Followers Remaja Purba

Wednesday, November 1, 2017

Kursus di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands



Baru-baru ni..
Bertempat di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, program diadakan untuk dua hari satu malam. Jarak antara 'tempat pengajian' - dewan makan - bilik penginapan bukan sesuatu yang menarik untuk ditempuh - Alhamdulillah aku berjaya di situ.



#MakBudak ke ni..?



Cabaran pertama..
114 anak tangga untuk naik dan turun menuju ke dewan kuliah.
57 anak tangga pulak naik ke dewan kuliah di tingkat 4 (ada lift tapi aku lebih suka menggunakan tangga)


Tangga yang sama digunakan untuk turun menuju ke dewan makan dan bilik penginapan.


Ini pulak tempat penginapan:
Alhamdulillah.. yang penting ada tempat tidur dan tempat mandi yang selesa.


Malamnya..
Rutin yang sama naik turun tangga ni..


Hari kedua:

Semakin hilang #PerasanSlim..


Suasana waktu pagi.. takdelah sejuk mana sebenarnya..



DAN sebelum perjalanan balik selepas tamat kursus:

Luahan Perasan..

Pengangkutan bagi perjalanan pergi dan balik disediakan oleh pihak urusetia.
Kisahnya adalah sebelum perjalanan balik, kesemua dari kami di bawa ke Genting Preium Outlet (GPO). Diberi masa dua jam untuk membeli sebelum belah dua jam selepas itu.


Dua jam..?
Aku ni bukanlah seorang kaki shopping. Dari sibuk shopping aku lagi rela lari dua pusingan taman perumahan aku - nak menunjukkan betapa shopping bukan berada dalam list kegemaran aku.


Sakit belakang.. dahlah aku tak bawa back braces.


Selepas dua jam..?
Penat dah tentu.. yang mana akhirnya belakang aku sakit ya!Amat. Apa pilihan yang aku ada masa tu? Nak mengadu nanti dikatakan aku mengada. Takkan sebab aku seorang, terbantut tujuan asal nak ke situ kan..

Damn serious.. sakit weh belakang aku. Selamat tiba di tempat kerja, tak pandang kiri kanan dah.. terus ambil kereta dan pecut balik ke rumah. Menguruskan pula rutin harian dan hanya pada sebelah malam baru dapat berehat menghilangkan rasa sakit bahagian belakang badan.


KESIMPULANNYA:
Tak perlulah nak buat rombongan ala Cik Kiah ke tempat seperti itu. Habis program balik terus itu lebih baik. Stamina yang ada boleh digunakan di rumah pulak.



StatusHati: Program yang aku jalani tu.. eeeemmm.. jangan tanya sebab aku sendiri pun tak ingat. Kali pertama aku terasa seperti - apa yang aku belajar sebenarnya ye..



2 comments:

  1. Biasa la tu, bila buat program macam tu mesti nak di selitkan dengan acara selingan... nie teman tengah mempersiapkan mental dan fizikal untuk bergumbira ikut program department ke KK next week... ikut kan hati, malas nak join, lebih real habiskan masa dengan anak dan isteri... tapi di paksa relakan pulak join program nie... so, layan saja laa...

    ReplyDelete
  2. Kesimpulannya, tak bestlah program tu ya ^_^

    Mungkinlah dah terlanjur berkursus di GH, mereka pun buatlah rombongan Cik Kiah ke GPO. Kalau saya pulak, 2 jam tu tak cukup tau. Nak minta masa tambahan. Balik sendiri pun saya sanggup ^_^

    Aiza ni samalah macam one of my colleagues. Pepagi kita sibuk cari nasi lemak nak breakfast, dia sibuk 'merentas desa' keliling KLCC! Badan pun memang bukan #perasanslim, memang #slimelim ^_^

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...