Followers Remaja Purba

Friday, December 29, 2017

Bila bab anak terus surrender..!


Kisah Awal di SINI..
Bila rindu melebihi segala-galanya.. baru sebut terus dapat..
Fuh.. untunglah Nuha oiii..
Babahmu itu nampak je gagah perkasa tapi bab anak terus surrender..!

Jangan ingat orang lelaki ni pandai sembunyikan rahsia hati. Dengan anak boleh kalah beb..!  Lagi hebat rindunya dari rindukan Mak Budak.. Kahkahkah.. Kisah asal di SINI..



Masa beli ni dak Nuha masih di kampung lagi..


Surprise for dak Nuha..



Tapi sayang..
Basikal tu hanya boleh digunakan di dalam rumah buat masa ni, tak boleh di bawa keluar dari rumah. Belum berani nak lepaskan dak Nuha main di luar rumah, bukan sebab takde sesiapa akan jaga beliau tapi Babahnya tak izinkan.

Sebenarnya dari zaman dak Kakak dulu, masa dorang kecik susah nak dapat pelepasan main basikal dekat luar rumah. Bila dah besar sikit barulah merasa.. so untuk kes dak Nuha ni.. kenalah tunggu masa yang sesuai sebelum dilepaskan.




StatusHati: Mountain Bike idaman hati..




Thursday, December 28, 2017

Niat untuk menggembirakan hati Orang Tua


Ringkasan kisah musim cuti persekolahan hujung tahun.
Kalau dua minggu lepas dak Nuha di SINI.. kali ni kesemua anak-anak balik kampung Babah pula.

Sebelum memulakan perjalanan balik kampung, singgah dan melepak dulu di rumah mySIL sambil menukar pembalut buku teks sekolah anak-anak. Hampir setengah hari cubaan menyudahkannya yang diturut dibantu oleh anak buah. Sementara ada masa ni baik buat, nanti takdelah kelam-kabut. Tu belum lagi buku-buku yang belum dapat lagi dari pihak sekolah.

Sementara aku berhempas-pulas cuba menyiapkannya, dak Adik bersama sepupunya merengek nak mandi hujan. Pada awalnya dorang main dekat luar rumah sebelum hujan turun, bila dah mula makin lebat, merengek memujuk dekat aku.


Nasib baik bukan rumah atok korang..

Anak-anak jiran berhampiran memerhati dari dalam pagar rumah.
Kalau mereka join, lagi riuhlah depan rumah ni..


Kenangan yang ingin kuabadikan di sini..



Malam Sabtu minggu lepas:
Hampir 80% berjaya aku siapkan membalut buku sekolah anak-anak. Bila dah letih dan tak larat, akhirnya kuambil keputusan bawa balik kampung dan buat di rumah atok mereka je. Malam tu bergerak balik kampung en. Hubby tanpa beliau. Dak Adik agak tak puas hati Babahnya tak join sekali. Sabarlah dik.. Babah kena kerja demi mencari sesuap nasi untuk kita semua. Lagipun bukan jauh mana kan..


Hari Ahad minggu lepas:
Kisah hari Ahad ni panjang.. nanti akan kuterjemahkan dalam entry akan datang.

Sarapan pagi di rumah MIL..


Hari Isnin (Krismas Day):
Berkebetulan en. Hubby diberi peluang bercuti, maka jangan kata anak-anak, Mak Budak turut teruja dengan kehadiran beliau. Peluang yang ada kita gunakan sebaiknya. Bila en. Hubby ada di sisi, takde lain selain dari aktiviti memasaklah dari kami. Nak harapkan aku.. eerrr.. tolong makan boleh.. kihkihkih..


Kari kambing in the house


Semakin bertambah selera makan dibuatnya..


Tersandar kekenyangan akhirnya.


Alhamdulillah, niat untuk menggembirakan hati orang tua kami berjaya akhirnya. Hampir kesemua anak-anak abah dan mak mertuaku turut serta memeriahkan suasana. Tu belum lagi melayan kerenah cucu-cucu beliau yang ada.

Walaupun cuti sekolah hujung tahun ni takde ke mana-mana selain dari balik kampung menjenguk orang tua tapi sekurang-kurangnya anak-anak tak terperap di dalam rumah. Doakan ibu dengan Babah dapat income lebih 2018, nanti boleh kita berjalan jauh sikit dari biasa.. InsyaAllah.. Aamiin..



