Followers Remaja Purba

Thursday, November 16, 2017

Kata-kata terakhir chef Hubby..


Perbualan dengan chef Hubby:

'Abang.. nak body macam ni boleh..?'
Merujuk kepada body Kilafairy yang bergambar dengan produk pelansingan dan detoks - Fibermax. Opps.. aku bukan nak mempromosikan produk tersebut tapi lebih kepada perbualan dengan chef Hubby mengenai..

'Tak payah.. sayang punya tak besar macam dia punya..' Sempat lagi nak menyakat aku..

'Bak duit bagi besar semua. Dari abang tengok orang lain, baik sayang built up body bagi abang meleleh tengok..' Balas aku tak nak mengalah..


DAN..
Kata-kata terakhir chef Hubby buat aku terdiam seketika..
'Tak payah.. syukur sayang ada masa susah senang abang. Nak upgrade buat apa.'



'Nak upgrade buat buat pe..'


Aku bukanlah nak upgrade sampai jadi macam tu.. cuma sekadar mengusik chef Hubby yang mengata body aku dah kembang. Hailaa abang.. waktu kurus abang cakap tak cantik, cengkung. Sekarang kata dah kembang.. jangan abang kata dah gemuk sudah. Memang merajuk habis nanti.. kahkahkah..


StatusHati: Sensitive oooo kalau chef Hubby kata #MakBudak gemuk..




4 comments:

akubiomed said...

Sabau jer lah. Ramai yang kata lepas kahwin susah nak maintain body macam di pam-pam. :)

OKje said...

Hihi....sesekali nak menyakat ye Aiza.
Body dah cantik tu, tak payah nak upgrade lagi. Kang pengsan Cik abe gak yg susah hati

MAY said...

haha.. cik abg kite pun ckp dah gemuk jgk.hadui.. nak kurus tp nk mkn ni cmane ye.

Mummydearie said...

Hahaha! Ingatkan apalah tadi. Berdebar-debar baca tajuk tau!

Tapi betul tau. Kalau orang cakap dah kembang takdalah terasa sangat. Tapi kalau suami sendiri kata dah kembang semangkuk, memang dan-dan tu juga nak merajuk. Berubah tak juga!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...