Followers Remaja Purba

Wednesday, October 25, 2017

Bersantai di tepian pondok di Kampung


Kisah minggu lepas:

Berkebetulan cuti sekolah seminggu, jadi en. Hubby mengambil peluang untuk menggunapakai cuti rehat yang ada untuk menjenguk family di kampung. Kali ni kita balik kampung Babah dulu ye anak-anak sebab kampung Babah dekat sikit dari kampung ibu.

Alhamdulillah selesai urusan dak Adik di SINI, petang tu kami terus balik kampung. Keterujaan tidaklah ketara sebab kampung tak jauh mana kan.. hehehe..


Ini kisah di Kampung Halaman en. Hubby:

Bersantai di tepian pondok di kampung halaman bersama #PenemanSepanjangHayat yang suka nau mengusik #MakBudak yang makin hilang #PerasanSlim ni.. 😀🤣




Sepanjang berada di kampung, tiada lain selain dari aktiviti makan-makan. Musim panas yang membahang sedikit sebanyak mengganggu rutin dak Adik untuk bermain bola sepuasnya; tapi dalam masa yang sama suhu panas di luar tak mampu menggugat selera #MakBudak dengan beberapa menu yang disediakan oleh en. Hubby. Perut pula kena redha dan terima lamaran tekak yang nak makan banyak dari biasa. 


Kari Kepala Ikan


Butter Prawn in the house



Lobster yang menawan hati..






Kisah malamnya pula:
Sesi pembakaran terbuka di hadapan rumah.
Petua tak nak makan banyak, silalah pakai #NurSajat.. confirm nak makan banyak pun terasa mengah. Lagi bagus kalau ambil shift tukang bakar dari awal - memang langsung tak makan jawabnya.. kihkihkih..




Menu tak banyak tapi puaslah kami malam tu..



Kisah Tengahari, esoknya:
Wajib makan dulu sebelum balik. Kali ni kita bersantai di pondok depan rumah pula. Lepas makan.. kemas barang.. baru berangkat balik.


Ramai yang kata hidangan ni asam pedas.. 
Nampak je macam asam pedas tapi sebenarnya Kari Ikan Jenahak.


Walau panas tapi masih ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..



Menu Dinner di rumah sendiri pulak:
Kalau sepanjang di kampung en. Hubby yang masak.. dah sampai rumah turn #MakBudak pulak yang bersilat di dapur. 'Abang duduk je ye.. siap.. kita makan..' 😀😎


Alhamdulillah.. walau tak happening  di kampung tapi niat sebenar nak menjenguk orang tua.



StatusHati: Next time kita balik kampung sayang pulak ye abang.. hehehe..


2 comments:

  1. Besarnya Lobster..... beli ke? Berapa seekor agaknya eh? Mahalkan....
    Seronok dapat suami chef ni.... kita tolong makan je kan Aiza...
    Berbbq dan makan ramai ramai macam tu mesti seronokkan..

    ReplyDelete
  2. uish...sape kata tak happening. makan sedap-sedap dengan family tu lah aktiviti paling happening.hehe

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...