StatusHati: 2018 melambai kedatangan..



Saturday, December 23, 2017

Kampung Babah dah kena jual..





Baju lebihan dari balik kampung kelmarin tak dikeluarkan dari beg ni, malah kutambah bagi penuh kembali. Kita pergunakan sebaiknya baki cuti yang ada.

Cuma kali ni en. Hubby tak dapat nak teman anak-anak bercuti. Dak Adik sedikit kecewa Babah tak join sekali. Bukan apa.. dengan aku banyak NO nya tapi dengan Babah YES sentiasa.

Dak Nuha dok teruja nak balik kampung ibu.. acapkali bertanya:
'Ibu, kenapa kampung Babah tak banyak macam kampung ibu?'

'Babah dah jual kampung Babah, tu pasal Babah dah takde kampung.' Ku tahan dari nak senyum.

'Owh.. ibu tak jual sebab tu banyak kampung.'

'A'ah.. betul tu.' Merujuk tiap kali balik kampung aku, kami akan singgah di beberapa buah kampung. Kira kampung aku banyaklah kan.. walhal antaranya rumah kawan Babah dia.. wakakaka..


StatusHati: Tak best balik kampung tanpa en. Hubby di sisi..



Friday, December 22, 2017

Terima kasih Pak Busu Sekeluarga


Bila dikira.. dihitung.. dak Nuha balik kampung dah sembilan hari. Kisah awal dak Nuha balik kampung ada dekat SINI. Mak Budak nampak je cool, walhal dalam hati.. cepatlah en. Hubby dapat pelepasan cuti rehat. Tak sabar dah ni.. 

Bila dapat dapat peluang nak balik kampung, apa yang telah aku lakukan?
Punyalah semangat hinggakan segala keperluan telah kusiapkan dua hari awal. Luar biasa excited kali ni.. kahkahkah.. tapi tak sehebat en. Hubby. Nampak je cool selamba, walhal hati tisu.


Kisah Kelmarin:
Alhamdulillah.. pukul 2am selamat tiba di kampung Pak Busu di Melaka. Terbaik perancangan kali ni.. bila dak Nuha sedar tengok kami dah ada sebelah-menyebelah beliau. Mula-mula kupeluk kucium dan bila dia dah mula sedar, kugomol-gomol dia. Bila bangun pagi.. melekat dekat Babah dia macam dekat SINI.. Rindu sangatlah tu.. hehehe..


Aku dan en. Hubby, kami ambil kesempatan cuti dua hari berehat di kampung.
Kenapa tak cuti hujung minggu ni je..?
Situasi kerja en. Hubby memaksa beliau tidak boleh menggunakan cuti rehat hujung minggu untuk balik ke kampung. Takpelah abang.. janji rindu, dendam, peluk, cium abang berjaya dilepaskan pada dak Nuha selain ibunya.. kihkihkih..



Tak banyak gambar kenangan sebab tak banyak bezapun dak Nuha..
Makin bam bam aku tengok dia..

Merajuk disakat oleh sepupu dan dak Adik..


Sarapan dengan rambutan, petik dari belakang rumah..


Kebun pisang yang diusahakan oleh Pak Busu..


Pokok Durian semakin membesar dengat sihat..
Ada lima batang kesemuanya.. ni yang aku nampaklah..


'Sudah Gaharu Cendana Pula..'
Wangi je baunya bila berada di sekitar kawasan ini..


Aku ada request nakkan batang pokok ubi ni nak tanam di rumah..
DAN..
Pak Busu memang terbaiklah.. tak pernah tak tunaikan permintaan aku..



Kari Ikan Jenahak..
Rindu dak Nuha, sanggup Babahnya pancing ikan dan bawa balik kampung..



Kisah semalam:
Sebelum berangkat balik, singgah menjenguk mak di kampung. Tak berapa meriah sebab Pak Ngah bercuti ke Perak. Tinggallah mak dengan cucu-cucunya je.. Alhamdulillah.. tengok mak, nampak beliau sihat. Moga mak terus kekal sihat hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah.. Aamiin..


Pokok Sentul


Pokok ni dari zaman aku kecik lagi dah ada..
Nah! Betapa tinggi ia sekarang dan masih mengeluarkan hasil yang turut di share dengan monyet-monyet yang sentiasa mencari peluang mendapatkannya selain dari buah jambu susu dan pisang..


