yg poblem...dah 3 mggu sakit on off..bengkak..kecut..pastu bengkak balik..lama lg nak tggu 7/12 nyer..huarghhh

    ReplyDelete
  3. Sakit gigi memang tak boleh tahan.. Kena cepat-cepat jumpa dentist kalau tidak merana dibuatnya, semua serba tak kena..

    ReplyDelete
  4. Sakit gg ...slagi x merawat mmg merana badan

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...