Baru-baru ni geng saka ping pong aku kecewa
dengan keputusan yang dibuat untuk tidak menghantar penyertaan dalam
satu pertandingan ni. Alahai.. kecewanya rasa hati. Bukanlah kami ni
pasukan yang hebat cuma atas rasa semangat kesukanan dan ingin mencuba seterusnya mencari pengalaman bersama pemain yang lagi
hebat.
Sedih rasa hati..
Nasib baiklah aku takde
share dekat mana-mana media sosial perancangan awal buat geng saka ping
pong aku tu.. kalau tak.. malu je weh.
Bagi mengubati
hati yang sedih.. tatap jelah meja ping pong tu.. aku sedar.. aku
bukanlah pandai mana pun.. cuma reti pukul-pukul manja je bola tu.
Anak salah seorang boss aku yang turut terjebak dengan permainan ni.
Pantang tengok ibu dia main, pasti dia akan turut serta.
Aku..? Melayan
selagi dia tak rasa bosan..
Bulan Ramadhan tidak menghalang aku dari terlibat dengan
aktiviti beriadah dan bersukan. Nak pulak kalau dah minat, tak fikir apa dah.. janji
dapat main.
Rehat setengah jam je pun..?
Setengah jam amatlah berharga buat geng saka ping pong aku. Masa ni lah dapat lepaskan geram dekat meja ping pong.
StatusHati: Sedih tapi takdelah sampai frust menonggeng..
sama la dengan anum
ReplyDeletemelepaskan gian main dart
dah lama tak main pingpong. hilang dah semua skill.
ReplyDeletekipidap kak. Chaiyok!
Teman sendiri pun lama dah tak bersukan...
ReplyDelete