Kawasan persekitaran rumah Pak Ngah..
Rindunya zaman aku membesar di sini tapi dulu tempat ni lagi rare +happening..


Masih ada lagi stok pinggan yang rare macam ni.. aku suka..
Cadang nanti nak kidnap barang sepinggan dua bawak balik rumah.. hahaha..



Last but not least..

Perbualan di antara atok, cucu dan anak saudara petang kelmarin..



'You're reach your destination.'
Dah ambil dak Nuha dari kampung Pak Busu di Melaka.
Kembali riuhlah rumah dengan rengekan demi rengekan dak Nuha yang disakat oleh dak Adik.

Apa-apapun terima kasih buat Pak Busu, Mak Busu dan keluarga di kampung kerana sabar melayan kerenah dak Nuha sepanjang dia ikut balik kampung hari tu.
#AkuBudakKampung
#LagiBestDeKatKampungDariBandar
-Status di FB-



StatusHati: Hujung minggu ni balik kampung lagi.. yeeaahhaaaa...



Wednesday, December 20, 2017

Kembalinya dak Nuha ke pangkuan Mak Budak



Alhamdulillah..
Selamat tiba di kampung pukul 1:20am awal pagi tadi.  Surprise kan dak Nuha.. biar dia bangun dari tidur tengok ibu dengan Babah ada di sebelah dia.


DAN..
Aku dah bersedia untuk mendengar segala celotehnya sepanjang dia bercuti balik kampung Pak Busu aku di Melaka ni.

Tahap kerinduan aku akhirnya hilang bila dapat bertemu mata dengan dak Nuha. Bukan sejam.. bukan sehari tapi sembilan hari beb tak dapat jumpa. Telefon..? Ni tak boleh buat sebab kerenah dak Nuha boleh meragam tantrum tak hagak kalau dengar suara aku. Nanti satu kerja pulak aku kena berlarian balik Melaka untuk memujuk.

Sesekali lepaskan pergi biar dia boleh berdikari. Kalau balik kampung Babah dia dah biasa sangat, masih dalam bandar.. ni kita bagi ruang yang lagi besar untuk dia bergelumang dengan suasana kampung yang jauh dari menarik dari bandar. Paling best dan awesome dah tentu jadi cucu kesayangan. OK.. part ni aku cemburu.. wakakaka..


Babah dak Nuha?
Jangan ingat orang lelaki ni pandai sembunyikan rahsia hati. Dengan anak boleh kalah beb..!  Lagi hebat rindunya dari rindukan Mak Budak.. Kahkahkah..

Anak Babah..
Rinduler tu.. kihkihkih..


Dak Kakak dengan dak Adik?
Deme berdua ni takde perasaan rindu dekat adik deme tu. Lagi suka kalau dak Nuha tinggal lagi lama dekat kampung tapi bila lama takde tahu pulak bertanya bila dak Nuha nak balik rumah. Wah! Senanglah korang nak buli dak Nuha ye.

Aku..?
Dah tentu rindu tapi buat rileks, buat cool je.. walhal hampir setiap hari bertanyakan keadaan dak Nuha dekat kampung.. huhuhu.. Jangan nak membongaklah kalau kata tak rindu dekat anak sendiri..


Last but not least..
2nd boss Bahagian aku tegur aku semalam.. 'kali ni kerap pulak awak cuti ye..?' Berkebetulan aku baru cuti rehat yang agak lama menjaga dak Adik yang bersunat di SINI dan menjayakan kenduri berkhatan beliau di SINI.. tapi bukan selalu boss.. ni kali pertama kot saya cuti agak kerap. Maklumlah.. aku ni jarang cuti pendek atau panjang.. sesekali 'balas dendam' asyik aku je yang kena.. hehehe..



StatusHati: Celik mata dak Nuha mula mengomel dah..



Tuesday, December 19, 2017

Disebalik Kenangan #MQARun 2017


Kisah dah lama berlalu tapi..

Tarikh: 11 November 2017 (Sabtu)
Tempat: Bangunan Mercu MQA, Cyberjaya


#MQARun 2017


Kali pertama aku bawa dak Nuha menyertai program sebegini dan aku tak jelaskan pun ada dak Nuha program apa sebenarnya. Punya semangat dan teruja reaksi dia nak turut serta. Pukul 6:30 am kami sampai di lokasi kejadian.


