Kenangan pada 19 Mei 2017, Jumaat yang lepas.
Apa itu Sukan Dodgeball?
- Sukan dodgeball memerlukan enam orang pemain bagi satu pasukan dan setiap perlawanan hanya disertai dua pasukan dengan jumlah keseluruhan pemain adalah 12 orang di dalam sebuah gelanggang.
- Setiap perlawanan akan diadili seramai tiga orang juri yang akan menjaga garisan tengah dan bahagian belakang kedua pasukan bagi mengelakkan daripada berlakunya penipuan dalam perlawanan.
- Cara permainan amat mudah, hanya memerlukan pemain membaling bola khas diperbuat daripada getah lembut kepada pihak lawan.
- Apabila wisel ditiup oleh juri bahagian tengah, tiga orang wakil setiap pasukan akan berlari ke garisan tengah bagi mendapatkan bola untuk dibalingkan ke pihak lawan.
- Pemain di barisan belakang perlu mengelak balingan pihak lawan dan cuba kembali mematikan pihak lawan dengan lontaran bola iaitu sebanyak enam biji bola.
- Strategi pandai mencelah dan mengelak penting bagi terkena balingan bola pihak lawan atau jika bola tersebut terkena tubuh badan, maka pemain tersebut perlu berundur dan keluar gelanggang.
- Namun begitu, perlawanan tersebut tidak berakhir selagi masih ada pemain di kedua-dua belah pihak.
- Perlawanan yang boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan ini diteruskan lagi dan ketika jumlah pemain semakin berkurangan, pemain terakhir perlu memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan rakan-rakan sepasukan yang sudah mati.
- Dengan cubaan menangkap balingan bola yang dilontarkan pihak lawan tanpa bola tersebut jatuh ke tanah atau gelanggang, ini bermakna seorang pemain yang tersingkir pada permulaan perlawanan dapat masuk semula bagi meneruskan perjuangan.
- Info asal dari SINI.
Sebahagian kecil memori yang tertinggal..
Terima kasih pada en. Google dan boss yang membantu aku mencari tempat perlawanan.
My New Office.. coming soon..
My Teams.. 'Ballbusters'
Pakej dengan pemain import lagi.
Bersama pengadil perlawanan dan hadiah kemenangan.
Team aku walau pada awalnya ada yang tak tahu apa itu dodgeball tapi hasilnya kami menang tempat kedua. Satu perlawanan penuh emosi.. Bila teringat balik kelakar pun ada.
Tahniah buat korang walau ada yang kena paksa main tapi aku percaya ia pasti jadi kenangan manis buat semua. Hadiah kemenangan lepas raya kita habiskan ye..
Tapikan.. aku syak team aku kalah disebabkan ayam golek tandoori yang dibuat oleh chef Hubby. Pasukan Juara menang sebab ada antara dalam team tu yang aku jamu dengan ayam golek tandoori sebelum game mula.. tu pasal dorang menang.. kihkihkih..
Habis perlawanan, bertabahlah berhadapan dengan kesesakan jalanraya. Aku sampai rumah lepas satu jam 45 minit. Kau rasa..? Itu nasib baik aku tak bawak kereta manual.. kalau tak.. menangislah kaki.. huhuhu.
Terfikir mereka yang setiap hari menggunakan laluan tersebut mengejar masa nak balik.. alahai.. kesiannya. Nanti.. eeemm.. tak lamaaaa lagi.. aku akan joint mereka menambah kesesakan sedia ada. Tu hint buat mereka yang tak tahu.. tak lama lagi aku terpaksa pindah jua.. huhuhu..
StatusHati: Cyberjaya..?? Kau bukan 'menantu' pilihan..
wow... meriah
ReplyDelete