Followers Remaja Purba

Tuesday, October 13, 2015

Kenangan panjat pokok betik..



Rindunya nak balik kampung..
Rindunya nak panjat pokok rambutan..
Rindunya nak panjat pokok jambu..
Rindunya nak panjat pokok langsat..
Rindunya nak jolok buah manggis..
Rindunya nak terjun sungai..

Paling rare.. rindunya nak panjat pokok betik sampai ke hujungnya..
Sampai patah pokok betik tu sebab tak mampu nak tampung berat aku..
Walaupun pokok betik tu kecik tapi tinggi..
Sakit..?
Takde pulak rasa sakit sebab waktu pokok betik tu patah dari pangkalnya..
Aku jatuh elok je sambil peluk batang pokok tu..
Sebenarnya.. aku takut kena marah..
Waktu tu.. bapa saudaraku bercekak pinggang tengok kenakalan aku..
Kahkahkah.. memang ohsemlah kenangan tu..

Tapi aku tahu..
Semua itu hanya tinggal kenangan..
Tapi kalau ada.. takkan kulepaskan peluang..
Selfie sekali kat atas pokok sebab dulu takde camera..

Oh!Rindu kat kampung..
Rindu pada arwah wan dan atok.. Al-Fatihah..
Rindu semuanya..
dan.. Rindu juga dekat awak..

 
StatusHati: Perpisahan itu menyakitkan tapi kenangan itu tetap kekal selamanya..


16 comments:

  1. perrgghh kejantanan sungguh perangai panjat pokok betik.. rasanya tak pernah dibuat orang lagi kot.. hihihi

    ReplyDelete
  2. hehehehe..jangan lupa..selfie tau lepas ni bila ada peluang panjat pokok betik..

    ReplyDelete
  3. Kenangan yang hanya mampu diingati namun waktu tak akan berputar kembali...

    ReplyDelete
  4. Tu yang oeang kata tempat jatuh lagi dikenang....inikan pulak tempat bermain...
    Budak dulu lasak kat luar... macam2 kenangan.. budak sekarang main tembak2 dalam komputer.. main congkak dalam komputer.. lari2 pun dlm komputer..x de kenangan sangat rasanya...

    ReplyDelete
  5. Heheh, hebatnya boleh terfikir nak pajat pokok betik. Sian pokok betik tu patah ye.

    ReplyDelete
  6. Pokok betik pun panjat ke?....amboi bukan main handalnya macam budak lelaki.
    Seronok kan bila diingat kenangan zaman budak2 yg anak2 skg tak rasai lagi pengalaman seperti itu.

    ReplyDelete
  7. heh..heh..ada juga kenangan panjat pokok betik ni...

    ReplyDelete
  8. Ini kalau anak-anak baca dan Nuha tahu mahu dia gelak guling-guling.
    Ibu tak boleh marahlah kalau kami pun buat panjat-panjat sebab ibu dulu pun sama kan Nuha kan:)

    ReplyDelete
  9. memang indah sungguh kenangan di kg kan.. sampai panjat pokok betik tu..hihi

    ReplyDelete
  10. hahaha....jahanam pokok betik ko panjat ye dik...nasib tak kene sesah dengan rotan...kahkahkah....tapi dedulu memang best la pokok buah buahan besepah nak makan panjat je petik....tak bebasuh hape pon terus ngap masuk mulut....hehehe

    ReplyDelete
  11. Hihi mcm comel je panjat pokok betik....

    ReplyDelete
  12. saya budak bandar, tak pernah panjat pokok time kecik..hehe

    ReplyDelete
  13. Saya...

    Tak pernah panjat pokok!
    Hahaha

    ReplyDelete
  14. x pernah dengar orang panjat pokok betik..rare ni..hihi..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...