Mood nak bergambar belum ada lagi masa ni..


Aku join Fun Run 5km je..


 
Belon dan budak-budak tak boleh dipisahkan..


Haruslah bergambar


Bergambar sebelum acara dimulakan


Dah mula penat..



tapi masih boleh tersenyum lagi masa ni..


Cubaan memujuk dak Nuha


 Sambil berjalan sambil pujuk dak Nuha.. 'sampai dekat garisan penamat nanti kite beli KFC dengan ice cream Magnum ye.' - dalam usaha memujuk melayan kerenah dia sepanjang 5km. Ingat dekat rupanya boleh tahan jugaklah.. yang nampak jauh tu sebab melayan kerenah tak berapa tantrum dak Nuha ni je..

Dak Nuha yang dah kepenatan



Dukungan kali pertama


Dukung..?
Gigih Mak Budak dukung dia sambil pujuk 'sikit lagi nak sampai'.. 'dah tak jauh dah'. Bagi semangat jangan dia meragam sepanjang jalan. 🤗😀


Bekas CEO MQA berbaju merah bersama Dato' QSR Brands berbaju kuning


Menteri Pendidikan Tinggi -YB Dato' Seri Idris Jusoh


Gaya #MakBudak dukung dak Nuha ketika menghampiri garisan penamat.
Nampak gaya macam santai walhal jalan tu naik bukit + dak Nuha bukan ringan.. 🤣🤣🤣 


Dah selesai barulah ada mood nak bergambar


Bersama salah seorang peserta yang terlibat..


Medal hasil berjalan kaki sejauh 5km sambil sesekali dukung dak Nuha..


QSR Brands (M) Holding Sdn Bhd is Gold Sponsor for MQA RUN 2017


Dato' QSR sendiri yang menyerahkan ayam KFC pada dak Nuha


DAN..

Sebelum balik bergambar kenangan dengan peserta kategori 15km (baju biru) dan Dato' QSR berbaju kuning.




StatusHati: Yeaahhaaa... malam ni balik kampung.. nak jumpa dak Nuha..


Monday, December 18, 2017

A&W Limited Edition Collectible MUG 2017


Bila sebut A&W.. teringat zaman kanak-kanak riang #RemajaPurba dulu di mana aku dan kawan-kawan aku cuci mata melepak di Taman Jaya, Petaling Jaya dan dah tentu waktu tu kami akan lalu di A&W ni. Bukat setakat lalu, singgah beli makanan lagi. Masa tu kami ada kad diskaun untuk budak sekolah, jadi dapatlah diskaun bila membeli.


Sumber pakcik google

DAN..

Baru-baru ni A&W telah melancarkan A&W Limited Edition Collectible MUG 2017. Tak lepaskan peluang memujuk Chef Hubby untuk membelinya. Tak sangka beliau nak layan kerenah MakBudak ni. Maka..


Berjaya membeli MUG ni.. drive through at A&W Plaza Tol Batu 3, Shah Alam


Tak sabar.. selfie dalam kereta pun jadi..
Ketika orang lain dah lama mendapatkannya, aku baru nak beli..


A&W Limited Edition MUG 2017 - RM49.90 only


Beef Coney (dahulu dikenali sebagai Coney Dog) yang tidak pernah berubah rasa..
Bila order menu ni, teringat kenangan zaman #RemajaPurba aku dulu tu..



Bila dah beli Limited Edition MUG A&W tu.. mesti nak cuba gunakan MUG tu kan.
Nah.. ni tips nak feel sama minum root beer macam dekat A&W:
  • Dapatkan Limited Edition Collectibles Mug 2017 (simpan seketika dalam freezer)
  • Beli Root Beer
  • Beli Vanilla Ice cream
  • Masukkan air Root Beer dan Vanilla Ice cream ke dalam MUG yang telah disejukbeku
  • Siap dan bolehlah minum sambil feeling tengah minum di A&W.
  • DAN.. kalau tengah diet, lupakanlah hajat tu - kalau teringin, rasa sikit je.. kihkihkih..


Gambar selingan bersama dak Kakak dan Adik..
Dak Nuha masih di kampung di Selatan..

Makan tengahari di 'Atok Asam Pedas' Sungai Sembilang seperti kenangan di SINI..
 



StatusHati: Tak sabar nak balik kampung..



Friday, December 15, 2017

Takpe.. takpe.. tunggulah 2018 nanti..


Jumaat yang tenang..
Seperti tenangnya melihat air di tasik di tepian hutan..
Semakin tenang bila dapat merasa hidangan kari kambing..
Tak berganjak dari meja makan jawabnya..



#KariKambing air tangan #ChefHubby..



#PerasanSlim terpaksa dilempar ketepi..
Ditambah baik oleh en. Hubby yang tak mahu aku diet..
Semakin baik bila tekak dan perut aku bagi kerjasama sepenuhnya..


Takpe.. takpe.. tunggulah 2018..
Kita tengok makin mengembang ke atau kembali #PerasanSlim..



StatusHati: Mak Budak nak kurus kembali..


Thursday, December 14, 2017

Nenas menjadi Bahan Ujikaji


Tangan panas..
Inilah alasan aku bila chef Hubby minta aku menyemai benih pokok di ruang belakang rumah kami. Dah macam-macam benih pokok yang beliau mahukan aku menanamnya tapi tak pernahnya aku mahu. Bukan sebab tak suka tapi aku lebih suka chef Hubby yang menanam sebenarnya. Tengok chef Hubby bermandikan peluh.. nampak seksi.. kahkahkah..

Chef Hubby paling suka menyemai benih pokok cili. Asal membesar je pokok tu, anak-anak pokok tersebut akan diagihkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Dah isterinya takmo nak jaga baik-baik, bagi je dekat orang lain, itu kata beliau.. hehehe..


Tugas aku..?
Paling suka petik hasilnya dah tentu..


Baru-baru ni, pokok Nenas menjadi bahan ujikaji aku. Aku tak pernah nak survey macam mana cara terbaik untuk menjaganya.. yang aku tahu pokok nenas tu hidup dan berbuah.. hehehe..


Nenas asal dari kampung.. membesar dengan sihat..


DAN..
Aku bawa balik 'kepala'nya untuk ditanam di belakang rumah. Aku tak jaga sebaiknya maka hasilnya lambat dah tentu..


Dalam pada chef Hubby nak potong buang pokok nenas ni sebab agak lama terbiar tak berjaga..  rupanya pokok nenas ni mula mengeluarkan hasil.


Nak kata aku belai sebaiknya tak jugak tapi berusaha menjaga walau tak sebaik mana..



Akhirnya..
Alhamdulillah..
Inilah hasilnya walau tak sebesar yang asal..


Manis..?
Dah tentu..

Tanam lagi..?
Sedang mencuba untuk percubaan seterusnya..



StatusHati: Sunyi bila dak Nuha takde.. :(


Tuesday, December 12, 2017

Siap peluk kaki merayu bagai


Kisah petang kelmarin - 10 Disember 2017

Bersungguh-sungguh dak Nuha memujuk Babah dia.. merengek-rengek dekat aku nak ikut Pak Busu aku balik kampung. Aku dah cakap jauh bukan dekat.. dia takmo dengar. Siap peluk kaki merayu bagai. Alahai anak.. cair hati ibu Nuha ooii..

Dalam berat hati nak lepaskan dak Nuha, tangan ni laju je mengemas barang keperluan dia.. DAN.. tu dia.. siap lambai aku.. 'bye ibu..' aku pujuk keluar dari kereta pun takmo.. 😅  
- Status di FB #MakBudak..


Lambaian dari dak Nuha..



Dak Nuha dah selamat berada di rumah bapa saudara aku di Selatan Tanahair. Takdelah jauh mana pun kampungnya cuma bagi dak Nuha dia ingat macam balik kampung Babah dia yang sejengkal tu agaknya. Apa-apapun keluarga di kampung sentiasa update mengenai dak Nuha. Dia happy je dekat sana asalkan jangan disebut nama ibu dengan babah.. kalau tak nanti, jenuh nak memujuk dia.


Keadaan aku..?
Rasa yang biasa dialami oleh seorang ibu bila anaknya takde. Rutin harian masih berjalan seperti biasa tapi itu bukan alasan untuk terus rasa sunyi sedangkan dak Kakak dengan dak Adik masih ada menemani dekat rumah. Masih ada geng untuk bergaduh sebenarnya.

 

StatusHati: Tak sabar nak balik kampung.. hahaha..



Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...